Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 18-May-2009 02:54 Email | Share | Bookmark
Muffin Untuk Cikgu..

adunannya lain sedikit dari adunan muffin yg lain..
 
 
 
 
 
 
Salam..

Pertama sekali nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru2 di seluruh Malaysia yang menyambutnya pada setiap 16hb Mei Terima kasih kerana mendidik & memberi ilmu berguna kepada kami & anak2 kami.. jasamu amatlah besar terhadap kami semua & sekaligus buat negara juga..

Selain ucapan kepada cikgu2 sekolah.. tidak lupa ucapan terima kasih kepada ibuku juga.. Bak kata kak Roszana a.k.a Cikgu Roszana dlm balasan SMSnya yg kuterima tempohari... "Ibulah guru pertama anak2" so.. terima kasih juga buat ma tersayang yang menjadi guru pertama ku di dunia ini & tak lupa buat diri aku sendiri yang juga menjadi guru pertama kepada anak2 ku

Hmm cerita pasal guru.. semalam aku sibuk dengan projek baking. Dah lama rasanya oven ku tak dipanaskan.. Kakak Dini macam biasalah.. menjelang hari guru pasti sibuk minta ibu belikan hadiah utk cikgu2 kat sekolahnya. Dini minta belikan something spt bunga, kad ucapan ataupun pen. Ibu dok fikir2.. kali ni apakata bagi benda lain pula. Rasanya kalau bagi bunga plastik yg siap berbalut dari kedai tu dah biasa sangat dah.. lagipun.. rasanya kurang faedahnya bagi bunga2 macam tu.. jadi ibu bagi idea kat kakak Dini untuk bagi muffin serta sebiji mug. Kakak Dini okey aje.. janji ibu nak buatkan.. So petang semalam sambil2 cari barang2 rumah sikit aku pun pegilah cari mug yang sesuai. Aku beli 6 biji aje.. bajet ibu kecik.. tengah sengkek sekarang ni.. Kalau ikutkan kakak Dini nak bagi untuk semua cikgu2 yg mengajarnya.. tapi sebab bajet ibu tak banyak.. jadi cikgu2 tertentu ajelah yg terpilih.. (minta maaf ye cikgu2 yg tak dapat tuu... jangan kecik hati) selain tu.. Dini nak juga beli sejambang bunga.. mungkin utk cikgu kelasnya kot.. (nak juga bagi bunga plastik tuu.. sabor jelah).

Mug yang ibu pilih..


Siap2 beli barang sumer.. blk rumah aku pun ketung ketang ler kat dapur tu... dari petang sampai ke hampir tengah malam.. diselang seli dengan tugasan2 lain.. akhirnya siap juga projek ibu.. hehe.. letih banget!! Padahal bukan banyak mana pun buat.. cuma 3 adunan aje muffinnya (buat utk cikgu serta utk mkn sendiri jugak).. Letih sangat tu mungkin sebab malam sebelum tu pun aku tidur lewat sebab jiran ku Laily tempah kuih serimuka (update ceritanya kemudian). Masa dia sms tu.. aku berada di Hotel Goldcourse Klang menghadiri seminar.. (pada malam yang sama juga Kak Hanieliza sms aku jemput datang ke MPH MidValley sebab kak Liza ada buat demonstrasi masak2 kat sana.. mintak maaf Kak Liza sebab tak dapat datang.. sebab saya ada projek baking muffin nii... ) sampai rumah hampir kul 1 pagi.. kerana semua bahan2 ada aku setuju ajelah buatkan. So sampai rumah terus godek2 serimuka & tidur kul 2.30 pagi.. Esoknya bangun awal buat keje umah itu & ini sbb belah petang nak buat muffin.. pasal tu ler agaknya yg letih bebenor tu.. pagi tadi sedor tak sedor kul 6.30 pagi hubby yg kejutkan.. Ibu memang dah ckp awal2 kat hubby esok tak masak sarapan sebab dah ada roti butterscoth 2 bungkus & juga muffin tu... jadi sarapan pagi tadi roti dengan muffin ajelahh

Opps.. panjang lak cerita (kalau dah mula menaip mula takleh stop! ) Oklah.. jom tengok muffin yang ku buat semalam..

Ini projek pertamaku..

Muffin Epal. Resepinya ku cilok dari FP MamaFaMi. Resepi asal dari Ahpek. Memang sedap.. Bila kunyah terasa akan gabungan masam2 manis dari buah epal & tekstur muffin itu sendiri.. memang muffin yg kaya rasa buah.. apalagi dengan kehadiran serbuk kayu manis tu.. bertambah harum bau muffin ittew Sebenornya ni kali kedua ku buat (masa 1st time buat dulu.. aku belum ada FP lagi... ) Thanks buat Ahpek & juga MamaFaMi kerana share resepi ni.. Tapi minta maaf sebab MaDiHa ada ubah sikit bahan2nya ikut apa yg available kat rumah.


Quote:
APPLE MUFFIN
Sumber : AhPek (dari FP MamaFaMi)

Bahan-bahan :

1 ¼ cawan tepung gandum
2 biji epal hijau ~ dipotong dadu
½ cawan gula kastor (boleh kurangkan kalau tak suka manis or gantikan ngan gula perang)
½ cawan minyak masak (MaDiHa guna 1/3 cwn saja)
1 biji telur
½ cawan kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak ~ blend/tumbuk kasar (MaDiHa tak masukkan)
½ biji limau Sunkist ~ ambil jus dan kulitnya dicincang halus (MaDiHa ganti dengan 1 s/b sunquick oren)
1 sudu kecil soda bikarbonat
½ sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
½ sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil esen vanila
secubit garam halus
½ cawan kismis kuning ~ direbus sebentar agar lembut kemudian di tos (ini MaDiHa tambah)
kismis atau ceri untuk hiasan (Ganti dengan almond nibs)

Cara :
1. Panaskan ketuhar suhu 175C - 180C. Ayak bersama tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk penaik & serbuk kulit kayu manis. Masukkan dalam satu bekas kemudian masukkan garam halus.
2. Dalam satu bekas yg lain pula gaul sebati gula, minyak masak, esen vanila, sunquick dan telur sehingga gula agak hancur dengan menggunakan whisker. Setelah agak sebati masukkan kulit dan juga jus limau (ini MaDiHa skip) kemudian kacau lagi.
3. Masukkan adunan gandum tadi ke dalam adunan telur dan digaul rata.
4. Akhir sekali masukkan kacang tanah (MaDiHa ganti ngan kismis) dan epal kemudian gaul hingga sebati.
5.Setelah sebati boleh la dimasukkan ke dalam cawan muffin dan dibakar dlm ketuhar selama 12-15 minit dgn suhu 175C - 180 celcius.



Ini pula projek kedua..

Double Chocolate Muffin. Resepinya ambil dari blog UmmiZaihadi.. resepi dari Quick N Easy. Terima kasih to both of you.. muffinnya sangat2 sedap


Quote:
DOUBLE CHOCOLATE MUFFIN
Sumber : Quick N Easy Treats (Dari Blog UmmiZaihadi)

Bahan2:-

1 ¾ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder (MaDiHa tambah)
¾ cawan gula kastor (MaDiHa guna gula perang)
¼ cawan serbuk koko
100 gm mentega, dicairkan & disejukkan sebentar
1 biji telor
¾ cawan yogurt plain (MaDiHa guna 1 cup yogurt yg biasa terjual kat kedai tu)
½ cawan susu segar (MaDiHa guna susu coklat)
½ sudu teh esen vanila
½ cawan choc chips (tak cukup stok.. campur dengan choc rice)
Choc chips secukupnya untuk hiasan (tambah sendiri)

Cara Membuat:-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Ayak bersama tepung, soda bikarbonat, baking powder dan serbuk koko ke dalam satu bekas. Kemudian masukkan gula.
3. Pukul telor dan esen vanila hingga rata. Campurkan yogurt, susu & mentega cair dan kacau rata. Masukkan kesemua bahan cecair ke dalam adunan tepung.
4. Kaup balik dan pusing satu arah menggunakan garfu (MaDiHa guna whisker) sehingga tepung serata dengan bahan cecair. (jangan kacau terlalu lama, cukup setakat bercampur je)
5. Kemudian masukkan choc chips dan kacau rata.
6. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin yang telah dilenser/cawan kertas.
7. Bakar selama 20 minit atau sehingga lidi penguji keluar bersih dengan suhu 170 - 180C (bergantung oven masing2.. MaDiHa guna suhu 175C).



Inilah hasilnya... taraaa

Dua biji muffin dalam sebiji mug.. cantik tak?

Ada juga faedahnya bagi something like this kann.. muffin boleh dimakan.. mug boleh digunakan. Kalau ada yg berkenan nak order pek buah tangan sempoi macam ni bolehlah contact2 aku yer.. ishh.. kepala bisnes plak

Projek yang baru siap..


Beratur utk bergambar..


Posing sendirian


Dah takde keje.. semua nak amik gambor.. gambor dah ada.. masuk jelah dlm FP ni kan..

Itu saja ceritanya.. Terima kasih sudi berkunjung ke FP ku..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net