Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Mar-2009 01:53 Email | Share | Bookmark
Persiapan, Balik Kg, Gulai Udang Galah & Krim Karamel Lapis

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. hari ni masih berpeluang bersiaran Masih lagi sihat walafiat & masih lagi dapat memandu seperti rutin biasa.. hantar kakak Dini ke sekolah & dapat lagi datang ke ofis menjalankan tugas seperti biasa InsyaAllah 4hb Mac 2009 bersamaan hari Rabu (lusa) aku terpaksa admit hospital untuk melahirkan baby dengan cara induce.. Jika diikutkan tarikh jangkaan adalah pada 18hb Mac nanti.. tapi oleh kerana masalah kesihatan yang aku alami.. terpaksalah aku jalani proses melahirkan bayi dalam kandungan ku ini dengan cara paksaan 2 minggu lebih awal. Aku berdoa semoga dipermudahkan segala urusan & dapat menghadapinya dengan tabah & selamat serta tiada komplikasi. Aku juga berharap semoga kalian semua dapat mendoakan aku agar dapat melahirkan bayi dalam kandungan ini dengan selamat yerr Dengan itu juga.. dikesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada semua teman2, sahabat2 cyber, rakan taulan serta kaum keluarga sekiranya aku ada membuat sebarang kesalahan & kekasaran harap kalian semua dapat memaafkan daku... kosong-kosong yekk

Alhamdulillah.. sedikit sebanyak persiapan telah pun selesai.. Ini jer yg sempat diambil gambar.. barang2 yang lain tu.. malas pulak aku nak posingkan.. hehehe.. hanya ada beberapa kelengkapan baby & ibu utk menyambut orang baru tak lama lagi.. Pakaian baby tak beli pun.. hanya cuci baju2 baby yang lama saja.. Lagipun.. belum pasti gender baby dlm kandungan ni.. jadi kalau nak tambah sikit2 pun tunggu baby keluar dulu barulah beli..



Jumaat minggu lepas.. Lepas Isyak aku sekeluarga bertolak balik ke kampung ku utk menjemput ma tersayang untuk dibawa ke PJ untuk menjagaku dalam pantang nanti. Alhamdulillah.. aku sangat2 bersyukur kerana ma masih lagi sihat & cergas. Terima kasih ma kerana sanggup bersusah payah demi anakmu ini..

Masa balik kampong baru ni.. Haziq tiba2 jer demam.. tengoklah muka budak demam.. tak bermaya jerr.. agaknya demam nak dapat adik kot Masa ni.. baru kebah demam.. tu yg tak berbaju tuu..


Kebetulan sehari sebelum kami balik.. ma ada pergi ke Rompin untuk bayar cukai tanah. Sempat dibelinya udang galah kat sana. Dapatlah kami merasa udang galah Rompin ni.. Aku masak gulai lemak cilipadi campur dengan belimbing buluh..


Quote:
GULAI LEMAK UDANG GALAH DENGAN BELIMBING BULUH

Bahan2
1 kg udang galah ~ bersihkan
15 biji belimbing buluh ~ buang tangkai, ketuk & perahkan airnya sedikit (jika suka lebih rasa masam.. hanya belah dua belimbing tadi ~ Madiha perah airnya sebab hubby tak suka lauk2 masam )
garam & perisa secukupnya
2 batang serai ~ ketuk
1 biji kelapa ~ ambil santan secukupnya (biar pekat sedikit)

Bahan2 tumbuk
25 biji cili padi
1 inci kunyit hidup

Cara2 Menyediakan
1. Jerang santan, serai & bahan2 tumbuk hingga mendidih.
2. Masukkan udang galah & belimbing dan masaklah hingga udang masak.
3. Tambah garam & bahan perasa secukup rasa. Sedia utk dihidangkan.


Ini jer menu kami untuk lunch hari sabtu baru ni.. alhamdulillah.. kenyang..


Ini pula pencuci mulut kami.. buah salak.. hehe.. lupa pulak aku nak ambil gambar buah salak yg belum dikopek. Sebenarnya buah salak ni.. hubby aku yg tolong kopekkan.. dia tau aku malas nak kopek..


Petangnya pula.. kami semua pergi ke rumah adikku Dee yang baru berpindah ke rumah sewanya. Sebelum ni.. dia & keluarga tinggal dengan ma.. tapi oleh kerana dah tak larat nak berulang alik ke tempat kerja yang agak jauh dari rumah ma.. dia pun minta izin dengan ma untuk pindah menyewa yang agak dekat sikit dengan tempat kerjanya. So malam tu kami semua makan malam kat rumah adikku Dee..
Ini antara menu yang dimasak oleh Tasya isterinya.. udang galah dalam tipuware tu.. yg kami bawa dari rumahh Ada juga tu menu udang galah kat rumah Dee...


Gambar2 ni pula.. sekadar untuk kenang-kenangan aku... berkemungkinan besar ini adalah kali terakhir aku bergaya dengan perut yg memboyot ni... Sebab rasa2nya macam dah nak tutup kilang dah.. Tapi tak taulah yer.. kot tuhan masih nak bagi lagi rezeki.. aku terima jugalaa.. Sempat juga ajak Abby berposing sama.. dia pun sedang berbadan dua.. tapi baru nak masuk 7 bulan.. sedangkan aku dah nak masuk 9 bulan Layan jerlah gambar mak buyung 2 orang ni..


Gambar kami sekeluarga sebelum hadirnya orang baru


Oh ya.. sebenarnya sebelum kami bertolak balik ke kampong.. aku sempat buat puding krim karamel lapis ni. Sebab adik aku abby teringin nak makan kuih2 manis yg kaklong buat katanya. Sebenarnya aku sendiri pun dah lama tak buat puding tuu... Sementara bersiap2.. sempat ler ku godek2 kuih ni dulu.. Tu yang bertolak balik lambat tuu.. Bukan apa.. sebab kat kg takde periuk kukus biasa utk buat kuih tuu.. yg ada hanya periuk kukus jenis tinggi untuk mengukus pulut tu jer.. tu yg buat dari PJ tuu.. kalo tak.. tentu boleh buat kat kg jer..

Resepinya aku ambil dari internet.. tapi aku betul2 lupa ambil dari mana.. minta maaf kepada empunya resepi sebab betul2 tak ingat sumber asalnya. Anyway.. terima kasih banyak2 utk empunya resepi.. memang sedap puding ni.. cuma aku buat tak begitu manis..

Quote:
KRIM KARAMEL LAPIS
(Guna loyang 8 inci)

Bahan2
8 biji telur (MaDiHa guna 5 biji gred A & 3 biji gred B)
¾ ~ 1 tin susu pekat ~ tin tinggi (ikut manis yg anda suka)
1 tin susu cair
½ tin air biasa
1 sudu besar esen vanilla
4 sudu besar serbuk koko
5 sudu besar gula (utk karamel)

Cara Menyediakan
1. Masak 5 sudu besar gula pasir di dlm loyang (8 inci) dengan api perlahan sehingga menjadi coklat muda. (jangan sampai hangus nanti pahit pula )
2. Panaskan periuk kukus dengan air yg banyak. Pukul telur hingga kembang, masukkan vanila, air, susu pekat & susu cair & pukul lagi hingga berbuih.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibancuh dengan serbuk koko sehingga rata lalu tapiskan.
4. Tuangkan 2 senduk bancuhan plain ke dalam loyang yg sediaada gula hangus/karamel tadi lalu kukuskan selama 5 minit. (Pastikan ikat penutup periuk kukus dengan kain yang bersih utk mengelak wap menitik ke atas kuih).
5. Bila lapisan pertama masak.. (pastikan dipermukaan kuih tiada air.. jika ada boleh lap perlahan dengan tuala bersih) Tuangkan pula 2 senduk adunan coklat dan kukus lagi lebih kurang 5 minit/ sehingga kuih masak. Kukuslah berselang seli hingga masak kesemuanya.
6. Sejukkan puding sebelum dihidangkan.. Terbalikkan puding ke dalam pinggan yang sesuai utk menghidang. Lebih sedap dimakan selepas disejukkan dari petiais.




SELAMAT MENCUBA

Quote:
Oh ya.. untuk catatan ku sendiri.. perjalanan pulang ke PJ malam tadi agak mendebarkan. Kami tersepit dalam jem yang teruk gara2 jalan di Bukit Putus, Kuala Pilah tidak dapat dilalui kerana terjadinya tanah runtuh serta pokok tumbang. Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.20 malam.. ketika tu memang hujan sangat2 lebat. Rasanya.. ada lebih dari 10 lokasi pokok tumbang.. tetapi tempat yang paling teruk & menyebabkan lalu lintas tergendala adalah lebih kurang di 3 tempat. Terpaksalah kami menunggu dalam kereta selama lebih kurang 2 jam disitu dalam hujan lebat. Ada juga antara kereta2 yang membuat U-turn mungkin mencari jalan alternatif lain. Kami tawakkal juga menunggu sehingga kerja2 pembersihan jalan selesai. Ada beberapa kenderaan polis, bomba & ambulan ditempat kejadian.. (tak taulah jika ada kemalangan jiwa yg berlaku sebab keadaan sangat2lah gelap ketika tu dalam hujan yg lebat pula tu..) Alhamdulillah.. selepas 2 jam.. akhirnya dapat juga kami lalui jalan tersebut.. Paling mendebarkan bila terpaksa menunggu di kawasan laluan air yang laju yg turun dari bukit ke atas jalanraya.. untuk beri laluan kepada kenderaan bertentangan (kerana hanya 1 hala yg boleh dilalui)... masa tu tuhan saja yang tau.. teringat2 peristiwa kereta ditolak oleh tanah runtuh dan termasuk dalam gaung.. ishh... ngeri bila diingat2kan.. Alhamdulillah.. tiada kejadian tidak dingini yg berlaku dan kami selamat sampai ke PJ lebih kurang pukul 2.30 pagi tadi sebab berenti makan sekejap untuk mengisi perut yg lapar..... Masing2 bangun pagi macam zombi.. sebab tak puas tidur.. hehehe..


Quote:
Saja masukkan statistic ni utk kenang2an.. Terima kasih kepada semua pengunjung2 fotopages ku yang tak seberapa ini.. jika dipanjangkan umur.. moga dapat bertemu lagi di lain waktu


Quote:
InsyaAllah.. jika berkesempatan utk online.. MaDiHa akan cuba update gambar baby yg bakal lahir nanti untuk tatapan teman2 semua.. Tetapi untuk entry masak2.. tunggu selepas 2 bulan la baru boleh pos new entry masak2.. itupun kalau baby sporting bagi ibu dia masak2 laa...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net