Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 18-Jun-2009 03:27 Email | Share | Bookmark
Hari Malas VS Hari Rajin

 
 
 
 
 
Salamm....

Macam nilah kalau tiba hari aku malas masakk.. Jangan ingat hari2 aku ni rajin masak.. ada masanya kering idea nak masak apa... so kenalah ikut selera anak2...


Masa ni keluar bawak kakak Dini pegi gunting rambut... tu yg malas nak masak tuu..


Tapiiiii........ bila tiba angin aku rajin masak... haaaaa.. macam nilah jadinya...

Ni sarapan kami pagi Sabtu yg lalu..... Actually.. roti & muffin tu aku godek mlm Sabtu tu... biasalah aku kan suka wat eksperimen tengah2 malam Pastu roti jala tu memang fresh2 aku kirai pagi2 buta.. org lain lom bangun lagi tauu


Gara2 terliur dengan roti kentang yang Kak Rinn buat hari tu.. terus kirim tepung roti pada Ida sepupu ku yg rajin gi kedai bakeri tu.. kekeke.. mekasih Ida sebab sanggup belikan utk kaklong & siap antor lagi ke PJ nih yeerr.... (banyak cantik muka aku nih kann.. ) Actually resepi roti kentang ni dah lama dah aku print & simpan & pernah buat sekali dulu masa belum ada FP.. resepi asalnya dari Ros Onigini.. Terima kasih ye Ros kerana sudi berkongsi resepi roti kentang yang sungguh sedap ni...

Bila ditelek2 resepi yang aku simpan dulu dengan resepi dari Kak Rinn.. ada nampak perbezaan dari segi kuantiti bahan2.. kompius sket aku.. sebab menurut kak Rinn.. roti yang dia buat tu pun dari Ros Onigiri juga.. hehehe.. anyway.. aku tepek ikut resepi yg aku buat nih lah.. baru aci kan.. tapi aku dah edit skit ye ikut cara aku sebab nak bagi mudah faham.. hehehe.

Quote:
ROTI KENTANG (POTATO BREAD)
Sumber : Ros Onigiri

Bahan-bahan Doh
( dpt dlm 12 bun kecil )

250 gram tepung roti/tepung high protein
70 gram kentang yang telah direbus (buang kulit baru timbang)
100ml susu segar (boleh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis
ataupun susu kacang soya)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin / butter
4 gram yis ( 1½ sudu kecil)
1 biji telur gred A (dipukul sedikit)

Bahan-bahan Sos kastard
(resepi kastard ni MaDiHa tulis setengah dari resepi asal.. sebabnya ada berlebih banyak sgt.. kalau rasa susah nak buat sikit sangat.. gandakan jelah dua resepi ni.. yg lebih tu boleh buat roti lain lak.. )
1 sudu besar tepung bird custard
½ cawan susu segar
1 sudu besar gula

Cara Menyediakan

1. Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau menggunakan whisker hingga semua sebati.
2. Masak di atas api yg paling perlahan sehingga pekat sambil sentiasa dikacau menggunakan whisker agar tidak bergentel.
3. Bila dah agak likat. Matikan api & sejukkan sos. Masukkan dalam piping bag & ketepikan dulu.
4. Kisar halus kentang rebus bersama susu segar. (resepi asal kentang dilenyek yer ) Tuangkan ke dalam bekas mengadun. Masukkan gula & telur lalu dikacau2 sedikit (kacau2 lebih kurang je)
5. Dalam bekas yg lain.. gaulkan tepung roti, yis segera, susu tepung hingga rata.
6. Masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam bancuhan kentang sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Uli sehingga menjadi doh yg lembut. (Jika doh terlalu lembik boleh tambah sikit tepong.. ikut resepi asal doh memang agak lembik sikit)
7. Masukkan marjerin / butter & uli lagi hingga doh menjadi licin & elastik.
8. Tutup doh dengan plastik & perap hingga doh naik 2 kali ganda. (Cara MaDiHa.. panaskan oven kejap..tutup suis oven.. pastu masukkan bekas doh tadi dlm oven & biar dia naik.. kejap jer dah naik). Sementara menunggu tu gliskan loyang dengan sedikit marjerin .
9. Bila doh dah naik tumbuk2 doh utk mengeluarkan angin. Lumur tangan dengan sedikit marjerin agar doh tak melekat2 pd tangan. Bahagikan doh kepada beberapa bebola yg kecil ikut saiz loyang anda . (MaDiHa dapat 12 biji)
10. Bulat2kan ketulan2 doh tadi & susun di atas tray & biarkan ia naik sekali lagi.
11.Panaskan oven dengan suhu 180C. (ikut oven masing2 ye.. MaDiHa guna 175C). Potong sedikit hujung piping bag sos kastard tadi lalu paipkan sos kastard di atas permukaan bun mengikut kreativiti anda.
12.Bakar roti selama 25 minit atau sehingga permukaannya nampak keperang2an. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin sejurus dikeluarkan dari oven. Sedia dihidangkan


Muffin kat bawah ni pun ku buat selepas tengok kat FP Kak Rinnchan gak.. TQ kak Rinn.. & thanks gak to the owner of this recipe.. hishh.. pantang tengok kak Rinn tayang makanan dia.. mesti aku nak buat gak.. tambah2 lah kalau yg ada pisang2 ni... mesti suka.. tu yang masa bakar roti kentang.. aku pun sempat ler godek2 muffin ni.. Layan jelah yer.. Resepi tu ada edit2 gak ikut apa yg ada kat rumah & ikut cara aku.. hehe..

Quote:
MUFFIN COKLAT PISANG (CHOCOLATE BANANA MUFFIN)

Source : Taste of home (ambil dari FP Rinnchan)

Bahan-bahan :
1/2 cup butter (MaDiHa cairkan.. resepi asal tak)
1/2 cup brown sugar
1/2 cup caster sugar
2 biji telur (gred A)
1 1/2 cup pisang lecek
3 tsp esen vanilla (MaDiHa bubuh 2 s/k je)
2 cups tepung gandum
3 tsp soda bicarbonate
1 cup walnut cincang (MaDiHa bubuh separuh walnut cincang & separuh lagi pumpkin seed) ~ toast kan kekacang ni kejap dlm oven
1 cup choc chipc (MaDiHa ganti dengan choc rice ~ kehabisan stok choc chips..)
* 2 tbs rata serbuk koko
(* Kak Rinn tambah ini... MaDiHa pun tambah gakk.. )

Cara-cara:
1. Putar butter, gula perang dan gula caster sehingga lembut. (MaDiHa tak pukul.. just gaul jer guna whisker.. sebab butter tu MaDiHa dah cairkan ) Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus gaul. Masukkan pisang lecek dan esen vanilla. Kacau sekadar sebati.
2. Ayak bersama tepung dan soda bicarbonate. Gaulkan walnut, kismis dan choc chips ke dalam tepung. Masukkan tepung ke dalam adunan butter tadi, kacau sekadar sebati.
3. Isikan adunan ke dalam paperliners separuh penuh.
4. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 15min - 20min.
5. Sekiranya membakar tanpa paperliners, griskan muffin tray dahulu. Sejukkan muffin yg sudah masak di dalam tray muffin selama 5 min sebelum dikeluarkan.


Ok.. cukuplah dulu resepi utk hari ni.. yg selebihnya tu.. nanti ku masukkan dalam entry lain plak.. dah berderet ni.. kang banyak lak kuar gambar pangkah..

Jumpa lagi..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net