Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 19-May-2009 04:18 Email | Share | Bookmark
Pau Daging Gebu & Avocado with Pistachio Almond Ice Cream

 
 
Salamm..

Masih dalam mood mengupdate FP Sambil lunch.. sambil update.. boleh gitu Tapi hari ni takmo citer banyak.. terus kepada gambar2 & resepi yg ingin dikongsi.. cewahhh..!! Kunun2 je tuuu.. jap lagi dah mula menaip mulalah takleh berenti

Aritu minggu pertama masuk keje.. bukan main rindu ngan kengkawan semua.. rasa mcm tak tau FP/Blog sapa yang nak dilawat dulu.. hehehe.. hasil dari lawatan tu.. maka ternampak ler gambar pau daging gebu dari FP Jasmeen.. amboiii aiii.. gebuss banget.. teruss rasa terliur.. padahal sebelum tu dah buat dah pau.. tapi terliur punya pasal.. rajinkan diri gak exercise tangan... boleh buat sarapan esoknya.. So untuk hari ni masuk resepi ni dulu sebab aritu Jasmeen suruh cepat2 update.. hehe.. sori Meen terlambat update sebab dok bagi laluan kat entry lain dulu..

Walaupun kulit pau ku ada yg menggerutu... tapi tak kisahlah tuu.. janji ianya gebusss.. Sesiapa2 yg ada petua nak bagi kulit pau cantik... tolong bagitau yekk? yg ku buat ni pun.. tutup pengukus dah siap balut ngan kain bagai... tp tetap gak ler jd gitu.. masa mengukus pun ikut betul2 punya... ada ler separuh cantik licin & separuh lagi jd menggerutu.. sapa2 yg kukus pau dpt kulit licin semua sila angkat keaboard!! Tapi serius ni.. tolong ye sapa2 yg tau petua

Quote:
PAU DAGING GEBU
Sumber : Jasmeen
(Versi x yah guna penimbang)

Bahan2 pau :-
*500gm tepung pau (tepung gandum pun boleh)
*1 sdt Double action baking powder
*6 sdb gula kastor (MaDiHa guna 4 s/b jer)
*1 sdt garam

1 peket yis segera
1/2 cwn air suam

1 1/2 cwn air suam
2sdb shortening.
Daun pisang atau kertas secukupnya (potong anggaran 3"x3" ~ ikut besar mana pau yg nak digentel)

Sebelum & selepas proses 'menaik' (ada ker istilah ni? )


Cara2 Membuatnya

1. Gaulkan semua bahan bertanda **
2. Dalam bekas besar yg lain, bancuh yis dgn 1/2 cwn air suam...tggu sehingga berbuih.
3. Masukkan Bahan * ke dlm bancuhan yis.
4. Dgn hujung jari, putar tepung...& masukkan air...uli sehingga sebati..
5. Masukkan shortening & uli sehingga adunan licin & tidak melekat pada bekas. (anda akan dpt doh yg lembut spt doh roti canai)
6. Tutup doh dgn plastic sling & tunggu sehingga naik dua kali ganda (Madiha masukkan dlm oven yg dipanaskan sekejap.. kejap jer doh naik )
7. Tumbuk2 adunan & bulatkan kecil2...leperkan, masukkan inti secukupnya & tutup kemas lalu diletak di atas daun pisang or kertas.
8. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
9. Kukus selama 10 min menggunakan api yg kuat.

Bahan2 inti
250gm daging kisar / daging potong kecil2 (guna daging kisar Ramlee jer)
2 biji kentang (potong dadu)
1 labu bwg besar (cincang)
1 ulas bwg putih (cincang)
3sdb serbuk kari
Garam / Gula / Serbuk perasa
Air.

1. Tumis bawang sehingga wangi
2. Masukkan rempah kari...tumis sehingga naik myk.
3. Masukkan daging & kentang...gaul rata.
4. Masukkan air...& masak hingga kedua bahan empuk.
5. Perisakan dgn garam, gula & perasa.
6. Masak hingga kering & sejukkan inti.



Pau ni kalau tak habis pun boleh simpan peti ais.. pastu bila nak makan kukus balik.. ia akan lembut balik..

Hmm.. ni pulak.. tak tahan dengan godaan dari Ida (sepupuku) dok tayang mkn avocado ngan aiskrim dalam FP dia... aku pun makan gak laaa... habis musnah dietku semalam Actually.. buah avocado tu.. makcik ku Sujah yang bagi aritu. Memang ada pokok avocado kat depan rumah dia sepokok.. Tak silap aku.. si Ida tu ler yg tanamnya.. (betul ker Ida?? ) So dapat ler bahagian aku 2 biji (makcik kena agih2kan kat jiran2 & anak2 sedaranya.. sebab ramai peminat buah ni rupanya..) masa makcik bagi tu lom masak lagi.. baru lepas dipetik.. Petang semalam baru masak bila aku picit.. kebetulan hubby ada beli aiskrim.. apalagi.. laju jer aku cedok aiskrim & kopek avocado tu.. huhuu.. yummyy Actually.. buah avocado tu kalau takmo kopek pun buleh.. scoop jer guna sudu takyah potong2... lagi nampak naturall... kalau makan gitu aje kurang ler sedapnya sebab rasanya tawar aje.. biasa kalo takde aiskrim aku mkn dengan susu pekat manis jer.. tp bila mkn ngan aiskrim lagi sodappp... tak terasa sgt manis aiskrim tu.. gabungan kedua2nya.. rasa sgt2 sedappp.. even hubby yang sebelum ni kata tak suka ngan avocado (sebab buah tu tawar)pun boleh makan one portion mcm dlm gambar ni..

Boleh makan dengan aiskrim perisa lain juga.. whatever you like..


Inilah rupa avocado setelah dibelah dua..


Ada cerita avocado sebelum ni boleh klik SINI

Jumpa lagii..

Quote:
Salam perkenalan
Madiha ..apa khabar, saya selalu ikuti blog Madiha terutama bila saya tak ada idea nak masak apa sori tak pernah kasi komen. PAda saya blog Madiha adlah blog yang paling ikhlas.

Oh ye tujuan saya hantar komen ini nak bagi petua macamana nak bagi kulit Pau cantik . Saya dulu macam madiha juga kulit pau jadi berkedut. Petuanya kena guna api yang sangat kuat.

Itulah petuanya ....
Bye.
Munirah

Reply Untuk Munirah : TQ bebanyak yer Munirah kerana sudi share petua tu. Tapi sebenornya yg akak buat baru ni pun dah guna api besor. Masalahnya time kukus tu memang dia naik cantik (boleh nampak masa mula2 buka tu elok jer naik & kulitnya pun licin) TAPI elok jer dibuka setengah piuk kukus tu dia dah start shrink & berkerepot.. hehehehe... but anyway.. takdelah kerepot teruk sgt.. cuma kulitnya nampak kasar ajelahh.. & bukan semua jd gitu.. tu yg pelik tuh.. apa2pun t.kasih kerana sudi berkongsi tips. Mungkin boleh cuba lagi lain kali. Mana tau kot menjadi elok mcm Munirah cakap. T.kasih juga sebab sudi jadi pengunjung setia FP akak yer dik.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net