Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 30-Jun-2009 03:19 Email | Share | Bookmark
Daging Tumis Asam Jawa & Almond Cheese Roll

daging tumis asam jawa
lapik plastik besar atas meja.. siap selotep lagi.. haha
step by step
 
 
Salam semua..

Ada yg komplen semalam gara2 kereta drift.. resepi takde pula.. hehehe.. so hari ni aku tempek 2 resepi yekk (cover semalam punya )

Sebelum tu.. just nak tayang donut frozen yang sempat disiapkan minggu lepas. Hanya sempat siapkan 9 pack aje... tak sempat nak buat byk2.. mana nak buat keje rumah lagi.. nak msk dinner lagi.. itupun curi2 buat sikit2 sebelah mlm.. Sujah pesan len kali hantar lebih lagi.. iyorlah Sujah.. kaklong try ler curi2 buat.. selagi Alin tak byk ragam ni.. kalu dah pandai meragam.. tak dapek ler nak nolong..


Ok.. ni resepi yg nak dikongsi hari ni.. Resepi daging yg paling sempoi... tapi amat menyelerakan.. nak pula time musim panas2 ni terasa muak nak makan yg bersantan2 bagai.. layan yg masam2 gini memang berselera tauu Nak masak pun senang sebab bahan2nya mudah.. takde nak guna bahan mcm2 pun... yg penting sodapp

Quote:
DAGING TUMIS ASAM JAWA

Bahan2
500 gm daging lembu ~ potong nipis
2 biji kentang ~ potong wedges & goreng lalu ketepikan (optional.. tak bubuh pun takpe)
1 biji bawang besar ~ mayang
2 biji bawang putih ~ ketuk/mayang
1 inci halia ~ hiris nipis
5 biji cili padi ~ pecah2kan (MaDiHa boh sebiji2 sbb Haziq nak makan kuah takut pedas.. cili tu gigit time mkn.. walla )
minyak utk menumis
2 sudu besar asam jawa ~ campur air & ambil jusnya (Nk lebih msm boleh lebihkan asam jawa)
air secukupnya utk melembutkan daging
garam & perasa secukupnya

Cara Memasak
1. Rebus daging yg dah dihiris & dibersihkan hingga agak empuk.
2. Dlm kuali panaskan sikit minyak & tumiskan bwg putih, bwg besar & halia. Bila dah wangi masukkan air asam jawa. Biar merenih.
3. Masukkan daging rebus tadi berserta dengan airnya sekali. Biar mendidih. Kalau suka kuah lebih tambah aje airnya.. Masukkan cili padi, garam & perasa. Biar secukup rasa.
4. Last sekali masukkan kentang goreng tadi. Biar kejap then bolehlah di hidangkan.


Ok.. ini pula eksperimen aku hari sabtu baru2 ni.. buat minum petang.. Memang lembut & gebus.. rasanya pun sedapp.. aku bagi 5 bintang wokeyy.. tapi nak buat tu agak leceh.. hehehe.. Resepi ni MaDiHa ambil dari majalah Sedap.. walaupun takde step by step.. cuba juga buat berdasarkan resepi.. tapi kena study resepi berkali2 nak fahamkan resepi.. ok kat sini utk memudahkan pengunjung2 FP yg teringin nak cuba.. MaDiHa sertakan ringkasan step by step MaDiHa buat baru2 ni.. tapi maaflah sebab gambar tak begitu lengkap.. harap2 faham ye.. Ok jom tengok resepinya..

Quote:
ALMOND CHEESE ROLL (MaDiHa dapat dlm 11 ketul.. Majalah dpt 13 ketul )
Sumber : Majalah Sedap Bil. 8

Bahan2 Roti
150 gm tepong roti
100 gm tepong gandum
1 sudu teh yis segera
25 gm gula kastor (resepi asal gula pasir)
1 biji telur
100 ml susu cair (jika guna telur gred A.. jgn habiskan dulu susunya takut adunan lembik)
24 grm mentega tawar (MaDiHa guna mentega biasa aje)
½ sudu teh garam (guna ¼ sudu teh sj.. sbb dah guna mentega bergaram )
100 gm mentega tawar ~ potong2 utk lapisan (MaDiHa guna mentega biasa.. & rasanya tak sampai 100 gm.. tak timbang pun sebab main sapu nipis2 aje.. tp still dpt roti yg berlapis2 cantik )

Bahan Inti
100 gm krim keju
1 sudu makan gula aising (guna gula kastor aje)
50 gm hirisan badam, sangai, cincang kasar untuk taburan (skip.. terlupa nak sangai)
2 sudu mkn susu evaporated (susu cair) utk sapuan

Cara Membuatnya
1. Inti; pukul krim keju dan gula aising sehingga lembut. Masukkan dalam karung plastik (aising). Ketepikan.
2. Roti; campurkan tepong gandum, tepong roti, yis, garam & gula. Kacau rata. Masukkan telur & susu cair (jgn habiskan dulu) dan uli rata sehingga mendapat doh yang lembut.
3. Masukkan mentega (24 gm) dan uli hingga doh betul2 lembut dan elastik. Rehatkan doh selama 30 minit.
4. Kempiskan adunan/doh. Canai memanjang (boleh refer pada gambar). Sapukan 3/4 bahagian adunan yg dicanai dengan mentega tawar. Lipat doh dari dua2 bahagian ke arah tengah dengan dimulakan dari bahagian yg tiada mentega. Canai lagi memanjang.
5. Lakukan lipatan yang sama sebanyak 2 kali lagi. Simpan dalam peti sejuk. (refer gambar yg tengah2 sekali).Sementara tu.. sediakan loyang dengan sapukan mentega
6. Ambil doh dari peti ais. Canai nipis adunan memanjang. Potong bentuk 3 segi (refer gambar). Ambil satu bahagian 3 segi dan nipiskan sikit guna tangan/jari (sebab lepas kita potong2 tu.. doh jd tebal semula sbb dia mengecut ).
7. Paipkan inti cheese tadi di atas keratan doh bentuk 3 segi tadi. Taburkan almond panggang (MaDiHa skip sbb terlupa nak prepare almond panggang.. nak cepat sbb Alin dah panggil ). Gulungkan doh tadi bermula dari bahagian lebar ke bahagian yg runcing dan letakkan di atas tray yg dah disapu mentega. Pastikan bahagian hujung yg runcing tu berada dibahagian bawah yer.. Habiskan semua doh tadi & perapkan selama 45 minit.
7. Panaskan oven suhu 190C. Sapukan/brush roti yang dah mengembang tadi dengan susu cair dan taburkan/aturkan hirisan badam (yg belum panggang) di atasnya. Bakar selama 15 minit. (bergantung oven masing). Sedia dihidangkan


Step by step menyediakan Almond Cheese Roll by MaDiHaA. Sorrylah sebab aku takde tempat yg sesuai utk mencanai doh roti tu.. (nak kena cari gak nih!) so aku buat atas meja makan aje.. so sebagai langkah kebersihan.. aku lapik meja tu dengan plastik lebar yang bersih.. siap selotep supaya plastik tu tak lari2.. hehehe..

Gambar yg tengah2 sekali tu adalah yang terakhir sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam... kemudian baru sambung canai semula & dipotong 3 segi [/quote]



Memang sedap roti ni... Kalau terliur.. buatlah sendiri yer.. Selamat Mencuba


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net