Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 27-May-2009 02:30 Email | Share | Bookmark
Alin pegi hospital lagi........ ; Egg In Toast & Brownies Nougat

 
 
Salam...

Pagi tadi bawak Alin pegi hospital PPUM untuk dapatkan imunisasi 3 bulan. Aku je sorang bawak Alin dengan ditemani abang Haziq . Ayahnya kerja macam biasa & kakak Dini pulak sekolah. Alin tak banyak ragam dalam kereta... kalau tak tidor pun dia diam aje dok dlm car seat dia tu.. senang ibu dia nak drive. Kalau dia merengek sikit2.. ibu sumbat mulut Alin ngan puting kosong..

(ni gambar lama ni.. masa Alin baru kena cukur... pg tadi tak ambik gambar pon)

Mula2 ayahnya nak ambil cuti nak tolong hantarkan kami ke hospital.. tp bila ingat2 balik masa cucuk Haziq dulu kat Klinik KIDDS kat PPUM tu bukannya ramai orang sangat pun... sekejap jer dah siap tu yg aku cakap tak payah la hantar.. biar ibu je pegi sorang.. Siap parking kete terus turun ke RUKA & naik tingkat satu cari Klinik KIDDS. Tiba situ ada ler juga orang.. tp kat bahagian imunisasi kanak2 takde orang pun.. terus aku ambik nombor & nurse terus suruh duduk kat kerusi nak cucuk budak tu.. Dia tulis nama baby & tanya no. tepon.. lepas dia cucuk & bagi ubat Polio timbang jap.. dah pun siap tak sampai pun 5 minit.. dahlah sekejap pastu free lak tuu...

Berat Alin Lahir : 3.43 kg Ukuran Tinggi/Panjang : 50 cm
Berat Alin 6 minggu : 4.55 kg
Berat Alin 3 bln (terkini) : 6.7 kg Ukuran Tinggi/Panjang terkini : 63 cm


Pagi tadi.. ibu bancuh milo & goreng kentang jer untuk kakak Dini ngan Abang Haziq..


Untuk ayahnya pulak.. ibu buat teh O & juga buat roti ni.... ni ikut idea Mummy Jam juga ni.. TQ Mummy bagi idea breakfast simple ni yer... C&P cara2 membuatnya yer..

Quote:
EGG IN TOAST (or as some may call Egg in the Basket)
Source : Mummy Jam

2 slices of bread
1 piece of cheese
1 egg
a little knob of butter/margarine

Method:
1) Using a knife or scissors, cut a square from 1 slice of bread or use a mould to cut away the bread.
2) Divide the 1 piece of cheese into 4 strips.
3) Place the (uncut) slice of bread on toaster tray. Line the strips of cheese on top the 4 sides of bread. Stack the other slice of bread (the one with the cut-out square) on top. Press the sides a little.
4) Gently, break the egg into the centre cut square. Put a little butter on the yolk.
5) Toast for about 6 minutes, done! Add some white or black pepper if you like.

Sori malas plak nak translate ke BM. Aku rasa semua orang pun faham BI... so takyah ler translate yekk.. roti ni hubby makan bubuh kicap sket dalam telur tuu... lazattttt

Hari ni aku nak tepek gambar Alin baaaaaaaaaaaaaanyak banyakkkkkkkkk... so janganlah jemu lak tengok muka Alin yer

Untuk auntie Tie Temerloh... Alin dah rasmikan dah baju auntie Tie bagi tu.. tengok ni!! Dah muat dah.. Pagi tadi pun ibu pakaikan baju yg auntie bagi dulu tu (yg ada bunga2 tu) masa nak gi hospital tadi.. (ibu tak ambik gambor pulakk pagi tadi... )














Ni ambik gambor Alin banyak2 ni.. lepas ni tak tau bila plak aku rajin nak ambik gambor Alin lagii.. so layan jelah yer...

Ok sambung bab masak2 lak...

Baru ni sempat wat experimen brownies ni..... terliur benor tengok dlm blog UmmiZaihadi terus cilok resepi.. (tanpa meminta izin lak tuu.. teruk tul.. hehehe) anyway.. TQ ye kak Ummi utk resepinya.. resepi asal dari Za (tak kenal lagi Za ni yang mana satu). Thanks to both of U.. brownies ni aku suka... kakak Dini siap mintak bawak bekal gi skolah.. ayahnya cuma makan 2 potong jer.. abang Haziq plak belum sempat ibu letak topping dah mintak.. ibu cakap nanti dulu.. lepas jer letak topping terus bagi dia makan..

Resepi ni dapat sikit je ya.. kalau family besar memang tak cukup.. untuk family aku.. just ngam jer utk sekali hadap.. Ingatkan boleh muat loyang 4 segi kecik aku tu.. sekali tengok jadi nipis lak.. terus aku stack jadikan dua lapis.. kalau tak nampak nipis sangat. Actually brownies aku tu tak ikut arahan resepi.. sepatutnya kena kukus. Ingatkan muatlah piuk kukus ku ittew.. sekali bila nak masukkan dlm piuk kukus tu.. alamakkk!! tak muat la pulakkk... tak teringat yg piuk kukus ku yang besar tu ada kat rumah sujah... yg ada piuk kukus yg kecik jer... tak muat tu sebab guna loyang 4 segi.. kalau loyang bulat no problem.. so... takleh nak buat apa ler... nak tuang dlm loyang bulat adunan dah siap di'marble'kan... so aku terus on oven dan aku bakar cara 'bain marie'............ ginilah hasilnya.... len kali nak try kukus lakk mesti lembut sket agaknya

Quote:
BROWNIES NOUGAT
Sumber : Za (dari Blog UmmiZaihadi)

Bahan:-
150 ml putih telor
100 gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh ovallete
125 gm tepung gandum
100 ml butter (dicairkan)
1 sudu besar serbuk koko

Topping:-
50 gm butter
25 ml susu pekat manis
almond nib (panggang)
- Pukul butter dengan susu pekat manis dan letak almond nib.

Cara Membuat:-
Pukul putih telor hingga kembang, kemudian masukkan butter, gula halus, cream of tartar, esen vanila dan ovallete. Pukul sebati. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit, pukul sebati. Bahagikan adunan kepada dua, 1 bahagian dicampurkan serbuk koko. Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan masukkan adunan putih dan coklat berselang seli. Didihkan air dalam periuk kukus dan kukus hingga masak.
Setelah diangkat dan sejuk, bolehlah disapu pada permukaan brownies dengan topping. Taburkan badam di atasnya.




Yummyy


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net