Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-May-2009 01:45 Email | Share | Bookmark
Marble Almond Biscotti

 
 
Salam..

Buat masa ni keadaan tak mengizinkan aku utk berceloteh panjang. Sekadar untuk mengupdate eksperimen ku yg lalu (sebelum bersalin) buat tatapan pengunjung2 FP ku.. mungkin ada yg tertunggu2 resepi atau eksperimen masak2 dari aku.. ada ker?? Macamlah rajin sangat masak aku ni..

Jom tengok apa yg aku buat? Penggemar biscotti pasti tidak asing lagi dengan juadah ini. Ianya berlainan sekali dengan biskut2 yang biasa kita buat.. Kalau nak tau bagaimana rasanya... cubalah buat sendiri yer.. Marble Almond Biscotti ini amat sesuai utk minum petang. Jom tengok gambar & resepinya

Juadah minum petang kami.. anak2 suka & suami pun suka..


Quote:
MARBLE ALMOND BISCOTTI
Sumber : Majalah Sedap Bil. 8

Bahan2
125 gram mentega tawar
200 gram gula aising (MaDiHa guna 160 gm)
2 biji telur
1 biji kuning telur
150 gram serbuk badam
½ sudu teh esen badam
250 gram tepung gandum* (agak lembik, MaDiHa tambah 140 gm lagi.. tak tau ler kot penimbang ku yg tak tepat)
25 gram susu tepung*
2 sudu teh serbuk penaik* (baking powder)
(ayak bahan2 bertanda *)
100 gram coklat masakan hitam ~ cairkan (boleh kurangkan ke 60 gm saja)

Cara Membuatnya
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga lembut selama 2 minit. Masukkan telur satu persatu sambil pukul rata.
2. Masukkan serbuk badam dan esen badam. Kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum, susu tepung dan serbuk penaik yg diayak tadi dan diuli hingga sebati.
4. Sudukan coklat cair tadi di beberapa tempat (pada doh) dan uli lebih kurang (jangan sampai sebati.. biar bertompok2 utk mendapatkan kesan marble).
5. Bahagikan adunan kepada 2 dan bentukkan lonjong. (panaskan oven 180C)
6. Letakkan doh tadi di atas loyang yg besar yang telah disapu marjerin terlebih dulu.
7. Bakar selama 30 minit dengan suhu oven 180C – ikut kesesuaian oven masing2. Angkat dan sejukkan.
8. Hiris-hiris serong (anggaran setebal 1 ½ ~ 2 cm) menggunakan pisau tajam bergerigi dan susun di atas loyang (tanpa sapu marjerin). Bakar lagi selama 20 minit dengan suhu oven 150C sehingga biscotti menjadi kering & rangup.




Selamat Mencuba!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net