Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 26-Jun-2009 02:26 Email | Share | Bookmark
Jawab TAG Aisyah Ummi Aqil ; Padprik Ayam & Apam Span

 
Salamm semua...

Kalu masuk FP aku ni.. memang asyik cerita makan/masak2 ajelah yer.. itu aje modalnyer.. hehehe... apa nak buekkk.. dah hari2 memang kena masak.. layankan ajelahh...

Tapi sebelum masuk resepi.. aku nak selesaikan 'keje sekolah' aku yg cikgu Aisyah Ummi Aqil ni bagi.. (dah tua2 pun ada keje sekolah gak.. ahakkss). Ada lagi keje sekolah 'cikgu2 lain' bagi.. tp lom berkesempatan nak buat.. hehehe..


Quote:
1. Nama timangan
- panggilan dari adik beradik, sepupu sepapat & mak sedara (kiranya famili la senang.. hehe) >> kaklong / kaklong na, na
- panggilan dari kawan-kawan >> ratna, na, kaklong, akak & madiha atau kak ma (kwn2 FP)

2. Saya seorang yang
>> Pendiam.. kurang pandai nak memulakan perbualan secara lisan lebih2 lg dengan teman2 baru. Tapi kalau borak dlm sms/chating & menulis dalam FP ni mmg handal! Hehe..
>> Penyedih.. mudah nak meleleh kalau tgk adegan sedih2 tak kira samada dlm filem, drama ataupun situasi sebenar
>> Suka makan.. tengok badanlah beb!
>> Suka jalan2… cuma jarang dpt jalan2 sebab keadaan tak mengizinkan.

3. Insan2 teristimewa
>> Arwah ayah, ma, suami tersayang, anak2 & adik beradik & semua saudara mara ler…

4. Makanan
>> Masakan yg sedap-sedap ataupun yg pedas2 tp mestilah yg halal......

5. Favourite colour
>> Warna biru (utk barang2) & hijau (utk pakaian)

6. Favourite song
>> Apa saja lagu asalkan sedap didengar..

7. Benda yg membuat anda stress
>> Jarang stress sebenarnya.. kalau ada problem.. cepat2 kasi settle..

8. 3 benda dalam wallet
>> Kad pengenalan, lesen memandu, duit (byk lg.. tp mintak 3 jer. . hehe )

9. Kali terakhir menangis beriya-iya (sampai mata bengkak & kepala pun pening byk sgt air mata kuor.. huhu)
>> Masa arwah ayah meninggal dunia pada 1hb Disember 2002

10. Tag rakan anda
>> Rasanya dah ramai yg kena kan... hehe.. so semua selamat..



Ok sambung cerita masak lak.. hari ni masuk resepi sempoi aje... Masak lauk ni dah berzaman dah pun... arini baru enterprem.. resepi biasa2 aje.. tp resepi orang jugak yg ku cilok.. saja2 nak tukar2 selera & merasa kelainan... jom intai resepinya

Quote:
PADPRIK AYAM
Sumber resepi C&P terus dari :AmRani FP TQ Rani..

Bahan-bahan
300 gm ayam [hiris nipis + garam]
sedikit kacang panjang [potong 1 1/2 inci]
sedikit karet [potong 1 1/2 inci]
sedikit daun limau purut [koyakkan]
sdikit hirian tomato
1 labu bawang besar [potong bulat]
2 sb sos cili (boleh lebihkan.. kalau suka)
2 sb sos tiram
1 sb sos tomato
sedikit air

Bahan tumis
1 ulas bawang putih [dimayang]
1/4 labu bawang besar [dimayang]
minyak

Cara-cara
1.Panaskan minyak. tumis bahan tumis hingga wangi.masukkan ayam. kacau hingga masak.
2.Masukkan sos cili + sos tomato + sos tiram + air kacau.biarkan agak pekat.
3.Masukkan karet + kacang panjang + bawang + daun limau purut. kacau seketika padamkan api
4.Sedia utk dihidang.


Kalau semalam resepi kuih moden.. hari ni aku share resepi kuih tradisional pulak iaitu kuih apam span.. apam ni memang sedap & sangat lembut.. tambah2 pulak bila nampak efek span berlubang2 pada kuihnya tuu.. jadi bertambahlah sedap nak dimakan..

Resepinya ku ambil dari majalah Sedap bilangan 9. Resepi kiriman pembaca tapi alahaii.. terlupa pulak nak tengok namanya.. sorry tuan punya resepi.. sebab main salin aje resepinya tanpa tengok nama pengirim.. Apapun terima kasih untuk resepi ni.. memang sedap!!

Quote:
APAM SPAN
(guna loyang kecil utk mendapatkan apam yg tinggi sedikit & lubang2 span yg lebih ketara )
Sumber : Pengirim pembaca Majalah Sedap

Bahan2nya
150 gm tepung beras
100 gm gula
2 gram yis mauripan (½ s/k) ~ dibancuh dengan 50 ml air yg di ambil dari 300 ml air di bawah)
300 ml air
½ cawan tapai nasi
½ biji kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam (kukus sebentar utk tahan lama)

Cara2nya
1. Campurkan tepung beras, gula, tapai nasi & 250 ml air ke dalam jug pengisar & kisar hingga halus lalu ditapis. (MaDiHa tak tapis pun..)
2. Masukkan bancuhan yis dan gaulkan rata.
3. Perapkan selama 50 minit.
4. Panaskan periuk pengukus. Sapu loyang dengan sedikit minyak & panaskan sebentar di dalam periuk pengukus.
5. Tuangkan adunan tadi lalu kukus selama 25 minit.
6. Biarkan sejuk sebelum dipotong. Hidang bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.

Cara membuat tapai nasi
3 cawan nasi sejuk
½ biji ragi

Caranya:-
1. Deraikan nasi sejuk.
2. Ragi dihancurkan di dalam penapis dan ayakkan ke atas nasi sejuk tadi lalu digaul rata2.
3. Masukkan nasi dalam bekas bertutup (eg. bekas aiskrim kosong) dan simpan selama 2 ~ 3 malam.
(sukatan resepi tapai ni mungkin dapat lebih tapainya nanti.. MaDiHa main agak2 aje.. so boleh buat kuih lebih dari sekali atau boleh doublekan resepi & guna loyang besar sikit ye.. )


Kalau nak cuba.. kenalah buat tapai nasinya dulu... then barulah boleh cuba buat apam ni yer.. memang sedapp

SELAMAT MENCUBA

Quote:
Note utk Siti Hawa Mohamad : sila betulkan link anda.. akak tak dpt membalas kunjungan Siti mungkin tersilap taip link kot


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net