Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 26-May-2009 01:58 Email | Share | Bookmark
Happy 15th Birthday Mirul!! & Popia Kentang

 
 
 
 
 
Salam..

Hepi belated besday untuk Mohd Amirul Ashraf (betul tak spelling ni Mirul?) yg ke 15 tahun... Kaklong doakan semoga Mirul berjaya dalam pelajaran & buat yg terbaik utk exam besar nanti tauuu... (ingat semalam nak masukkan entry besday Mirul (sepupuku).. tp photobucket takleh nak upload gambor lakk..). Besday Mirul ialah pada 22hb Mei yang lalu... baru hari ni dapat masukkan entry untuk Mirul..

Oh ya.. sebelum terlupa.. Hepi belated besday juga utk sepupu ku Ida yang juga sambut besdaynya yang ke 30 pada 21hb Mei 2009 Dan yang terakhir aku juga nak ucapkan tahniah pada adikku Abby yang telah selamat melahirkan baby girl sulungnya juga pada tarikh yang sama iaitu 22hb Mei 2009 baru2 ni... nampaknya.. Mirul ngan baby Cik Abby sambut besday tarikh yang sama...

Ok ni ada sikit gambar masa hari besday Mirul Jumaat lepas.. Just a small celebration.. Sujah masak bihun goreng & kakak2nya belikan kek untuk besday boy dari secret recipe... Aku?? aku kan baru balik kerja... aku pegi makan jer ari tu.. tak bawak apa2 pun.. hehehe.. tengoklah kakak Dini pun ngan baju sekolah lagi tuu..










Okey.. habis sudah cerita besday.. meh tengok apa sarapan aku pagi tadi...
Pagi tadi sempat goreng nasi aje utk sarapan kami.. pastu aku panaskan pau yang aku frozenkan... elok lembut balik pau tu.. Pagi2 ni selalunya kakak Dini ngan hubby jer yg sarapan.. aku tapau jer & sarapan kat ofis.. untuk Haziq pun aku tapaukan ke rumah pengasuh..


Ok.. untuk resepi hari ni.. resepi yang diambil dari Kak Rinn kita.. iaitu Popia Kentang.. resepi asal adalah dari Mummy Jam.. TQ utk Mummy Jam & Kak Rinn yer... selain dari pau... popia ni pun boleh difrozenkan tauu.. pagi2 tinggal goreng jer.. senang kerja utk ibu2 yg berkerja yg ada anak2 yg perlu bersarapan pagi kat rumah macam kita ni haa.. Popia ni memang sedapp.. anak2 aku suka (kecuali alin yg belum pandai makan..hehe) ibu ngan ayah pun suka gak sebenornya..

Quote:
POPIA KENTANG
Sumber : Mummy Jam

Bahan-bahan inti :
5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit dan dilecek
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 tsp serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam kasar
5 tbs daging cincang
1/2 cwn bawang goreng
Sepokok daun saderi, dicincang (ku bubuh beberapa tangkai je)
Sepokok daun bawang, dicincang (ku bubuh beberapa tangkai je)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak utk menumis

Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng

1 sudu besar tepong gandum
sedikit air
(bancuhkan tepong dengan sedikit air utk dijadikan pelekat semasa menggulung popia nanti)


Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika.
2. Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api. Gaul rata semua dan tutup api.
4. Akhir sekali masukkan bawang goreng, daun saderi dan daun bawang. Gaul rata. Sejukkan seketika.
5. Sediakan kulit popia, isikan inti, gulung kemudian lekatkan hujung gulungan dengan sedikit bancuhan tepong gandum tadi. Bila siap digulung bolehlah digoreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos cili pilihan.




Jom buat popia!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net