Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Feb-2009 00:44 Email | Share | Bookmark
Nasi Lemak Pandan & Donut Sambal

 
 
Buat nasi lemak dengan donut sambal ni dah lama dah sebenarnya.. hari ni baru nak mengupdatenya.. Nasi lemak pandan ni sebenarnya dah lama aku tengok dlm FP teman2 yang lain. Kalau tak silap aku.. pertama kali keluar dalam blog Cik Mat Gebu..(kalau tak silaplah yer..) pastu menular ke merata blog & FP teman2 yang lain.. biasa la kann.. bab makan2 ni selalu sgt berjangkit ni sumer gara2 terliur & teruja nak tau cemana rasanya kan.. hehe.. sama ler kes ngan aku.. kes terliur tu yg buat juga tu walaupun musim nasi lemak hijau dah habis dah.. hehehe.. sebenarnya aku tak print resepi asal nasi lemak ni.. main belasah jer masak mcm nasi lemak biasa.. kalau ikutkan resepi asal.. ada rempah2 tumisan.. tapi aku sengaja tak masukkan segala rempah tumisan tu sebab takmau berlemak sangat ye ler.. dah ler nasinya dah bersantan.. nak tumis2 lagik & lagi satu takmau terasa mcm nasi minyak.. so aku tanak macam nasi lemak biasa jelahh.. sempoi jer.. jangan maree yer empunya resepi asal..

Quote:
NASI LEMAK PANDAN

Bahan2
3 pot beras wangi
10 helai daun pandan ~ dikerat2 & mesin bersama 1 pot air dibawah ~ perah ambil airnya
1 pot air (guna utk mesin daun pandan)
4 pot santan (atau secukupnya santan mengikut sukatan beras) dari sebiji kelapa (guna pot yg sama utk menyukat beras)
garam secukup rasa
pewarna hijau jika suka
1 batang serai ~ diketuk
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1 inci halia ~ hiris halus memanjang
2 helai daun pandan ~ simpul

Cara Memasak
1. Basuh beras hingga bersih & tos sebentar.
2. Masukkan beras dalam periuk elektrik. Tuangkan 4 pot santan bersama 1 pot air daun pandan. Jika suka boleh masukkan sedikit pewarna hijau.
3. Masukkan daun pandan, serai, halia, bawang merah & garam lalu dikacau rata.
4. Tekan butang 'cook' pada periuk elektrik dan biarkan nasi masak seperti biasa.
5. Bila nasi dah masak buka penutup periuk dan kacau2 nasi gunakan chopstik agar rata. Jangan kacau terlalu kuat supaya nasi tak patah2. Tutup periuk nasi dan biarkan sehingga sedia utk dihidangkan.

SAMBAL TUMIS NASI LEMAK
Bahan2
Cili kisar secukupnya
Bawang besar + bawang putih kisar
Sejemput ikan bilis dikopek bersih ~ dikisar bersama2 bawang tadi
Sedikit belacan ~ kisar sekali dengan bwg2 tadi
Bawang besar mayang
Sejemput ikan bilis dikopek bersih
minyak masak
garam
gula
air asam jawa

Cara Memasak
1. Panaskan minyak lalu tumiskan cili kisar, bawang besar + bawang putih + ikan bilis + belacan yang dikisar tadi. Biar hingga garing & wangi serta naik minyak.
2. Masukkan ikan bilis, bawang besar mayang, air asam jawa, garam, gula & serbuk perasa secukup rasa. Jika perlu tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
3. Biarkan sekejap hingga sambal memekat dan rasakan secukup rasa. Siap utk dihidang.

Bahan2 Tambahan Lain
Timun
Ikan bilis goreng
Kacang goreng (tak bubuh pun)
Telur rebus atau telur dadar



Donut sambal ni pula.. guna resepi yang sama spt donut kentang cakcibur yang ku masukkan resepinya tak lama dulu.. tak puas makan donut ni.. maka merajinkan diri menguli lagi donut ni.. cuma kali ni.. untuk satu adunan aku buat 2 jenis donut iaitu donut biasa & donut sambal.. Kali ni buat kecik2 sikit.. jadi dapat ler dlm 28 biji donut.. kalau buat tembam2 mcm donut ku yg lepas tu.. dpt dlm 26 biji gitu Actually.. masak nasi lemak dengan donut ni hari yang sama.. nasi lemak tu utk breakfast.. manakala donut tu utk minum petang. Actually disebabkan ada lebihan sambal nasi lemak tadi.. tu yg dok teringat nak buat donut sambal tuu... sonang cerita sebab tak perlu nak masak sambal2 lain lagi.. sambal dah siap dah.. hehe.. dapat ler bawak ke rumah Sujah utk minum2 petang ngan anak2nya yang masih bercuti ketika itu... punyalah lama kann gambor2 ni terperuk.. masa cuti CNY aritu ler.. Resepi asal donut ni dari FP Cakcibur.. tapi aku dah cilok resepi yg ditaip semula oleh MamaFami... ampunnn mama... mintak halal ehh!

Quote:
DONUT SAMBAL
Sumber asal : Resepi Donut Cakcibur (copy dari FP MamaFaMi)

Bahan-bahan :
1 biji kentang saiz sederhana
5 g yis kering (2 sudu kecil)
1/3 cawan minyak masak
1/3 cawan air suam
1/4 tin susu pekat
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
500g tepung gandum

Kaedah penyediaan :

1. Rebus kentang dan kemudian kisarkan dengan 1 cawan air suam.
2. Satukan yis, gula, air suam, minyak masak, susu, garam dan kentang kisar.
3. Masukkan sedikit tepung dan kacau dengan hujung jari.
4. Masukkan baki tepung, sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut. (Nota : Lebih lembut doh, lebih lembut donatnya)
5. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan. Susun di dalam dulang dan biarkan naik dua kali saiz asal.
6. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.
7. Bila donut telah sejuk belah dua donut dan masukkan sambal tumis ikan bilis serta sekeping hirisan timun.

Bahan2 Tambahan Lain
Sambal tumis ikan bilis
Timun ~ dihiris nipis



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net