Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 19-Jun-2009 02:27 Email | Share | Bookmark
Roti Jala & Brownies Pisang

 
 
 
 
 
Salam...

Seperti yang dijanjikan semalam.. ku masukkan jugalah resepi roti jala ni yer.. walaupun semua orang dah tahu resepinya.. tapi mungkin lain orang lain caranyakan.. Saja suka2 buat koleksi & khas buat rujukan anak2 ku kelak

Quote:
ROTI JALA

Bahan2
3 cawan tepung gandum
3 ½ cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
sedikit garam
sedikit minyak / marjerin (utk sapu pd kuali jika guna kuali biasa ~ lebih mudah guna non stick pan)

Cara2nya
1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak/ marjerin pada kuali.
3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai laju2 ke dalam kuali menjadi seperti jala .
4. Biarkan hingga roti jala masak & nampak agak garing di sebelah bawahnya. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.
5. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak/marjerin setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang )
6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya sebati semula daripada proses mendapan semasa menunggu roti jala masak .
7. Hidangkan bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah kegemaran anda .


Quote:
KARI AYAM BERKENTANG
(MaDiHa's style )

Bahan2
2 cawan ayam yang dipotong kecil
3 biji kentang ~ didadu kasar
1 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
1 cm halia*
(tumbuk halus bahan2 bertanda*)
3 sudu besar rempah kari ayam#
2 sudu kecil serbuk cili#
sikit saja air asam jawa#
(campurkan bahan2 bertanda# jika pekat tambah sikit air)
1 kotak santan segera (ku guna ayam brand)
air secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)
sikit minyak
garam & perasa secukupnya

Cara2
1. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk & bahan campuran rempah. Kacau2 & biar hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih & ayam hampir masak. Masukkan bahan2 lain spt ubi kentang, santan, garam & perasa dan masak hingga kentang empuk.
3. Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa2 saja kegemaran anda.


Ok..lega...habis hutang semalam..hehe..

Jom tengok gambar ni...
Buah-buahan yang hubby beli kat pasar malam.. kecuali pisang tu yang ku bawak balik dari kampong yang dah mulai masak... Hubby beli ni time weekday.. just imagine.. runsing aku dok mikir bila masa nak masak sukun ngan ubi kayu tu?? Nak buat kuih pun macam dah malas aje... Kalau weekend tu oraitlah kan.. leh gak goreng2 untuk minum petang.. abis dah kerja ni.. agak leceh nak masak pagi2 benda yg rumit2 nih... nak prepare utk tea time.. apa benda tea timenya.. balik2 keje je dah sibuk nak masak utk dinner.. Jadi nak elak dari rosak.. terrrrrrrrrpaksalah merajinkan diri prepare utk breakfast kami... huhuhu.. rambutan & mangga tu no problem la kann.. anytime boleh makan.. jom tengok ada jadi pd benda2 tu??


Ini ajelah yg terdaya aku buat... ubi rebus cicah sambal tumis..breakfast hari Selasa, sukun goreng cicah sambal kicap tu breakfast hari Rabu.. Isnin aku goreng nugget aje & donut frozen .. khamis semalam nasi goreng & pagi ni.. buat sandwich sardin aje.. pening dok mikir nak prepare apa pagi2


Ok.. Layan resepi brownies pula yer.. actually ternampak resepi brownies pisang ni dalam FP Ida (my cousin).. teringat pisang ma bagi tu dok ada lagi..(itupun wat balik sikit jer..) aritu dah buat muffin coklat pisang.. guna sikit aje pun.. terus aje mulakan ekperimen sebelum pisang menjadi lebam.. nak makan pun tak terdaya dah sebab byk sangat buah kat rumah.. rasa brownies ni ok jugalah.. pisangnya tak terasa sangat.. rasa coklat yg lebih... rasa pisang tu nyorok2 aje dlm brownies tu jadi aku hiris2 ler pisang kat ateh topping brownies tu bagi terasa sket pisangnya.. Memang tak larat juga nak makan brownies ni..maniss!! (aku dah kurangkan sukatan gulanya) so agih2kan ler kat pengasuh, jiran pengasuh & jugak Sujah ku.. Resepi ni aku dah edit ikut cara aku yer.. sorry ye tuan punya resepi & juga Ida.. kaklong buat/tulis ikut cara yg paling senang nak faham.. kekeke.. nak tengok resepi asal.. leh klik sini yer

Quote:
BROWNIES PISANG (acuan 10" x 10")
Sumber : Tidak dpt dikesan.. tapi ku cilok dari Ida Dungun

Bahan2
4 biji pisang ~ dihiris/dilecek atau boleh juga separuh lecek separuh hiris2 (aku bubuh 5 biji & dilecek)
90 gm serbuk koko (MaDiHa guna 80 gm saja)
115 gm mentega
340gm gula halus (MaDiHa guna 260 gm saja.. itupun manis!!)
4 biji telur gred A
115gm tepung gandum
½ sudu kecil baking powder (Ida tambah... aku pun ikut )
sedikit garam
sedikit esen vanilla

Cara-caranya
1. Cairkan mentega.
2. Pukul/kacau sedikit telur bersama gula halus & juga serbuk koko. (guna whisker aje.. xyah guna mixer pun). Tuangkan mentega cair & garam. Kacau sebati.
3. Ayak tepung gandum bersama baking powder sebanyak 2 kali.
4. Masukkan tepong gandum tadi ke dalam adunan cecair tadi sikit demi sikit & digaul sebati.
5. Gunakan senduk kayu, masukkan pisang yang dilecek & juga esen vanila. Kacau sekadar sebati.
6. Panaskan oven suhu 175C ~ 180C (ikut oven masing2). Lengserkan loyang dengan sedikit marjerin.
7. Tuangkan adunan brownies tadi ke dalam loyang dan bakar brownis selama 30 ~ 35 minit / sehingga masak. (guna lidi penguji utk uji brownis.. jika dicucuk & keluar bersih bermakna brownies sudah masak.. atau cara lain.. tekankan jari anda ditengah2 brownies/kek (pun boleh) jika ianya menganjal bermakna sudah masak. Jika ia meninggalkan kesan tenggelam kesan jari ertinya masih belum masak... Ini petua dari Chef Anuar Deraman masa MaDiHa gi kursus kek dulu )
8. Potong2 brownies untuk dihidang samada tanpa topping atau boleh juga diletak topping kegemaran (jika nak letak topping.. sejukkan terlebih dulu )

Permintaan dari Zahela mintak tuliskan coklat topping... ni coklat topping simple jer nih..

COKLAT TOPPING
Sumber : Sendiri

250 gm coklat masakan
2 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan air panas mendidih

Cara2 Menyediakan Topping
1. Panaskan air dalam periuk untuk tujuan double boiling.
2. Bancuh susu manis dengan air panas hingga sebati.
3. Dalam bekas yang sesuai.. tuangkan bancuhan susu tadi & coklat masakan dan masak secara double boiling sehingga coklat cair.
4. Matikan api.. dan sentiasa kacau coklat sehingga mendapat kepekatan yg sesuai. (bila dia sejuk sikit.. dia makin pekat dan bolehlah dituangkan di atas brownies yang sedia disejukkan)


Ok.. itu sajalah hidangan untuk hari ni.. jumpa lagi di lain entry...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net