Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 21-May-2009 02:05 Email | Share | Bookmark
Serimuka

 
Assalamualaikum...

Lama rasanya aku tak masukkan gambar2 & resepi lauk pauk kan.. sebenarnya tiap2 hari pun masak.. cuma selalu masak lauk2 sempoi & juga menu2 ulangan.. itu yg malas nak ambik gambar. Tapi hari ni sajalah buat kenangan aku masukkan juga gambar lauk sempoi kami baru2 ni. Nak tau kenapa? Sebab nilah lauk yg hubby masak Petang kelmarin sampai rumah.. terus kuarkan ikan dari freezer dan rendam dulu bagi lembut. Badan pulak rasa letih semacam & pinggang pun rasa lenguh2 jer..(penyakit pompuan ). Kunun2 nak luruskan badan kejap sambil2 tengok siri Matahari. Sekali terlelap la pulak... Sekali bila sedar2.. dah kul 8 mlm daa Tengok2 hubby tengah masak kat dapur.. Uikk..! ada chan aku cuti masak arini Tanya hubby masak apa? Dia kata masak kering2 jer.. hehehee.. aku tengok nasi pun dah siap jerang. Aku pun buat2 sibuk ler nak tolong juga.. hahaha.. padahal dia dah pun hampir siap masak.. so aku pun just tolong tumbuk sambal tempoyak untuk lawan ngan jering yg dia beli. Ikan yang direndam tadi tak jadi dimasak.. so aku just rebus aje campur ngan asam keping & garam.. esok2 boleh goreng jer.. sodappp... So inilah lauk2 kering kami... walaupun lauk kering.. tapi makan bertambah2.. tapi aku mkn nasi sikit jer.. sayur mkn lebih.. diet ler katakan.. kuikuikuiii....

Lauk yg hubby masak..


Ok.. sambung part kuih muih lak.. serimuka ni dah lama gak buat. Beberapa minggu lepas. Dapat seloyang besar tu. Selain tu.. ada gak aku goreng nasi juga sebab hubby tu kureng sket kuih2 manis kalau pagi2. Serimuka tu pulak buat malam.. so mlm tu dah rasmi dah sikit.. Paginya dapatlah wat sarapan, bekalan aku & anak2 serta dapat juga bagi kat jiranku Laily & utk pengasuh Haziq & Alin sikit. Pastu selang beberapa hari.. masa aku pegi seminar kat Klang ngan kakngah (adikku no. 2) aritu dpt sms dari Laily nak tempah serimuka. Laa.. tak sangka la pulak ada yang berkenan.. hehe.. disebabkan dok teringat bahan2 semua ada aku terima ajelah.. Tak sampai hati nak tolak bila orang mintak tolong. Sekali baru aku teringat stok telur ada 2 biji aje.. hahaha.. parah mcm ni.. sebab masa tu dah tengah malam dlm kul 11.00 lebih.. mana ada kedai buka dah. (tak teringat lak kat 7-E) Nasib baik kat umah kakngah ada stok telur.. so sebelum balik aku dah rembat 3 biji telur dari rumah kakngah . Mekasih haa kakngah.

Inilah dia serimukanya..
Yang kaler pucat tu yang aku buat mula2.. yang agak terang sikit tu yg Laily tempah.. sori ye Laily sebab rasa macam terlebih kaler pulakk..maklumlah.. kul 1 pagi godek kuih.. dah mamai


Quote:
SERIMUKA (saiz loyang 28 cm)

Bahan Lapisan Bawah
400gm beras pulut (basuh bersih & rendam dlm sejam atau sementara prepare bahan2 lain rendam pulut dulu)
17oz santan cair (dari sebiji kelapa ~ yg pekat simpan utk lapisan atas yg cair untuk lapisan bwh)
1 s/k garam

Bahan Lapisan Atas
25 oz santan pekat
220gm gula pasir
5 biji telor gred A
½ s/k esen vanilla
¼ s/k esen pandan (kalau dah blend daun pandan tak perlu boh esen pandan lagi)
¼ s/k garam
5 s/b rata tepong gandum (sukat guna sudu penyukat)
5 s/b rata tepong jagung
Pewarna hijau secukupnya (boleh juga blendkan daun pandan bersama kelapa & dapatkan jus santan bercampur pandan sebanyak 25 oz... kalau nak buat camni.. kelapa kena ambil 2/3 khas utk lapisan atas & tinggalkan 1/3 utk lapisan pulut)

5 helai daun pandan untuk mengukus. (kalau takde pun takpe)

Cara Membuatnya

1. Terlebih dulu jerang air & daun pandan dalam periuk kukus.
2. Toskan beras pulut yg direndam. Masukkan ke dalam loyang. Campur santan & garam lalu kacau rata sehingga garam larut. Semasa meletak di atas pengukus, pastikan beras pulut & santan serata. (jangan ada bahagian yg tebal & nipis. Rata2kan guna sudu. (kalau tak nanti ada bahagian pulut yg tebal ada yg nipis )
3. Kukuslah selama 30 minit. Bila masak tekan2 pulut dengan sudu agar mampat. Ketepikan dulu.
4. Dalam bekas yang lain, sediakan bahagian lapisan atas.
5. Campurkan kesemua bahan2 lapisan atas menggunakan whisker dan kacau hingga sebati. Tapiskan ke dalam kuali.
6. Masak sebentar di atas api yg sederhana sambil dikacau2 sentiasa menggunakan whisker sehingga agak pekat (agak2 mcm susu pekat manis tu).
7. Tuangkan ke atas lapisan pulut dan kukus lagi anggaran 10 - 15 minit.
8. Sejukkan sebelum dipotong.




Tu dah ada resepinya tu.. lepas ni bolehlah Laily buat sendiri.. tapi kalau rasa malas nak buat sendiri.. bolehlah tempah lagi yer

Jumpa lagii


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net