Want your
own Fotopage?






















































 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 3-Jun-2009 02:04 Email | Share | Bookmark
Asam Rebus Keladi, Air Kacang Soya & Bingka Kcg Soya Berkismis

 
 
Salamm...

Ni salah satu sayur kegemaran aku... buat dah lama dah ni... seperdu keladi pemberian Sujah semasa aku singgah rumah dia petang bila tu dah tak ingat... balik2 terus aku kerjakan keladi ni.. belum masak lagi dah kecur air liur aku dok teringatkan asam rebus keladi... sememangnya feberet aku sejak dulu lagi.. kalau ma masak lauk sayur keladi tak kira masak apa sekali pun.. pasti.. ye pasti aku akan cedok dulu semangkuk dua untuk diratah begitu saja.. hehehe.. nanti bila makan nasi lain cerita plakk.. so kalau ma nak masak.. memang dia kena masak ekstra sayur keladi ni... hmmmm.. teringat lak kat si Dini.. kalau aku siap masak dan dia mintak ratah or rasa apa2 yg aku masak.. mesti aku bising.. hahahah.. lain benor sifat aku dgn ma aku... barulah aku sedar betapa baik & sportingnya ma aku tu dengan anak2nya nak dibandingkan ngan aku yg garang ngan anak2...

Quote:
ASAM REBUS KELADI

Bahan2
Seperdu keladi (pastikan guna keladi yg sesuai utk dibuat sayur)
2 senduk cili & bawang kisar (cili kering, bwg besar & bwg putih) (sori ni resepi main agak2 je yer)
(kalau nak lebih pedas boleh tambah cili padi)
segengam ikan bilis ~ dikopek & tumbuk halus
1 kiub ikan bilis
3 keping asam keping (nak masam lebih boleh tambah)
4 keping asam keping (untuk celur keladi)
½ sudu teh kunyit serbuk
air secukupnya utk kuah
secekak daun kesum
garam & perasa secukupnya (tambah kemudian sbb kiub bilis pun dah ada garam)

Cara2
1. Sediakan air di dalam periuk. Potong batang keladi dari ubinya satu persatu lalu siat kulit ari/selaput pd btg keladi selai demi selai kemudian dipotong2 dan masukkan dalam periuk berisi air tadi (untuk elak keladi bertukar warna). Isi keladi pun boleh dimasak gak.. buang kulit & potong ikut suka. Cuci bersih batang keladi serta ubinya.
2. Celur batang keladi dan ubinya dengan 4 keping asam keping serta air secukupnya. Biar keladi separuh masak. Angkat, buangkan asam keping & tos.
3. Masukkan semua bahan2 lain dalam periuk & masaklah hingga mendidih & secukup rasa... Tutup api dah bolehlah diratah



Ini pula projek aku hari Sabtu lepas . Tekak ni teringin sangat nak minum air kacang soya fresh buatan sendiri . Bukan apa.. kalau beli soya kotak tu.. tak sesedap yang buat sendiri.. rasanya dah lain sikit.. kalau beli yang orang jual tepi2 jalan tu pulak.. tak puas minum sebab airnya cair... yelah orang nak meniaga mestilah nak untungkan... sapa pulak nak meniaga rugi.. So sebab tu lah aku godek jugak sendiri dah tekak ni dok teringin benor.. kalau kita buat sendiri ni bolehlah kita ejas cair or pekat. Ikut tekak kitalah.. Barulah puas minum air soya buatan sendiri.. kaw-kaw gittew... Aku buat soya panas aje.. tak campur ais pun.. Tp minum tunggu dia suam lerr.. kot ditogak tengah2 panas tu.. mau melecur anak tekak Anak2 tak cukup la pulakk.. yelahh.. dapat 1 mug sorang jer.. hehehe.. takper.. nanti lain kali ibu wat lagi.. sebenornya ibu ngan ayah pun tak puas gak minum aritu sebab buat sikit sangat..

Quote:
AIR KACANG SOYA

Bahan2
2 cawan kacang soya ~ dicuci bersih & rendam semalaman/ 8 jam
8 cawan air (kalau nak buat soya berais.. boleh kurangkan air kepada 6/7 cawan)
gula secukup rasa
secubit garam

Cara2 Membuatnya
1. Buangkan semua kulit kacang soya yang direndam tadi sehingga bersih.
2. Cuci kacang soya lalu dikisar halus. (blend kacang soya setengah2 ye takut tak muat blender & jangan guna air terlalu banyak waktu mengisar nanti susah nak hancur)
3. Tapiskan air kacang soya ke dalam periuk menggunakan penapis santan dan biarkan ia tos dengan sendirinya hingga agak kering.
4. Ulangi mengisar sekali lagi kacang soya yang dikisar tadi dan tapis lagi ke dalam periuk. Tekan2 kacang soya menggunakan senduk agar airnya tos & kering.
5. Bila siap.. jeranglah air kacang soya tadi menggunakan api yang sederhana & sentiasa kacau air kacang soya supaya tak membuak & berkerak.
6. Bila mendidih.. masukkan secubit garam & gula secukup rasa. Kacau lagi sebentar & tutupkan api.
7. Tapiskan air kacang soya (menggunakan penapis teh) ke dalam jug & bolehlah dihidang suam2 ataupun dicampurkan dengan ketulan ais.

(Hampas kacang soya tadi jangan dibuang yer.. ada resepi akan menyusul menggunakan hampas kacang soya tu nanti ~ aku ni kan anti pembaziran )



Ok skrg nak citer pasal kuih bingka ni pulak.. Inilah dia kuih bingka yang aku buat gunakan hampas kacang soya tadi tu.. haa.. hampas bukan sebarang hampas tauu.. sebabnya hampas kacang soya tu kaya dengan serat serta masih ada lagi khasiat proteinnya sebab aku buat tu bukan diperah sampai giler2 kering.. So.. oleh kerana aku tak suka membazir.. aku pun dok fikir2lah apa nak ku buat dengan hampas kacang soya ni.. nak dibuat wadeh.. hampasnya agak berair.. nak dibuat cekodok.. ahh.. lenkalilah cekodok.. sebab fikiran ni dok teringin makan kuih manis.. maka aku pun godek2lah buat kuih bingka... hasilnya... taraaaaaaaaa.. korang tengoklah sendiri.. memang sedap...

Quote:
BINGKA KACANG SOYA BERKISMIS
Sumber : MaDiHa

Bahan2
2 cawan kacang soya kisar (kacang soya lebihan dibuat air tadi)
3 ½ cawan tepong gandum
2 cawan santan
3 biji telur (gred A)
1 cawan gula pasir
2 sudu besar marjerin ~ cairkan
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
½ cawan kismis hitam


Cara2 Membuatnya
1. Campurkan kesemua bahan2 di atas (kecuali kismis hitam) sehingga rata dengan menggunakan whisker.
2. Panaskan oven suhu 175ºC.
3. Sediakan loyang bingka dengan menyapu dasar & tepinya dengan sedikit marjerin.
4. Tuangkan adunan bingka ke dalam loyang. Taburkan kismis sehingga rata (mungkin kismisnya akan mendap ke bawah nanti.. takper biarkan je..)
5. Bakarlah bingka selama 45 minit atau sehingga kuih masak (bergantung bentuk loyang yang digunakan.. untuk tau kuih dah masak.. boleh uji dengan lidi penguji kuih.. jika ia keluar bersih.. maknanya kuih dah masak)
6. Sejukkan bingka sebelum dipotong.




Ingin merasa kelainan kuih bingka??? Cubalah buat kuih bingka ini pula yaa... Selamat Mencuba

alahai...rajin betul kak madiha buat air soya
selalu kiter beli je
tp pasni mcm teringin lak nk wat sendiri sbb dh tau caranya...
Wed 3-Jun-2009 05:05
Posted by:nuanza  - [Link]
Salam...harap akak dan keluarga sihat..wahhhh pas pantang ni masak best2 je...sedap nampak bingka tu... Wed 3-Jun-2009 05:30
Posted by:Hajar
asam rebus keladi...paberet Haniss juga tu, biasanya kalau buat masak keladi ni mesti tak sabar2 nak meratah dulu kan,sama lah tu dengan kita. orang utara selalunya matchkan asam rebus keladi dengan nasi ulam ....selalunya bulan puasa yang pemes dengan makanan ni. Air soya tu selalu Hanis tambahkan sikit gula batu, dan hampas dia tu selain bengkang boleh gak dijadikan cekodok.... Wed 3-Jun-2009 05:42
Posted by:Haniss  - [Link]
ndak sedap lagi..tamabh ikan kurau masin ngan lauk asam rebus ni...fuh!!! teruja di buat nyer kak..
>> boleh gak guna resepi ni, gantikan keladi ngan betik setengah masak..tapi tumbuk kan sikit lada hitam biji, lawan ngan ikan kurau masin gak..makan ngan nasi pepanas...sedappp kakk...
p/s eh, dah abis pantang makan 100 ari ker?..mcm2 dha makan ni...
Wed 3-Jun-2009 06:04
Posted by:bungamekar  - [Link]
Hai Kak Madiha. Ana pun same cam akak, marah bile anak nak ratah lauk. Bukan marah kedekut, tapi kalau kiter dah bagi die ratah lauk dulu, die dah tak nak makan nasi. Tu yang tak nak tu.... Wed 3-Jun-2009 07:32
Posted by:rizuana
waahhh feberet saya jugak keladi tu.... tapi ber'angin' so jarang2 makan...
air soya jugak feberet saya (jugak ber'angin' kan?? -- kenapa la yg angin tu jugak yg sedap???)
kreatif la akak dgn bingka tu... idea... idea....
Wed 3-Jun-2009 08:17
Posted by:Aliza  - [Link]
ko balas dendam betul update fp ni ratna
lama oooo x mkn asam keladi....!! slurrpppp!!!

>>kalo aku kan, hampas soya tu aku wat sental badan & muka...halus u!!! ...x terpikio plak leh wat bingka...hang mmg kreatif
Wed 3-Jun-2009 09:23
Posted by:jasmeen armadean@gmail.com  - [Link]
betui la kak madihaA..sy pon cam tu gak..mak sy x penah marah anak2 dia..tp sy xleh jd cam mak sy..asyik nak marah je ngan depa...sampai tensen dibuatnya..
psst..x sangka hampas soya tu bule recycle buat makanan ye...
Wed 3-Jun-2009 09:47
Posted by:umieaisyah  - [Link]
lajunya akak ku sorg ni mghapdet...
ade je menu nya hah..mcm2 ade....
sdapnya air soya tu kak..baru je minum air soya kotak td...
nk wat sndirik mmg tk dapek lah sy nie...
Wed 3-Jun-2009 11:28
Posted by:nurul  - [Link]
laju sgguh akak menhapdet skrg ni, mcm2 kuih n lauk pauk keluar.
kat sini kalau ada pun soya yg dlm kotak je, tu pun yg import pnya, agaknya org sini belum reti minum air soya.
tgok gulai keladi tu (kami pggil gulai masam) tingat kat mak, dia suka masak ni, sedap sgt..kdg2 campo tempoyak.
mak sy siap tnam keladi kat blkg umah, sng bila nak makan gi tebas je
kretif sgguh akak buat bingka tu, ni boleh panggil produk hiliran lah ni..
Wed 3-Jun-2009 11:41
Posted by:zaiy  - [Link]
rasanya baru jer masuk....masuk lain entry pun dah lain....cekap betui masak lah akak nih....
hanaz suke makan keladi tuh ...dulu masa arwah MIL ade selalu buat terutama lemak dgn ketam....yg macam akak masak tu pun sedap...tp beli jer....nak penah buat sendiri gatal ler...kikikiki memang x reti tuh
hanaz nak entry satu2 tu pun sari ambil masa
HANAZ NI TINGGAL KAT LADANG LA KAK...ABANG KEJE KAT LADANG.....BIASA LA X KEKAL SATU2 TEMPAT
KAWASAN RUMAH MEMANG LUAS SGT.....RASANYA KALAU NAK BUAT KAWASAN PERUMAHAN PUN BULEH SATU TAMAN.... DATANG LA KALAU LALU KAT KUALA SELANGOR ......TEP JALAN JER WALAUPUN LADANG.......NANTI KALAU SENANG LEH LA BUAT SATU ENTRY TENTANG KEDIAMAN NIH..
Wed 3-Jun-2009 12:37
Posted by:kak hanAZ  - [Link]
Asam rebus tu mcm nak mintak sikit je . . . .kecur di buatnya !


http://rnzphoto.fotopages.com
Wed 3-Jun-2009 12:39
Posted by:rnzphoto JB  - [Link]
salam kak
ermmm nampak sedap jerk asam pedas keladi tuhmak ieda suka sgt buat tau ..
heheheh kalau ada resepi nieh leh lah tukar2 gaya ...
Wed 3-Jun-2009 12:55
Posted by:ieda ibu nina,riena & zahrien  - [Link]
asam keladi sy suko..
air kcg soya buatan sendiri lagi sy suko..tp lom penah wt sdiri..hehe..
bingka kcg soya? kreatif tol akak ni..
Wed 3-Jun-2009 15:20
Posted by:srsfeqah  - [Link]
bukan akak punya fav je keladi tuh...haiya saya pun dah lama tak makan asam rebus keladi ni!!! cuma binga soya tu je tak pernah makan... sedap ke kak...mesti sedapkan..kalau tak ..takkan akak buat Wed 3-Jun-2009 23:36
Posted by:shahrose76  - [Link]
kalau kat sini, kena tunggu bulan puasa baru dapat merasa asam rebus keladi. kalau kat kg senang nak cari. terliur la plak kak oiiii bila tgk asam rebus akak nih..

*kak bleh leave comment kat fp.. hari jumaat saye apdet... tungguuu.. wakakak <-- poyo mcm ader yg spesel sgt
Thu 4-Jun-2009 01:36
Posted by:Ziela zpuppets@ymail.com  - [Link]
wah semua nya kacang soya, menu sihat nie madiha...nur paling
suker sekali air kacang soya...tapi belum penah wat...selalu beli
aje yg instant...kalau wat sendiri mesti berbaloi.
Thu 4-Jun-2009 02:04
Posted by:nur  - [Link]
mcm sedap aje bingka tu kak long tak pernah lagi rasanya org lain buat(dlm pengetahuan ku ajelah)air soya tu pun dah lama tak buat mcm nak kena cari aje kacang soya ni boleh kembar minum Thu 4-Jun-2009 02:26
Posted by:ida marlidaida@yahoo.com  - [Link]
wahhhh rajinlah awak madiha ada saja benda baru awak cuba yaaa ........akak tengok pon sukaaaa Thu 4-Jun-2009 02:26
Posted by:mariam
tu btg keladi tu memang peberet aku tuh...tp jarang msk ..
aku just beli jer.. ..stakat nak mkn 2 org..
aku suka tang btg jer.. ..isinyer aku tak berapa...
kalo bulan pose pon aku akan cari kat pasar ramadan...sekali pekena..perghhh...
Thu 4-Jun-2009 02:48
Posted by:anir  - [Link]
Asam rebus keladi tu.. mmg sodap.. tp den suko kuah ajo.. hahha.. keladi nye x mkn..
lwn ngan nasi panas2.. pastu ikan masin & sambal blacan.. mak aii.. trangkat.. 3 bende tu je dah bukak selero den !!
(tp kalo kene keladi yg gatal..haaaaaaaaa.. siap ko..)

Air soya den pun ponah buat.. pki manual aje.. mmg ponat gilers la.. berdiri lamo nak perah2.. maklum, x do mesin soya..
tp puas hati bile minum.. sodaaaaaaaaaaaaapppppp..
La ni, kene "pose" air soya dl la.. sbb anak den nyusu bdn.. dia x thn soya.. kembung !!

Heem... ada bingka soya jgk ye... menarik !!
Thu 4-Jun-2009 05:12
Posted by:Ezza  - [Link]
Wah rajin sungguh k.madiha cuba resepi yg baru. kretip la... Sayur asam keladi tu nmpak yummy. Kalau kat kpg mak selalu masak gulai nie esp musim panas nie... laju jer nasi masuk dlm perut. Thu 4-Jun-2009 05:26
Posted by:suhaila zakaria ell_2401@yahoo.com  - [Link]
Salam kak...
Ishishish...memang betoi2 rajin akak ni didapur... Ada jer resepi2 or juadah yg nak dibuatnye...
Pepepun asam rebus keladi tu memang menggoda....betoi2 buat liyana terliur...
Feveret husband liyana jugak tu... Air soya tu sure sedap, sampai tak cukup anak beranak...hehehe...
re: Masa liyana p Lost World Tambun ari tu kami ada ticket diskaun...RM19.00/Adult and RM15/Child...hari biasa RM25/Adult & RM19.00/Child... Habis beratus jugak la... Demi anak2 berkorban juga ler...hehehe...
Masa pusing dlm air tu just lalu kat tempat2 yg ada replika haiwan...memang best...
Thu 4-Jun-2009 07:27
Posted by:liyana dina_elliana@yahoo.com  - [Link]
Mengancam sayur keladi tu. Teringat bulan puasa yg dah tak lama lagi
Apa beza bingka dengan bengkang ?
Bingka tu yg dibakar dengan oven yg MadihaA buat tu. Bengkang pulak dibakar dengan kayu api dibawah dan api sabut kelapa diatas. Tu zaman Pak Chik dulu2 le
Thu 4-Jun-2009 07:43
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
salam kak Ma.....
sedap asam rebus keladi tu........sya suka sgt hirup kuahnya je, keladi x mkn....
nk plk kalo buat masam2 dan pedas sikit, fuh mmg sedapnya.......
kak Ma ni mmg kreatip la.....selain dr buat air soya, hampasnya blh jgk jd bingka.....
mesti lembut je masuk tekak tu........
Thu 4-Jun-2009 14:32
Posted by:baayah  - [Link]
wah sedapnya asam keladi...my favourite..tak pnah masak, slalunya arwah mak yang masak... Fri 5-Jun-2009 00:00
Posted by:Wa  - [Link]
salam kak...
rajin nyer buah air soya.....
kak..first time dgr dan tgk binka soya nie...
Fri 5-Jun-2009 01:20
Posted by:sal adeqsal78@yahoo.com  - [Link]
salam ziarah .. kain ela cantik2:chiffon,viscose,cotton,silk etc..
jom beli baju raya!

http://kainspecialist.blogspot.com
Fri 5-Jun-2009 04:46
Posted by:kainspecialist  - [Link]
dah lama tak masak sayur keladi...suka sayur keladi masa air gini.... teringat kalau bulan puasa masa dok Trg dulu selalu beli kat bazar Ramadhan..nak masak org lain tak mkn.
stok kacang soya beli dr thn lepas...sampai skrg tak buat2 lagi air soya....anak2 mmg suka air soya..
kreatiflah Madiha rekacipta bingka soya......
Fri 5-Jun-2009 05:43
Posted by:Mamasya  - [Link]
syoknyaaa sayur keladi.. tapi angin nanti.. eh, tu nangka kot... konpius jap! Fri 5-Jun-2009 07:49
Posted by:lee lin  - [Link]
ooo tak tau la plak hampas soya tu leh buat kuih....boleh buat bingka rupanya.... Fri 5-Jun-2009 08:25
Posted by:iza melati072003@yahoo.com  - [Link]
ewwahhh....
power kau nie kak meen...
dah cam pusat recycle dah nie...
semua ko recycle dah..

tapi aku tengok gambor jerk aku dah tau sedap bingka tu..
err..ko tak teringin ker nak serah sekeping dua kat aku ?
ko tak kesian kat poyot aku yang manja manja mau tuuu??
Fri 5-Jun-2009 13:52
Posted by:salleharon@starbucks salleh@starbucks.com.my  - [Link]
>> asam rebus tu yg tak tahan tengok...
>> sedap tu...
Fri 5-Jun-2009 17:19
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
salam. asam rebus keladi tu...sedapnyer...memang best laa kalau ratah dulu sebelum makan
hampas kacang soya buat bingka, bagus tu tak berlaku pembaziran...thanks yer kongsi resepi bingka tu
Fri 5-Jun-2009 22:22
Posted by:miesha miss_misya@yahoo.com  - [Link]
Alamak..asam rebus keladi ni... rindu kat masakan omak..huhuu Sat 6-Jun-2009 15:14
Posted by:Ijan  - [Link]
rajinnyer akak masak...

"feel free to visit us..we r having raya SALEs for sutera Terengganu!"
Sun 7-Jun-2009 07:39
Posted by:fan's collection  - [Link]
omak aii!!
sayur fav kuuu batang keladi...mmg betoi wat org teliur laa kak madiha ni...
sib baik kelmarin dah tepon mak suh seludup batang keladi masuk UK..
harapnyaa selamat laaa nnti x sabar nk mkn asam pedas btg keladi ni ujung minggu..
kalau i mmg x jd lauk dah sayur ni i hirup mcm sup aje...slurrpppp nikmatnyaa lg yg btg liat2 gitu!!
Mon 8-Jun-2009 12:09
Posted by:shima27  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.