Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 14-May-2009 04:24 Email | Share | Bookmark
Bubur Sum Sum

 
Salam..

Ibu Alin ni tengah kemaruk berFP sanggup lunch time tak kuor makan sebab nak update FP

Layankan ajela org tengah kemaruk memasak & berFP semula ni... maklumlah 2 bulan FP ni senyap ajekan.. sekarang bolehlah aktif semula

Macam biasalahh.. bila tekak terasa nak mkn & bila bahan2 pun semua ada dlm simpanan.. laju ajelah aku menggodeknya... kali ni tekak terasa nak mkn bubur sum sum pulak.. Lama sungguh tak makan.. rasa2nya last makan aritu masa bulan puasa yg lepas kott...

Mujur resepinya ada.. resepi dari kak Hanieliza kitalah sapa lagi.. sebelum ni kalau aku buat aku main hentam je sukatan takde sukat2 pun.. dan cara aku masak pula hanya guna kaedah kacau dalam kuali aje takde dikukus2 smula.. kali ni cuba resepi & cara kak liza plak.. sedappp... lemak2 manis gituuuu... habislah diet aku..

Thanks kak Liza utk resepinya yer..



Quote:
BUBUR SUM SUM
Sumber : Kak Hanieliza

Bahan2
1 ½ cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan [½ biji kelapa] (len kali buat nak tambah ½ cawan lagi sebab aku suka lembut sket)
½ s/k garam

Cara2 Membuatnya
1. Panaskan kukusan.
2. Gaulkan semua bahan (aku guna whisker) dan tapiskan dalam periuk atau non-stik wok. (MaDiHa guna kuali biasa aje)
3. Kacaukan adunan sebentar di atas api sederhana sehingga nampak likat. (MaDiHa suka kacau guna whisker.. adunan tak berketul2)
4. Tuangkan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
5. Kukuskan selama 5 minit.
6. Tutup api dan sejukkan.
7. Potong dan hidangkan bersama air gula merah.

AIR GULA MERAH
Bahan2
1 cawan gula merah (ku guna gula kabong seketul besar)
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan simpulkan

Cara.
1. Panaskan semua bahan sehingga mendideh.
2. Tapiskan dan sejukkan.



Cuaca panas2 ni.. sedap betul makan bubur sum sum ni kann


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net