Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-Jun-2009 01:06 Email | Share | Bookmark
Asam Pedas Minang & Cendol Durian

 
 
 
 
Assalamualaikum..

Hari ni masukkan resepi mudah saja ye.. terjumpa resepi asam pedas minang ni dari mesra.net. Resepi kiriman Rose. Saja2 nak mencuba kelainan.. meh tengok resepinya.. tapi mintak maaf ye Rose sebab dah ubah2 sikit resepinya sebab ikut apa yg ada kat rumah. Terima kasih share resepinya ye..

Quote:
ASAM PEDAS MINANG
Sumber : Rose (mesra.net)

Bahan2
6 ekor ikan kembung/ikan kerisi/ikan cencaru (MaDiHa guna isi & kepala ikan jenahak)
Sedikit lada hitam ~ ditumbuk halus
Air Asam Jawa secukup masam
Daun kesum/Bunga Kantan/Lobak Asin ~Rendam dalam air panas dulu (MaDiHa guna bunga kantan & daun limau purut)
Tomato, bendi atau terong (MaDiHa guna timun kebetulan sayur lain takde stok kat rumah)
Sedikit minyak
garam & perasa

Bahan2 yg dikisar halus
15 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup
sedikit halia
dua batang serai
Sejemput ikan bilis

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar & tumis hingga pecah minyak
2. Masukkan air asam jawa & air secukupnya untuk kuah.
3. Bila mendidih boleh masukkan ikan, sayur-sayur tadi serta lain2 bahan yang lain & rasakan asam garamnya secukup rasa.
4. Siap untuk dihidangkan.


Dah makan pedas2 tu... kita cuci mulut (orang putih kata dessert ) dengan manisan pula yer Alkisah.. minggu lepas dapat buah durian 2 biji dari big bos. Big bos pun member dia juga yang bagi bukannya dia beli pun.. satu bakul bosar tu..... mana larat dia nak ngabiskan laki bini 2 orang.. anak2 semua kat obersea.. so.. rezeki buat staff2nya jugalah kan.. so dapat ler 2 biji sorang.. cantik betul isinya.. Terima kasih Mr. Soo...

Ini ker yang org panggil durian D24?? entahlaa... aku pun tak berapa tau sangat..


Malam selepas dinner dah makan sebiji anak beranak.. Esoknya aku buat santan durian untuk dimakan dengan cendol. Idea diciplak dari Kak Sha... tengok kat FP dia dulu tu bukan main terliur lagi.. tapi memang sedap pun makan ngan cendol macam tu... tak muak sangat macam makan dengan pulut... tp apapun.. dua2 pun sedap sebenarnya.. cuma dari segi muak tu.. mkn ngan cendol tak muak sangat... so maknanya boleh ler makan banyak..


Quote:
CENDOL DURIAN
Sumber : Kak Sha

Bahan2 Untuk Cendol Durian

Kuah santan durian (lihat resepi dibawah)
Cendol (beli aje senang )
Air gula merah (1 cwn gula merah + ½ cawan air. Dimasak & tapis)
Ais kiub (jika suka)

Cara Menyediakan Cendol Durian
1. Sendukkan kuah santan durian ke dalam mangkuk.
2. Sudukan cendol. Tuangkan air gula merah secukup manis & sedia dinikmati.
(Jika suka cendol berais nikmati semasa kuah durian sejuk sedikit & masukkan ais kiub semasa menghidang)

Quote:
RESEPI SANTAN DURIAN

Bahan2
1 biji durian ~ ambil ulasnya
1 biji kelapa diambil santan sederhana pekat
1 helai daun pandan ~ cuci & simpul
secubit garam

Cara2 menyediakan
1. Campurkan ulas durian bersama santan, daun pandan & secubit garam.
2. Masak hingga agak2 pekat dan tutupkan api.
3. Hidang bersama cendol & air gula merah.




Terima kasih sudi menjenguk kemari... & SELAMAT MEMASAK


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net