Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 23-Feb-2009 00:30 Email | Share | Bookmark
Pai Ayam Melbourne & TAG dari Kak Jie

 
Salamm....

Alkisah membuat pai ayam ni dah agak lama dah sebenarnya.. Aku buat masa mr. hubby ku tak berapa sihat dulu.. (masa dia kena demam chikungunya) masa cuti CNY tempohari. Oleh kerana dia kata tak berapa selera nak makan nasi.. aku pun buat ler pai ayam melbourne ni utk dinner. Tapi yelahh.. orang kalau dah tak selera.. masak sedap macamana pun tetap tak selera.. dia makan sepotong jer.. walhasil.. orang yg sihat ni jugalah yg kenyang Anak2 & ibunya laju jer makan.. Kakak Dini siap puji kata sedap & mintak buatkan lagi. Aku kata.. benda sedap tak boleh buat selalu2.. nanti jadi tak sedap Actually pai ni kena makan masa panas2.. kalau dah sejuk cepat muak. Anyway.. habis jugalah pai ni malam tu.. sebab aku memang tak masak benda lain dah utk dinner tu..Thanks kepada kak Zai Dapur Impian yang sudi share resepi dari buku masakan secukup rasa (penyanyi Nora tu ) Izinkan MaDiHa copy & paste resepinya di sini yer kak

Quote:
PAI AYAM MELBOURNE
Sumber resepi - Nora (koleksi resepi "secukup rasa")
MaDiHa copy & paste dari : Kak Zai ~ Dapur Impian TQ akak

BAHAN:
Untuk inti pai (filling)
1 cawan isi ayam- dihiris nipis
1 cawan cendawan butang- dipotong nipis (MaDiHa bubuh setin)
1 tin cendawan butang sup Campbell
1 tin(kecil) kacang pis (sekiranya suka) (MaDiHa masukkan frozen mixed vege)
1 biji bawang besar- dipotong dadu
1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus
1 cmb lada sulah
2 cmb mentega/minyak
1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
sedikit air (sekiranya terlalu pekat)

UNTUK KULIT PAI (PASTRI) - MaDiHa guna roti pratha jenama "kawan"
100g tepung gandum
50g mentega
secubit garam
2 cmb air
atau
KULIT PASTRI SEGERA

CARA MEMBUATNYA

1.Panaskan mentega. Tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukan isi ayam dan biarkan seketika.
2.Masukan cendawan butang sup Campbell, ubi kentang, kacang pis, air dan lada sulah. Kacau hingga sebati & agak pekat.
3.Setelah masak, angkat dan ketepikan seketika.
4.Canai kulit pai dan letakan ia sebagai lapisan bawah(base) dan bakar selama 5-6 minit. (MaDiHa guna roti phrata jenama Kawan. Guna kaedah cut & paste utk memenuhkan sekeliling base kaserol pai)
5.Tuangkan isi pai yg dimasak tadi keatas base pai.
6.Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai tadi sebagai lapisan atas. (Guna kaedah cut & paste juga utk menutup inti pai sehingga habis tertutup). Bahagian tepi pai ditekan2 guna garfu utk melekatkan bahagian base dengan bahagian atas. Cucuk2 sedikit dipermukaan pastri agar pai tidak menggelembung ketika membakar.
7.Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 cmt air utk mengilatkannya.
8.Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dlm ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200'c.




SELAMAT MENCUBA


Ini pula TAG yang dihadiahkan khas untuk MaDiHa dari Kak Jie.

Quote:
KHAS BUAT MADIHA. MOGA DAPAT BABY YANG CUTE MIUT.


Terima kasih Kak Jie.. mudah2an doa akak dimakbulkan.. tapi boleh ker dapat baby cute miut kalau ibu ngan ayahnya tak cute . Apa pun terima kasih atas doa akak tu.. walau apapun.. MaDiHa tetap redha dengan kurniaan dari Allah S.W.T... yang penting semoga baby sihat sempurna & dapat melahirkannya dengan selamat. AMINN...

TAG kedua dari Kak Jie.. Thanks..




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net