Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 23-Jun-2009 01:08 Email | Share | Bookmark
Kakak Dini ~ Sekolah tutup kes H1N1 & MC 2 hari

 
 
 
Salam...

Sungguh merunsingkan fikiran aku bila ada murid kat sekolah kakak Dini dah terkena virus selsema H1N1 Ingatkan orang2 macam kami ni (yang tak pernah naik kapal terbang & yang jarang2 keluar jenjalan ke tempat2 awam) terhindar la dari kes2 macam ni.. rupanya2 sangkaan tersebut sangat meleset... sekarang kat sekolah pun boleh terdedah dengan wabak yg amat merbahaya tu.. .

Tengok berita TV3 malam tadi.. kakak Dini sibuk cakap ada wartawan ambik gambar dia & kawan2 kat kelas. Sekali aku tengok aku pun tak perasan sebab dia dah pakai topeng tutup hidung tuu Dini sendiri je yg kenal yg masuk dlm berita malam tadi tu adalah dia
Mulai semalam.. sekolah tempat anak daraku bersekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Assunta 2 Petaling Jaya telah diarahkan tutup selama seminggu mulai 22hb Jun sehingga 27hb Jun 2009.

Keratan dari akhbar Kosmo! Online.
Quote:
Sekolah kedua ditutup seminggu - Lapan lagi kes baru H1N1 dengan tiga adalah jangkitan tempatan
Oleh NOR SHAFAWATI YUP
berita@kosmo.com.my

GURU Besar SK Assunta 2, Ho Swee Ping berjalan keluar dari pintu pagar yang tertera notis tutup sekolah seminggu kerana H1N1 di Petaling Jaya semalam.

KUALA LUMPUR - Wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) memasuki fasa yang semakin membimbangkan apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Assunta 2, Petaling Jaya ditutup seminggu mulai semalam, menjadikannya premis kedua menerima arahan dikosongkan.

Keputusan Kementerian Kesihatan itu bermakna kira-kira 800 pelajar dan hampir 50 kakitangan termasuk guru sekolah berkenaan terpaksa dikuarantin di rumah sehingga 27 Jun ini.

Kelmarin, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson di sini pada 19 Jun lalu, kini Sekolah Kebangsaan (SK) Assunta 2 di Petaling Jaya pula mengalami nasib yang sama.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, arahan tersebut dikeluarkan berikutan terdapat dua kes positif jangkitan tempatan H1N1 membabitkan dua pelajar berusia 11 tahun dari kelas yang berbeza.

"Mangsa demam, batuk dan sakit tekak sejak 21 Jun lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan positif wabak,'' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Selain itu, pihaknya juga mengarahkan tiga buah sekolah iaitu Seri Chempaka International School di Batu 9, Cheras, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 di Shah Alam dan SMK Damansara Utama, Petaling Jaya menutup satu daripada kelas bermula semalam sehingga 27 Jun ini.


Hmm... nampaknya dapat bersenang lenang lagilah kakak Dini.. (tapi nanti mungkin kena ganti sekolah balik) aritu baru je sekolah bercuti 2 minggu. Masuk sekolah sehari.. kakak Dini dapat MC lak 2 hari.. nak tau kisah kakak Dini dapat MC 2 hari.. baca cerita kat bawah tu yer..


Sebenarnya hari Isnin malam selasa tu lepas aku masak daging dendeng (resepi ambil dari Mamasya FP) aku mintak tolong kakak Dini potongkan sayur. Sebabnya aku berkejar nak pegi mandi & solat maghrib. Nak sambung masak takut tak sempat solat plak. Tu yg stop dulu utk pegi mandi & solat. Sempat mintak tolong Dini potongkan sayur sementara aku siap. Jarang benar aku mintak tolong dia. Tak tau kenapa hari tu gatal plak aku mintak dia tolong. Sebelum2 ni dia yang selalu volunteer nak tolong aku.. tak pernah pulak nak kena macam tu. Tapi malam tu bila aku yg mintak tolong dah terkena macam tu plak.. rasa bersalah pun ada gak.. Tapi yelah.. dah nak kena.. nak buat cemana lagikan..

Sebenarnya.. Dini sendiri yang cuai sebab dia potong sayur tu sambil tengok TV. Dia potong pulak alas papan pemotong.. tu yg terpotong atas kuku macam tu.. kalau tak kena kuku mau terpotong terus ke jari lagi ler dalam lukanya sebab kulit lagi lembut dari kuku.. pisau tu pulak hubby baru asahh.. aduhhh... ngilu sungguh kalu dok ingat.. Isshh.. memang panik betul aku malam tu.. Aku tengah dok dalam solat lagi tu terdengar dia mengerang2 sakit kat luar.. aku dlm bilik tengah solat dah tak khusuk dibuatnya.. Selang beberapa minit dengar dia masuk bilik mintak tolong aku sambil cakap tak tahan sakit sambil menangis & mengerang... bila dia tengok aku tengah solat dia terus gi ketuk2 pintu bilik air ayah dia tengah mandi. Memang macam tak tahan sangat dengornya sampai dok panggil2 ayah dia dari dlm bilik air. Aku siap solat cepat2 buka jilbab & tengok apa dah jadi.. aduhaiiii... darah menitik2.. dia dok tunggu depan pintu bilik air tu.. darah banyak dah menitik2 atas kain alas kaki tu depan pintu bilik air tu.. aku cepat2 gi ambik tissue dapur (tissue muka tu lembut sangat dah mampu nak menahan darah yg banyak tu). Tengok2 kat lantai dlm bilik & ruang tamu tempat dia buat keja tu pun ada darah menitik..

Quote:
Minyak Ramuan Rahsia yang memberhentikan darah luka di jari kakak Dini

Memang panik dibuatnya.. ayah dia sibuk dok cari kain nak balut luka tu.. aku pulak terus teringat kat minyak ramuan rahsia yg dikatakan baik utk luka & memberhentikan darah. Sebelum ni aku dok guna untuk sapu kat perut Alin utk elakkan kembung aje.. tak pernah lagi guna utk luka. Yang sebenarnya minyak tu memang disarankan utk luka samada luka besar or luka kecil.. utk kegunaan kembung tu senarai yg dah keberapa dah tuu.. so cepat2 aku alas tangan kakak Dini ngan tissue dapur utk serap darah yg menitik tu. Nak lap beria2 sangat takut Dini sakit. Lagipun tak tau berapa dalam luka dia.. aku takut nak tengok.. so aku cuma tuangkan je minyak Ramuan Rahsia tu ke atas luka dia.. bagi bergenang sikit dengan minyak tu (jarinya beralaskan tissue). Pas beberapa minit alhamdulillah.. darahnya terus berenti.. memang sungguh menakjubkan minyak tu.. kalau tak.. dok menitik2 aje darahnya.. yg Dini lak asyik nak melalak jer.. mana orang tak tambah panik.. bila darah dah stop.. ayah dia lap2 darah utk tengok lukanya berapa dalam.. pastu ayah dia kata tak byk sangat.. tp kuku tu macam dah gerak2 mcm nak tercabut jekk.. aku cakap kena bawak gi klinik gak ni.. so ayah dia just balut jer luka ngan kain bersih. Alin dah tidur masa tu so aku cakap biar aku jelah pegi antor Dini gi klinik. Bukan apa.. aku rasa macam aku yg patut bertanggung jawab atas kejadian tu.. sebab kalau aku tak suruh dia tolong aku mesti tak jd macma tu.. hehehe.. so aku ler yg bwk Dini gi klinik. Pegi2 sana terus ckp kat nurse emergency jari luka (hehe.. padahal sikit jekk). So nurse suruh masuk dulu tak perlu tunggu nombor giliran. Dia buat dressing & tengok luka tu.. dia kata mungkin kena jahit or kukunya kena buang.. aduhaii.. aku dah mula cuak.. Dini lagilah buat muka takut & nak nangis dah.. Bila doktor tengok dia kata.. takper boleh balut je.. tak payah jahit.. aku cakap kuku tu macam mana.. dia kata nanti dia akan sembuh semula.. fuhhh.. lega rasanya sebab tak perlu kena buang kuku or kena jahit. Hmm.. masa kat rumah langsung tak ingat nak amik gambor.. Maklumlah tengah panik macam tu.. bila kat klinik pun tak bawak kamera.. cuma aku amik gambor guna handphone jer.. itupun lom transfer lagi ke PC gambornya. Yang ada itu gambar2 yg diambil guna kamera gambar2 selepas kejadian..hehehehe.. Panjang plak cerita aku yer.. layan jelahh..

Inilah dia gambarnya... kenangan jari kakak Dini luka akibat terkena pisau..


Oklah.. inilah dia daging dendeng yang aku masak sebelum kejadian tu... tengoklah gambarnya pun kabur semacam jer.. kamera punya pasal atau tangan aku yg menggigil amik gambar.. hehehehe.. sebenarnya aku ambil gambar cepat2 sebab balik dari klinik perut dah lapor.. tu yg gambor tah macam apa.. layan jelah yer.. janji boleh masuk resepi.. Masa aku balik dari klinik tu aku tengok sayur yang Dini potong tu dah siap dah hubby masak.. sempat aku berseloroh ngan hubby.. ni makan sayur ni tak jadi Raja Bersiong ker Hubby kata.. sayur2 yang last kakak Dini potong dia dah buang awal2 pastu ada yg tak siap potong tu hubby siapkan laa.. hehehe.. dalam anak dok sakit tu sempat lagi mak ayah dok berseloroh

Quote:
DAGING DENDENG
Sumber; Sajian Perantauan Edisi 2 (dari FP Mamasya)

Bahan2
1/2 kg Daging
5 biji bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
4 sb cili boh - 4 sm lada kering yg dah blender
2 st gula merah-nak guna gula melakapun boleh
2 sb kicap pkt
6 sb air asam jawa
1 st lada sulah/lada hitam
sedikit kunyit
garam, minyak utk mengoreng
sos tiram (mamasya tambah, madiha ikut tambah)

Cara Menyediakan
1. Daging dipotong nipis-nipis, gaulkan dgn garam, kunyit serta lada sulah. Perapkan sebentar. Goreng sampai garing. Ketepikan
**daging yg dimasak ni lambat empuk...jadi rebus dulu selepas diperap biar betul2 empuk,barulah digoreng...kalau tidak daging liat.
2.Tumis bawang merah,bawang putih dan cili boh hingga wangi.
3.Masukkan gula merah, kicap, sos tiram dan kacau selama 2 minit-lebih sikitpun tak apa
4.Masukkan daging dan air asam jawa. Biarkan agak kering dan pekat & bolehlah dihidangkan.


Daging dendeng ni sebenarnya ada banyak versi. Seingat aku.. tukang masak kat kedai Sujah aku dulu masak daging dendeng dagingnya direbus besar2 pastu dihiris nipis2 & lebar kemudian di ketuk2 & then barulah digoreng. Pastu baru dimasak sambal. Tapi masa tu belum berminat lagi nak mintak resepi.. hehehe.. sekarang barulah dok teringat2 apalah agaknya resepi yg dia masak.. rugi betul tak belajar. Komen untuk resepi di atas pula.. yesss.. memang sedapp Terima kasih pada MamaSya sudi share resepi dari buku sajian perantau ni yer..

Jumpa lagi..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net