Pagi tadi bangun awal dari biasa... sempatlah buat kuih ketayap & nasi goreng untuk sarapan kami sekeluarga... inti kelapa tu sebenarnya memang dah ada dalam peti ais tu.. lebihan buat kuih ketayap dulu... tinggal bancuh tepongnya aje..
Rasanya semua orang dah pandai buat kuih ni kann... tapi takperlah aku masukkan juga resepinya utk rujukan anak2 ku nanti...
Quote:
KUIH KETAYAP / KUIH DADAR / KUIH GULUNG
Bahan2 Inti ½ biji kelapa parut putih (kalau dapat yg agak muda lagi sedap)
Gula merah/ gula nisan secukupnya (ikut manis yg puan2 mahukan)
1 cawan air
1 sudu besar tepong pulut / tepong jagung
2 helai daun pandan ~ basuh & simpulkan
Bahan2 Dadar 3 cawan tepong gandum*
3 ~ 3 ¼ cawan santan* (bergantung pada jenis tepong) (kalau nak guna air biasa pun boleh gak.. tp kuranglah lemaknya)
½ sudu kecil garam*
pewarna hijau secukupnya*
1 biji telur*
1 sudu besar marjerin* ~ cairkan
sedikit minyak
2 helai daun pandai ~ dilipat2 & ikat dengan getah jadikan penyapu minyak
Cara Menyediakan Inti 1. Masak air bersama gula merah / gula nisan hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali.
2. Masukkan kelapa parut & daun pandan ke dalam air gula dan masaklah hingga inti menjadi agak pekat.
3. Bancuhkan tepong pulut / tepong jagung dengan 2 sudu air kemudian masukkan ke dalam inti tadi. Kacau2 rata & sehingga inti kering. (tujuan masukkan tepong tu utk dapatkan inti yg lebih lekit gituu.. kalau taknak masukkan pun takper.. )
Cara Menyediakan Kuih Dadar 1. Bancuhkan kesemua bahan2 bertanda * sehingga rata menggunakan whisker.
2. Tapiskan bancuhan.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana lalu lengserkan sedikit minyak dengan daun pandan.
4. Masukkan sesenduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali hingga menjadi dadar yg agak nipis.
5. Biarkan kuih dadar masak. Tak perlu balikkan kuih. Angkat & letak dalam pinggan. Ulangi proses no. 4.
6. Sementara menunggu dadar ke 2 masak segera intikan kuih dadar yang pertama td dan gulunglah kuih seperti dalam gambar. Habiskan kesemua bahan2 & lepas tu bolehlah dingapp
Quiche Ini pula breakfast kami minggu lepas.. hari khamis tak silap aku.. haa yelah.. hari khamis tu aku tak update FP kann.. nilah dia breakfast kami hari tu... Resepi ni aku ambil dari FP sepupu ku Ida... memang sokmo aku tercari2 resepi makanan savoury utk dibuat sarapan. Sebabnya suami & anak2 aku lebih cenderong breakfast makanan yg pedas2 or yang masin2.. kalau buat kuih2 manis.. diaorang kureng sket... makan tu makanlaa.. tp takdelah selaju mcm makan makanan yg pedas or masin2 tuu.. T.kasih ye Ida share resepi ni.. semua pun sukakan quiche ni tauu.. kakak Dini request suruh buat lagi..
Resepi ni aku dah edit ikut kuantiti yang aku buat baru2 ni utk acuan pai 24.5 cm. Kalau nak tengok resepi dari Ida.. boleh klik sini..
Quote:
QUICHE DAGING & SOSEJ
Sumber : Nor Marlida (acuan pai 24.5 cm)
Bahan2 Dasar Quiche 3 biji kentang sederhana besar ~ rebus & dilecek halus
4 keping roti - dibakar hingga garing (balik2kan semasa membakar) kemudian dipotong2 & dikisar halus menjadi bread crumb (MaDiHa guna roti wholemeal.. kebetulan roti tu je yg ada)
¼ sudu kecil garam halus
Bahan2 Inti 3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 ½ labu bawang besar - didadu
5 sudu besar daging kisar (ku guna daging kisar Ramlee)
6 batang sosej - potong nipis
1 batang carrot besar ~ didadu @ disagat memanjang
4 ½ sudu besar sos black pepper
1 ½ sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili (ku tambah )
garam secukup rasa
minyak utk tumis
Bahan2 Topping 3 biji telur
1½ sudu besar tepong kastard
¾ cawan air
Cara2 Menyediakan 1. Campurkan kentang lecek, garam dan serbuk roti sehingga menjadi doh.
2. Lengserkan acuan pai dengan marjerin. Letakkan doh kentang di atas acuan pai dan ratakan doh sehingga memenuhi dasar & keliling tepi acuan seperti dalam gambar. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak lalu tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
4. Masukkan daging cincang & biarkan seketika sambil dikacau2 sehingga kering air daging.
5. Kemudian masukkan carrot sagat, sosej bersama dgn sos2. Tambahkan ½ cawan air jika terlalu kering.
6. Perasakan dengan garam & masaklah hingga intinya kering.
7. Biarkan suam seketika sebelum dituangkan ke atas dasar quiche.
8. Untuk topping pula.. satukan semua bahan hingga rata dan bolehlah di tuang ke atas inti quiche yang telah dimasukkan ke dalam acuan tadi.
9. Bakar menggunakan suhu 180 @200ºC (bergantung oven masing2) sehingga masak.
Note : Untuk tahu quiche masak ialah dengan melihat jika bahagian topping/ telur tadi tidak lagi bergoyang itu maknanya quiche sudah masak
Klu setakat kek boleh lah saya godek hari2 tapi klu suruh buat biskut jgn diharap takut nanti masuk bakul sampah aje.klu kek ni dah tahu abah mesti mkn punya tapi semalam buat carrot&apple kek abah dah jueh bibir cakap tak sedap sebab masam epal.ayoo..yoo abah ni byk komplain lak.
Alahai Madiha....kueh ketayap tu kesukaan ku. Kena lak intinya dapat nyor muda sikit..dan adunan tepung pulak letak telur lebih sikit...sedapppppp . Lama dah tak buat kerana kelapa untuk inti susah dapat...dok kampung macam dok bandar...susah.
Pagi2 sempat lagi Ratna mendadar ketayap....goreng nasi....siapkan sarapan......dgn baby lagi....mmg tangkas Ratna di dapur...baby Alin sure tidur nyenyak tak kacau ya pagi2...... quiche tu kalau mkn boleh cepat kenyang gak kan sbb ada ubi kentang..dan macam2 sbg inti....
kalu nak resepi tu ambik jer le...kalu kurang tambahkan apa yg patut, kalau lebih kurangkan k... sebab akak buat sendiri resepi tuh... untuk sambalnyer tuh akak memang buat manis dan berpalit ....
nanti akak nak buat muffin leh ambik esepi madiha lak....
Salam Madiha....Kak rus baru balik dari KL...terpa tengok fp dulu....ada ketayap dan quiche....sedapnya.....tapi kak rus la ni tak boleh
makan benda manis-manis....pantang....pantang tengok.Wlp pantang kak rus tetap akan masak...mai mana tak tau yang nak masak-masak
tu walaupun tak ada orang nak makan....alih-alih kak rus yang makan....Bila jumpa kawan dia orang kata kak rus dah bulat .....dulu dia orang
kata badan kak rus kurus....
Mon 1-Jun-2009 06:53 Posted by:Kak Rus kak-rusnah@yahoo.com - [Link]
Salam K'Ma... Wah sarapan pagi yg menyelerakan...yummy... Kak, nampak sedap jer akak punya quiche daging tu...betoi2 kasi lapor balik... Bertuah anak2 dapat mak mcm akak...pandai dan rajin memasak... re: Aina tu pun tgh mood baik...klu tak abg long tu la yg dia selalu pukul2... Memang nak diajar supaya abg long rajin baca buku kat adik...senang nanti...hehehe...
Madiha....akak mmg salute dgn madiha ni...w/pun ada anak kecil pun masih aktif lg mcm dulu,madiha ni mmg tangkas dan cergas orangnye ye...pepagi pun sempat lg melenggang ketayap... madiha,quiche tu npk sedaplah...mcm pie pun ada gak...akak mmg suka makanan yg savoury mcmni...nk masuk list dulu lah,kalau ada kerajinan...
Salam..
kak madiha nampak best lerr quiche tuu... ikshhh mesti layan kalau panas2 ni... lama bebenor x wat kuih ketayap... mmg masyuk mkn pg2 pastu buh inti byk2
re: mmg ikut ati nak aje wat pajeri tu mkn ngan nasi biryani ke nasi minyak ke..yelaa kempunan nk mkn nasi kenduri tp xde sapa nk pacak khemah kt sini huhuuuu... terpaksalaa godek sendiri!
salam mamawandiha, wah meriahnyer masakan,especially rebus keladi. one of my fav jugak cuma kena hati2 jugak beli keladi nie, hari tuh terkena yang gatal atau silap cuci...hilang selera nak makan. tapi kalau jumpa kat kedai selalu jugak ler menjadi pilihan nie. BTW nak nak update blog baru aima at http://rizaimaa.blogspot.com ,senang2 boleh jenguk yer
Saya ada menyediakan perkhidmatan membuat hantaran pada harga yang paling berpatutan dengan deco yang menarik dan pasti mendapat pujian. untuk sebarang pertanyaan sile email di;
anesalfarizan@yahoo.com
anda tidak rugi berbisness dengan saya kerana perkhidmatan yang disediakan insya allah akan memuaskan hati anda.