Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 26-Feb-2009 01:13 Email | Share | Bookmark
Kerabu Taugeh Kerang, Cekodok Labu & Serimuka Labu

 
 
 
Salam semua...

Spt dijanjikan.. Inilah dia kerabu taugeh kerang yg aku bagitau semalamm... meh tengok resepi.. Kerabu kali ni tak letak kelapa parut.. hanya guna kerisik jer & ada tambah bunga kantan juga.. jadi lain sikit ler rasa dia berbanding ngan resepi yg dulu tu

Quote:
KERABU TAUGEH KERANG
Sumber : MaDiHa

Bahan2
1 kg kerang ~ rebus & ambil isi
1 mangkuk besar taugeh ~ celur kejap
1 biji bawang besar ~ mayang
1 kuntum bunga kantan ~ hiris
3 batang serai (2 btg dihiris nipis & 1 btg* dikisar bersama bwg & cili)
5 ulas bawang merah* ~ hiris kasar
2 ulas bawang putih* ~ hiris kasar
8 biji cili padi*
1 sudu besar udang kering*
garam, gula & perasa
1 sudu besar asam jawa (bancuh dengan ½ cawan air)
2 sudu besar kerisik (yg dah siap tumbuk)
sikit minyak utk tumis bawang & cili

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng sebentar bahan2 bertanda * dan juga sebatang serai hingga layu. Angkat & kisar bersama dengan jus asam jawa.
2. Campurkan kerang rebus, taugeh celur, bawang besar mayang, hirisan serai, bunga kantan, kerisik, bahan2 kisar serta bahan2 perasa (garam, gula & perasa) secukupnya. Gaul rata dan perasakan secukup rasa. Sedia utk dihidang... memang sedapp


Menu2 di bawah ni pula ialah edisi nak menghabiskan stok2 yg ada sebelum mak buyung bercuti a.k.a berpantang Labu ni sebenarnya dah lama terperuk diceruk dapur aku . Ini labu geng yang aku bawak balik dari kampong duluuuuu... (sebelum ni dah buat koci labu & sayur) yang sebiji ni last ler kiranya.. mentang2lah labu ni tahan disimpan lama... kesian dia tak diproses2. Cepat2 mak buyung proses labu ni takut2 ler dalam pantang nanti teringin pulak nak makan labuu... faham2 ler.. lepas beranak nanti kena pantang lama sikit dari makan benda2 sejuk ni... tapikannn..... sebenarnya mak labu takut kena sound ngan ma dia yang akan tinggal di sini sepanjang mak labu berpantang nanti.. hehehehehe.. takut tuuuu.. yelah.. masa nak bawak balik bukan main lagi.. itu ndak ini ndak.. tau2 dah berbulan2 labunya tak dimasak2.. Errrrr.. ada lagi tu 2 ketul keledek dari kg lom proses lagiiii... nampak macam dah nak bertunas dah tuu..

Oklah merepek2 lak.. jom tengok resepi.. Cekodok labu ni sebenarnya dah selalu juga buat.. tapi kalau ikut pesen aku.. resepinya lain sikit. Aku biasa buat cekodok labu ni guna labu yang dah direbus kemudian lecek then barulah bancuh ngan tepung. Aritu ronda kat FP Yati nampak resepinya agak berlainan sebab guna labu mentah yg dikisar... tu yg aku cuba buat.. hasilnya memang sedapp & sememangnya rasa pun lain dari yang aku biasa buat tu.. yang ini memang ada rasa labu Resepi yang ditulis takde bagi sukatan... tapi aku letak jugalah sukatan agak2 yang aku buat ni.. panas2 lagi ni tauuu.. cekodok ni baru goreng pagi tadi untuk sarapan.. (tapi aku bancuh dari malamnya laa) hehehe... terima kasih yer Yati bagi resepi idea baru ni.. kalau idok.. akak dok buat cekodok pesen akak tu jelahh..

Sukatan dibawah ni dapat agak banyak juga.. kalau family kecil boleh buat setengah dari adunan.. aku pun pagi tadi baru goreng separuh jer nihh

Quote:
CEKODOK LABU
Sumber : FP Yati

Bahan2
500 gm ~ 600 gm labu (labu yg siap kopek) ~ dipotong kecil2
2 ½ ~ 3 cawan air
4 ½ ~ 5 cawan tepung gandum
¾ cawan gula pasir (kalau nak lebih manis boleh lebihkan lagi)
1 biji telur (gred A)
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan
1. Kisar/blend potongan labu dengan 3 cawan air.
2. Masukkan dalam besen. Campurkan gula, telur, garam & tepung gandum.
3. Bancuh hingga rata.
4. Panaskan minyak & goreng ler cekodok sehingga kekuningan. Angkat & tos sebelum dihidang.


Tengok teksturnya... lembutttt & ada cebisan2 labu didalamnya.. yum yumm



Ok ni pula serimuka labu yg ku buat malam sehari sebelumnya (selasa). Resepi aku sendiri nih! hahaha.. Puas dok fikir apa aku nak buat dengan labu nii... terfikir pulak nak try buat kuih serimuka gunakan labu.. Aku pun main hentam jerlah bancuh2 adunan.. alhamdulillah.. menjadi jugakk..

Quote:
SERIMUKA LABU
Sumber : MaDiHa
(guna loyang saiz 24 cm)

Bahan2 Lapisan Bawah
2 pot beras pulut (sukat guna pot rice cooker) ~ cuci bersih & rendam 3 jam kemudian tos
2 ½ pot santan pekat
1 ½ sudu kecil garam halus (bancuh dalam santan hingga larut)

Bahan2 Lapisan Atas
250 gm isi labu kuning (timbang isi saja) ~ rebus empuk & tos (sejukkan sebentar)
1 ½ cawan gula pasir (MaDiHa letak 1 cawan jer.. ikutlah selera puan2 nak manis or tak)
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1 ½ cawan santan pekat
3 biji telur (gred A)
½ sudu kecil garam (utk menaikkan rasa lemak)

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan periuk pengukus hingga mendidih (pastikan airnya mencukupi).
2. Masukkan beras pulut & santan yang dibancuh dengan garam ke dalam loyang (saiz 24 cm). Kacau sebati & ratakan permukaannya. Kukus selama lebih kurang 20 - 25 minit (hingga pulut masak). Bila masak tekan2 sedikit pulut biar padat kemudian perlahan2 cakar2 permukaan pulut menggunakan garfu.
3. Sementara menunggu pulut masak, lecek labu rebus hingga lumat. Campurkan labu lecek tadi dgn santan, gula, garam & telur lalu dikacau rata (guna whisker). Masukkan tepung gandum sikit demi sikit sambil dibancuh rata. Masukkan pula tepung jagung & tepung beras & kacau rata.
4. Tuangkan ke dalam kuali dan masak sekejap dengan api yg sederhana sambil dikacau2 sentiasa menggunakan whisker. Agak2 dah pekat mcm susu pekat manis tu bolehlah ditutupkan api.
5. Pastikan diatas lapisan pulut tiada air yg menitik (kalau ada.. lap dulu dengan tuala dapur yg bersih). Semasa pulut masih panas2 tu.. tuangkan bancuhan labu tadi ke atas pulut dan sambung lagi mengukus selama 20-25 minit atau hingga masak. (setiap 7 - 10 minit buka penutup kukusan berhati2 utk membuang air wap yg melekat pd penutup / boleh juga balut penutup periuk kukus dengan tuala yang bersih.
6. Sejukkan kuih sebelum dipotong.




JEMPUT MAKAN SEMUA


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net