Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 22-May-2009 02:51 Email | Share | Bookmark
ALIN Sebelum & Selepas 'botak' & Bubur Dwi Rasa

ALIN umur 47 hari
57 hari
58 hari
70 hari
 
 
 
Salam pagi Jumaat...
Semoga semua berbahagia dihari yg mulia ini..

Selitkan sikit gambar2 Alin... dah ada yg bertanya gambar2 Alin.. ibunya asyik dok masuk gambar2 makanan jer.. hehe.. nak wat camno.. dah jd hobi ambil gambar makanan... Ok layann..

Ni gambar Alin sebelum di'botak'kan

Alin 47 hari.. lenanya dia tidur...


Alin 57 hari.. saat2 menunggu untuk dicukur rambutnya..


Alin 58 hari.. gambar selepas di'botak'kan Kejamnyerrr ayah ni... letak Alin atas kerusi keras tuu...


Alin 70 hari.. muka dah tambah bolat


Alin dicukur rambutnya oleh ayah ngan opahnya aje.. Kami tak buat sebarang majlis pun.. bajet takde.. almaklum ekonomi tengah teruk skrg ni.. faham2 sajalahh.. Hari tu.. ayah Alin suruh buat bubur tepong & sedekah kat jiran2. Kalau kat kampong hubby kat Raub bila ada majlis kecil2an orang kat sana selalu masak bubur tepong ataupun bubur teran (tepong yg di'teran' dalam acuan macam acuan cendol tu). Kalau keluarga aku pulak.. bubur macam tu kami panggil bubur chache/chacha (feberet arwah ayah aku tu..). Tapi hari tu aku dah ubah sikit resepi bubur tepongnya.. masih juga menggunakan tepong.. tapi bukan tepong gandum...aku guna tepong pulut.. sebab aku takde aduan cendol.. Nak kata bubur Butir Nangka (orang Kelantan panggil Butir Nako) tak juga sebab takde intinya kat dlm & kuahnya lain.. Nak kata Bubur Candil pun bukan sebab aku ada campur keledek dlm dohnya tu.. lagipun presentationnya lain.. kuah tu aku campur je sekali ngan gula melaka buat macam pengat. Jadi aku namakan bubur ni Bubur Dwi Rasa . Yg warna putih tu rasa kenyal2 tepong pulut & yang warna purple tu pulak agak lembut & ada rasa keledek. Hentam ajelah labuu.... janji sedap dimakan.. Tapi memang sedap pun (selera keluarga kamilah! orang lain taktaulah kann.. ) hubby boleh ulang makan berkali2.. pastu siap buat kali ke dua sebab tak puas makan masa buat untuk bagi kat jiran2 tu..

Quote:
BUBUR DWI RASA
Sumber : Sendiri

Bahan2 Kuah
1 ½ biji kelapa ~ diambil santan sederhana pekat secukupnya
Gula melaka/gula merah secukup manis ~ kalau guna gula merah.. masak dengan sikit air kemudian tapis.
gula pasir (kalau nak lebih manis)
1 s/k garam halus
3 helai daun pandan

Doh Pulut
300 gm tepong pulut
sedikit air kapur
air secukupnya untuk menguli

Doh Keledek
200 gm tepong pulut
1 ketul keledek sederhana besar (tak kisah warna apa.. MaDiHa punya warna purple.. so jdlah warna purple)
air secukupnya untuk menguli
3 sudu besar tepong gandum
sedikit pewarna (ikut warna keledek yg anda gunakan)



Cara2 Membuatnya
1. Keledek dikopek kulit, potong kiub besar & direbus empuk kemudian dilecek halus semasa masih panas.
2. Sediakan doh pulut dengan mencampurkan semua bahan dan uli hingga lembut seperti membuat buah melaka.
3. Sediakan pula doh keledek dengan mencampurkan semua bahan dan uli spt doh pulut tadi. Jika rasa mana2 doh terlembik (terlebih air) boleh tambah beberapa sudu tepong gandum dan uli semula.
4. Jerang air setengah periuk besar & sediakan sebesen air biasa untuk merendam kuih.
5. Cubit sedikit doh pulut dan buat bentuk lonjong seperti biji nangka. Buat sehingga habis. Jangan besar sangat nanti bila direbus dia akan kembang. Bila air mendidih masukkan doh2 yg digentel tadi dan biar sehingga timbul. Angkat guna senduk berlubang dan masukkan dalam sebesen air biasa.
6. Buat cara yang sama untuk doh keledek tadi.
7. Sediakan bahan kuah pula. Jerang semua bahan2 kuah. (Kuah biar lebih sikit sebab nanti doh akan mengembang & kuah jadi pekat) Sementara itu toskan doh yang direbus tadi. Kuahnya pula sentiasa kacau supaya santan tak membuak. Bila mendidih.. masukkan doh2 yg ditos tadi dan biarkan merenih seketika.
8. Biar secukup manis & lemak ikut citarasa sendiri. Angkat & sedia dihidangkan samada semasa masih panas atau selepas dimasukkan dlm peti sejuk



Selamat Mencuba


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net