Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 3-Jul-2009 06:06 Email | Share | Bookmark
Ayam Seri Inai & Kayu Keramat

 
 
 
Salam..

Hari ni update n3 xpress aje ye.. takde apa yg nak diceritakan.. penat sebenornya nih.. baru blk dari PJ State gi Amcorp Mall tadi.. ada hal yg nak diuruskan.. panas sungguh kat luor tu.. so.. terus kepada resepi untuk hari ini.. dah mcm cikgu masak2 lak aku ni kann.. hari2 tulis resepi

Apapun.. terima kasih pd mereka2 yg sentiasa ternanti2 kemunculan n3 dari aku.. insyaAllah.. jika ada masa free, sihat, panjang umur & tiada aral melintang aku akan sentiasa update FP aku ni... sebabnya.. aku & FP sememangnya sukar dipisahkann

Ok.. jom tengok apa yang aku masak baru2 ni.. baru tak baru sangatlaa.. rasanya dah lebih 2 minggu dah nih..

Resepi ni aku ambil dari Kak Zai Dapur Impian... kalau tak silap aku.. Kak Zai ambil dari blog kak Ummi kot.. (tak sure) Ayam Seri Inai ni namanya sesedap rasanya juga.. Betul ni tak tipu tau.. memang sedap & lain dari ayam masak merah walaupun warnanya seakan2.. off course la kan.. sebab bahan2 pun lain.. terima kasih Kak Zai & kak Ummi kerana share resepi.. macam biasalah.. MaDiHa tepek resepi kat sini pula untuk dipanjang2kan pada kawan2 yang lain & juga buat rujukan anak2 kelak..

Quote:
AYAM SERI INAI
Ambil dari blogKak Zai

Bahan:-
1 ekor ayam ~ potong lapan (sebenarnya tak kisah sgt nk ptg berapa pun )
750 ml santan pekat
250 ml air (optional)
sedikit minyak untuk tumis
1 keping kecil asam gelugor
sedikit gula & garam secukup rasa

Bahan2 Dikisar Halus
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
3 cm halia
7 biji buah keras
1 sudu besar serbuk jintan manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
sedikit kunyit hidup

Cara Memasak
1. Bersihkan ayam dan rebus separuh masak. Angkat dan toskan. Lumurkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali lain, pijarkan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan ayam, santan, asam gelugor dan sedikit air (jika perlu). Kacau rata, masukkan garam, gula dan masak hingga pekat. Angkat dan sedia dihidangkan



Ayam Seri Inai tu aku masak untuk dinner hari Jumaat dlm 2 minggu lepas tulaah. Oleh kerana ada baki kuah/sambal ayam seri inai tu.. maka esoknya Sabtu pagi2 aku bangun untuk menguli kuih ni.. Kuih ni amat popular kat Trengganu dengan panggilan Kayu Keramat/Kayu Khamak (ikut sleng T'ganu). Tak silap aku.. kalau kat belah utara dorang panggil Pak Tongku (pernah aku buat dulu.. tp resepinya lain sikit). Resepi kayu keramat ni aku kecek dari cousinku Ida mintak adiknya tulis dlm FP dia.. hehehe.. padahal bukan tak pernah jumpa atau tak boleh call.. tp saja aje malas nak nyalin resepi.. Orang kata dari duduk saja.. dok nyusahkan org.. sebab adik Ida si Nor Mariah tu siap ambil gambar step by step lagi masa ma dorang buat khas utk tatapan aku (dorang panggil aku kaklong) Ni kalau aku tak buat juga ni memang nak kena lah ni.. hahahaha.. ok ok Nor.. ni ha kaklong dah buat lama dah ni sebenarnya.. cuma lambat sikit jer masuk FP so lepas ni memang bolehlah buat selalu2 sebab memang dah lama tingin nak buat kayu keramat yg sedap mcm ma selalu buat tu.. terima kasih Nor & moksu kerana bagi resepi ni walaupun resepi yg biasa2 aje.. tp kalau tak tau bahan2nya yg tepat takleh jd sedap mcm ni

Ok terus ke resepi yer..

Quote:
KAYU KERAMAT
Sumber : Nor Mariah

Bahan2
500 gram tepung gandum
1 camca teh soda birkabonat
1 camca teh yis segera (mauripan)
6 camca makan gula
1 camca makan planta
300ml air suam

Cara2 Menyediakan
1.Yis segera dibancuh dgn sedikit air suam tadi dan biarkan yis kembang seketika
2. Bancuh gula dengan air lebihan membancuh yis tadi.
3.Tepung digaulkan dgn planta sehingga sebati kemudian masukkan soda bikabonat dan gaul rata.
4.Kemudian masukkan air gula & yis yg dibancuh td.
5.Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 1 kali ganda(anggaran dlm 1jam camtu lah)
5. Gorenglah spt dlm gambar tu hingga kuih bertukar warna coklat & hidangkan bersama teh panas atau dicicah dengan lebihan kuah gulai semalam .



Kalau ada sarapan savoury mcm ni.. anak2 ngan hubby memang suka sangatlaa.. laju ajer makan..

Ok semua.. selamat mencuba

Ramai yang tanya kayu keramat tu sama tak ngan cakoi & lee lin lak tanya sama tak ngan jeneket.. untuk pengetahuan semua... kayu keramat tu sama sekali TAK SAMA ngan cakoi yg biasa terjual tuu.. sebabnya kayu keramat ni agak padat & berat sikit nak dibandingkan dengan cakoi... Cakoi tu rongga2 dia lebih sket & agak ringan gitu.... (sebab cakoi ada guna satu bahan iaitu ALUM) dan dah tentu bila kita gigit tu feel dia lain ler sket dari cakoi..hehehe.. rasa dia lak mungkin ler ada persamaan sikit2 ngan cakoi sebab dia tak manis mcm jeneket.. cuma lemak2 jer... tp yg pasti kayu keramat lebih cepat mengenyangkan dari cakoi sebab dia padat dari cakoi


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net