Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 25-Feb-2009 00:51 Email | Share | Bookmark
Lemak Cili Padi Petola Ular + Kerang & Bingka Roti Berjagung

 
 
Assalamualaikum buat semua teman2 & pengunjung FP ku..

Lama rasanya aku tak masukkan masakan lauk pauk kann.. asyik2 masuk gambar kuih2 jer kebelakangan ni.. Tapi nak bagi tau kat semua.. walaupun takde entry lauk pauk bukan bermakna aku cuti masak2.. hahahah.. (nak tunjuk rajin ler tuhh ) tapi sebenornya disebabkan lauk2 yg aku masak lately ni lauk2 yg dah ada resepi dlm FP ni.. jadi malas ler nak tayang lauk2 ulangankann hehehe... Hari ni rasanya ada lauk yg aku masak dua tiga hari lepas yg rasanya belum enterprem lagi dlm FP ni.. jadi boleh ler aku masukkan.. hehehe.. Tapi resepi ni pun resepi biasa2 jer sebenornya.. cuma penggunaan sayur jer yg lain.. layan jerlahh mak buyung ni kann...

Mungkin ada yg tak pernah masak or makan sayur ni.. kalau dengar nama pun mungkin ramai yg gerun nak mencuba.. Sayur ni aku panggil sayur Petola Ular Haa.. ada nama ular tu yg buat org ngeri tuh! Mungkin disebabkan sayur ni yg berbentuk panjang2 macam tu digelar ular tuu.. Biasanya masyarakat India suka sangat dengan sayur ni.. Sebenarnya sejak kawin hubby tak pernah lagi beli sayur ni.. aku pun tak pernah request suruh dia beli sebab takdelah rasa teringin pun nak makan sayur ni.. Lagipun.. aku biasa gak ambik sayur ni kalau time lunch kat kedai2 mamak waktu time keje ler kann.. Tu yg jadi takdelah rindu sangat nak makan sayur ni.. Tah macamana aritu ada ler hubby beli 3 biji.. Aku pun sound ler kat dia.. "Ingatkan abang tak reti makan sayur niiii... tak pernah pun abang beli sejak2 kawin??" Pahtu dia kata.. "Hmmm.. abang dah jemu dah makan sayur ni masa arwah apak menanam sayur dulu kat kampong...." hehehehehe.. dalam hati aku... "patut lerrrrr..."

Inilah dia sayur petola ular tuu....


Kebetulan plak hubby ada beli kerang 2kg sehari sebelum tu.. separuh aku dah masukkan dlm kerabu taugeh (nanti aku masukkan resepinya... resepinya lain sket dari kerabu yg sebelum ni) & separuh tu aku campur ler dalam sayur petola ni...

Quote:
LEMAK CILI PADI PETOLA ULAR + KERANG

Bahan2
3 biji petola ular ~ kikis kulitnya dan potong2
1 kg kerang ~ rebus & ambil isinya
1 biji kelapa ~ ambil santan secukupnya (jangan cair sangat)
1 kiub pati ikan bilis
2 batang serai ~ ketuk
1 keping asam gelugur
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 - 15 biji cili padi* (ikut pedas yg anda suka)
1 cm kunyit hidup*
(Kisar bahan2 bertanda *)
garam & perasa secukupnya

Cara2
1. Jerang santan bersama bahan2 kisar, asam keping, serai & kiub ikan bilis. Biar mendidih sambil dikacau2 sentiasa agar tak membuak.
2. Masukkan kerang & sayur petola. Masukkan garam & serbuk perasa secukupnya. Biar hingga sayur layu. Tutup api & sedia dihidangkan.. sempoi jer kann..


Ok ni pulak gara2 terliur tengok dalam FP kak Rinnchan laa.. Rasanya ramai jugak yg dah tirgoda & dah mencuba resepi ni.. Hmmm.. memang sedap punn... anak2 ku semuanya suka... walaupun aku dah cut down the amount of sugar tp dorang masih ckp sedap.. (hahaha.. terpaksa ler kurangkan manis sebab ibu pun nak makan juga.. pasal tu skrg ni kalau buat kuih.. segan nak pas kat jiran2 sebab kuih2 ku tawar2 belaka ) Anak2 punyalah tak sabar nak merasa.. masih panas2 tu dah mintak dipotong... So malam tu jer dah selamat suku kuih ni selebihnya buat sarapan pagi dan bekalan masing2

Jom tengok resepi.. Terima kasih kak Rinn sebab sudi share resepi ni dengan kami semua yer.. MaDiHa copy & paste terus dari FP kak Rinn.. mintak halal yer

Quote:
BINGKA ROTI BERJAGUNG
Sumber : Chef Azimah Mansor (ambil dari FP Kak Rinn)


Bahan-bahan:
3 biji telur
150gm gula castor (MaDiHa guna 130gm )
100gm mentega (dicairkan)
1/2 tsp garam halus
300gm roti
200gm tepung gandum
1 liter santan (atau 1 liter susu segar atau 500ml santan + 500ml susu segar...... )
200gm jagung krim dlm tin (setengah tin jer nih.. lebih tu bleh buat kuih lain lak )

Cara-cara:
1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
3. Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
4. Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek.
( Guna loyang biasa pun boleh ...)
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darj celcius selama lebih-kurang sejam. (MaDiHa guna 175C)



JOM CUBA...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net