Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 17-Jun-2009 01:59 Email | Share | Bookmark
Sosej Roll Bercheese & Flora II

 
 
 
Salam...

Hari ni.. hanya sempat kongsi resepi yg mudah ni saja... semua orang tau & boleh buat ni.. cepat & senang... & yang penting sedap dimakan & juga mengenyangkan

Quote:
SOSEJ ROLL BERCHEESE

Bahan2
10 btg sosej ayam/lembu (pastikan halal punya yer..) ~ rebus kejap & tos
10 keping roti gardenia ~ digelek nipis menggunakan roll pin
5 kepingan keju (slice) ~ dipotong 2 tiap sekeping (nak guna sekeping2 pun boleh gak...tp bila goreng nanti.. bimbang kejunya terlampau byk takut mencair dlm minyak )
2 s/b tepung gandum ~ bancuh dengan sikit air (utk dijadikan gam)
2 biji telur
bread crumb secukupnya

Cara Membuatnya

1. Ambil sekeping roti yg telah digelek nipis tadi & letak di atas papan pencanai ataupun pingggan bersih. Letakkan keju & juga sebatang sosej dibahagian hujung roti. Sapukan gam tepung gandum tadi dibahagian hujung yg satu lagi. Gulungkan kemas2. Buat hingga habis.
2. Pukul telur dengan sedikit garam. Campurkan sekali dengan lebihan bancuhan gam tepung gandum tadi (supaya tak membazir dibuang gitu ajer.. ) Kacau rata2.
3. Celup sosej roll tadi dlm bancuhan telur.. angkat dan biarkan lebihan telur menitik seketika (agar tak basah sangat) kemudian golek2kan dlm bread crumb. Biar seluruh roti diselaputi bread crumb. (boleh digoreng terus ataupun di simpan frozen (utk simpan lama) atau bahagian bwh (MaDiHa simpan peti ais kat bwh tu jer... esok pagi2 tinggal goreng jer.. jika masih berbaki.. boleh terus simpan frozen )
4. Panaskan minyak dlm kuali utk deep fry dengan api sederhana & bolehlah digoreng hingga kekuningan. (Api jangan besar, nanti roti cepat hangus)
5. Bila dah kekuningan angkat & tos
6. Boleh dimakan begitu saja atau cicah dengan cili sos.




Ini pula santapan mata buat pengunjung2 FP ku yang dikasihi... bunga2an & buah2an yg belum masak lagi ni.. hehehe.. ni ler belen gambar2 flora yang diambil di laman rumah ma masa balik kg tempohari... semoga anda semua ceria2 sentiasa hari ni sebagaimana cerianya warna bunga2 yg ada di sini



Terima kasih kerana tak jemu2 mengunjungi FP ku yang humble ini... jumpa lagi dilain entry (jika dipanjangkan umur )


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net