Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 19-Feb-2009 01:00 Email | Share | Bookmark
Talam Mambo

 
 
Resepinya later okeh

Ok ok.. ni baru nak masukkan resepinyerr... ish korang ni kannn.. memanglah suka nyusik tauu.. memandai jer kata bos dah masuklahh.. bos ada kat belakanglahh.. Tapikan.. memang bos aku pepagi dah masuk opis dahh.. & sememangnya dia dok belakang akuu... Tapi tu sumer takde hal bagi aku.. sebab my bos very2 sporting maaaa.... Dia tak pernah pun ambik kisah apa yg aku nak buat asalkan kije2 yg diberi beresss on time Sebenornya tadi.. saja jer masukkan gambor dulu.. takut nanti susah nak load gambor ker.. jd masukkan gambor dulu pagi2.. nanti bila kije2 yg penting dah selesai.. baru ahhh masukkan cerita2 & resepinyerrr

Citer pasal kuih ni.. actually takde apa yg spesel pun.. kuih biasa2 jer.. tapi tak taulah naper bila aku tengok gambar kuih ni dlm majalah tu.. rasa teringin lak nak mkn. Lagipun dah lama jugak aku tak buat kuih2 talam gini.. Tekak terasa nak mkn.. aku pun godek ler jugakk sebab bahan2 pun sumer ada kat rumah.. Masa godek kuih ni.. dah kul 10 mlm dah tauu.. cik abang masuk dapur tegur aku "wak gappo mek!?" (baca loghat Kelantan okeh!) hehehehe.. sajalah tu ngusik aku sbb lately ni aku selalu ngadu badan salu letih & penat2 bila balik kije.. tapi bab buat kuih kalau teringin.. penat2 pun aku buat jugakk

Bila kuih masak dah lewat sangat dahh.. nak potong kena tunggu sejuk dulu barulah boleh potong. Jadi esoknya pepagi buta tu baru ler boleh posingkan kuih tu ala kadar sebab tak cukup masa pun nak posing kuih tu lelebih.. (tu yg kuih comot jer tuhh masa posing... ) ye ler.. pepagi paham2 je ler.. byk benda nak kena siapkan.. selain bersiap diri... kena gak siapkan air bekal sekolah kakak Dini, bancuh susu Haziq, bancuh milo kakak Dini, bancuh teh O cik abg.. masing2 ada air feberet masing2.. kenalah ler buat satu persatu.. Kakak Dini sempat ler sarapan kuih tu 2 ketul.. sedap katanya.. pastu mintak bawak bekal utk sekolah kebangsaan & sekolah agama juga.. siapkanlah utk dia 2 bekas kuih tuu & utk ibu sebekas.. Untuk cik abang pulak.. tinggalkan dlm piring yg dah siap potong.. cik abang pegi kije lewat setengah jam dari aku.. sebab aku kena pegi awal coz nak hantar kakak Dini ke sekolah.. hmm.. gitulah kan kalau dah beranak pinak..

Oklahh.. panjang pulak story.. meh tengok resepinya yer.. Resepi kuih ni aku ambil dari majalah Wanita Oktober 1995. Masa geledah baju2 baby dlm gobok utk dibasuh.. ternampak pulak majalah2 lama ni.. masa belek2 tu yg terjumpanya resepi ni..

Quote:
TALAM MAMBO
Sumber : Majalah Wanita

Bahan A (lapisan bawah)
200 gm tepung beras
50 gm tepung kanji
1 sudu kecil garam halus
1000 ml/1 liter santan cair (dari sebiji kelapa, santan pekatnya simpan utk lapisan atas)
70 gm lobak merah ~ potong dadu dan celur 10 minit toskan (MaDiHa bubuh 100 gm)

Bahan B (lapisan atas)
4 biji telur (MaDiHa guna gred A)
100 gm tepung gandum
200 gm gula pasir
¾ sudu kecil pes pandan (MaDiHa takde ganti dengan ½ penutup esen pandan + pewarna hijau)
650 ml santan pekat (share dari sebiji kelapa utk santan cair di atas tadi )
70 gm lobak merah ~ potong dadu & celur 10 minit (MaDiHa bubuh 100 gm)

Cara Membuatnya

1. Panaskan periuk kukus. Sediakan lapisan bawah dahulu. Gaulkan semua bahan2 A (kecuali lobak merah dadu) hingga rata. (tapis jika perlu). Masukkan pula lobak merah dadu tadi lalu tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu mentega terlebih dahulu.
2. Kukus hingga masak kira-kira 20 minit. (selepas 10 minit pertama, buka penutup periuk kukus berhati2 & buangkan air pd penutup periuk kukus berhati2 supaya airnya tak jatuh atas permukaan kuih. Ambil sudu dan kacau2 sedikit bancuhan di permukaan kuih tadi agar masak sebati. (kerana bancuhannya agak mendak ketika ini). Ratakan permukaan kuih & sambung lagi mengukus lagi 10 minit)
3. Untuk lapisan atas, campurkan kesemua bahan B (kecuali lobak merah dadu). (MaDiHa org rajin.. bancuh masuk dlm blender jer... tu yg atas kuih tak menarik sebab timbul buih2 dari telur tu jadikan lobak merah diselaputi buih2 telur ) Tapiskan dan masukkan lobak merah tadi.
4. Tuangkan ke dalam loyang (di atas permukaan lapisan bawah kuih tadi) lalu kukuskan selama 30 minit atau hingga masak. (Setiap 10 minit buka penutup kuih & buangkan air pd penutup periuk kukus berhati2 atau boleh juga balut penutup periuk kukus dengan kain yg bersih)
5. Bila masak, tunggu kuih betul2 sejuk sebelum dipotong & hidang .



Selamat Mencuba


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net