Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 1-Jul-2009 06:37 Email | Share | Bookmark
Sotong Goreng Tepong & Apam Kentang

sotong goreng tepong
apam kentang
 
Salam... pekabor semua
Harap semua sihat2lah yer... hari ni update lewat sket dari biasa.. sebab bz sket tadi.. namun.. selagi mampu.... update tetap update.. hehehe.. (dah kena badi FP kot aku ni.. rajin semacam jer menghapdet FP kui kui kui) apa2 pun terima kasih pd yg masih setia dengan celoteh tah apa2 dari aku dlm FP ni yer.. sambil2 berceloteh.. insyaAllah.. akan diselitkan resepi2 masakan yang telah ku cuba ataupun resepi2 sempoi nukilanku sendiri.. chewahh.. bermadah lak..

Terima kasih pada Sujah bagi buah tangan (sepatutnya buah2an ) dari Muor ni.... (pada cousin2 ku yg (kemungkinan) tak dpt ataupun belum dpt tu... jgn jeles yahhh aku tau.. ada gak sepupu2 ku yg rajin intai FP aku ni.. )


Ok.. malas nak citer panjang.. hari ni nak share resepi lauk sempoi lagi... hehehe.. aku dengan menu sempoi tak dapat dipisahkan.. Tapi lauk kali ni.. masak utk orang2 sihat saja... orang2 yg masih belum sihat sepenuhnya mcm aku (yg baru lepas operation) belum berani lagi nak jamah seafood2 nihh... saborrr jelahhh.... takper2... lauk lain kan ada... Ok.. ada byk cara nak goreng sotong ni.. salah satu cara aku mcm nila...

Quote:
SOTONG GORENG TEPONG

Bahan2
6 ekor sotong saiz besar ~ cuci bersih buang kulit arinya, buang mata & giginya
garam & serbuk kunyit secukupnya
1 sudu besar serbuk cili
½ cawan tepong jagung
Minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan
1. Sotong yang dah dibersihkan dipotong 1 ½ inci lebar. Cuci bersih & tos
2. Masak sebentar sotong dlm kuali/periuk (tanpa air) biar airnya keluar & agak kering. Kalau ada air sikit2 takper.. Angkat & tos.
3. Gaulkan sotong tadi dengan garam, serbuk kunyit & serbuk cili. Gaul rata.
4. Masukkan tepong jagung dan gaul lagi. Tak perlu tambah air.
5. Panaskan minyak dan gorenglah hingga garing. (masa menggoreng masukkan sotong satu persatu agak ia tak melekat2). Siap utk dihidangkan.


Ok.. ini sarapan kami pagi tadi... kat rumah Dini dengan ayah dia jer yg biasa bersarapan (time sekolah ler). Tapi skrg ni hubby dah mula kena keja shift & kebetulan minggu ni dia keje shift mlm.. so pagi2 Dini sorang ajelah yg sarapan.. ayah dia balik kerja barulah mkn (masa tu aku dan anak2 dah berlepas dahh.. sian hubby mkn sensorang )


Apam kentang tu gara2 terliur tengok dalam FP cousin ku Mariah.. mlm tadi aku tak nguli donut.. so adalah masa aku nak bereksperimen dengan resepi apam kentang ni... dpt byk juga.. dpt bagi Sujah & Cik Ani (pengasuh Haziq & Alin) juga selain bekalan aku & Dini... alhamdulillah.. Apam ni sangat2 sedap Bila masak aje apam ni.. Haziq dah mintak rasa.. bila dia makan dia pun pandai ckp sedapp.. bila aku rasa.. memang sedap pun.. hehehe.. TQ Mariah ye sebab tepek resepi ni.. kaklong tepek sini resepinya..

Sebelum ni pernah nampak resepi apam kentang dalam majalah Sedap. Tapi oleh kerana ada satu bahan yg tak tau mana nak cari iaitu air suji (kalau tak silap.. ingat2 lupa) jadi terpaksalah KIV dulu sebab tak cukup bahan. Oleh kerana hati melonjak2 nak merasa apam kentang.. bila nampak aje resepi ni dalam FP Mariah.. terus aku buat.. sebab resepinya takde bahan2 pelik.. semua ada dah kat rumah.. so tak boleh tunggu2 lagi.. huhuhu..

Quote:
APAM KENTANG
Sumber : Nor Mariah FP

Bahan-bahan
200 gm gula pasir (MaDiHa kurangkan ke 180gm)
200 ml air
1 helai daun pandan, disimpul
200 g tepung beras
150 g kentang yang telah dikupas kulitnya
100 g tepung gandum
1 camca teh instant yeast
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
1 camca teh pandan paste (MaDiHa letak esen pandan ¼ sudu teh)
1 sudu teh pewarna hijau (tak sampai 1 sudu teh kot..)
250 ml santan dari 1/2 biji kelapa

Bahan-Bahan Tambahan
Kelapa parut putih
Secubit garam
(tak guna kelapa pun.. mkn kosong camtu pun dah sedapp )

Cara Membuatnya
1. Kentang dipotong kecil dan rebus hingga lembut dan dikisar bersama santan, ketepikan.
2. Satukan gula pasir, air dan daun pandan, masak hingga gula larut dan sukat 300 ml, biar suam. (oleh kerana MaDiHa kurangkan sukatan gula.. jd tak cukup 300 ml.. kena tambah air lagi)
3. Dalam satu bekas, satukan kentang yg dikisar bersama santan dan semua bahan lain lalu digaul rata. Tuang air gula suam dan kacau hingga sebati.
4. Rehatkan adunan 30 - 40 minit. (1 jam pun takper.. hingga adunan nampak naik & berbuih2)
5. Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan apam, dan panaskan 2 minit dalam kukusan. Tuangkan adunan apam dan kukus selama 30 minit (jika guna loyang besar). 15 minit (jika guna loyang kecik2 mcm MaDiHa )
6. Hidangkan dengan kelapa parut yg digaul garam jika suka .


Jom makan apam...


SELAMAT MENCUBA


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net