Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 8-Jul-2009 06:09 Email | Share | Bookmark
Singgang Sotong & Pau Tradisional Kacang Merah

 
 
 
 
Assalamualaikum..

Hari ni agak sibuk sket... tadi ler.. skrg dah ok dah.. hehe.. so boleh ler update
Malas lak nak citer banyak hari ni.. terus ke resepi untuk hari ni yekk

Resepi sempoi aje hari ni.. hehe.. Menu untuk orang2 yg sihat aje nih.. aku cuma boleh masak & pandang ajelah.. ish ish ishhh.. berapa lama aku kena pantang ngan seafood2 ni sumer yekk.. tak tehen dah nih..

Quote:
SINGGANG SOTONG

Bahan2
½ kg sotong saiz sederhana/kecil ~ dibersihkan
3 ulas bawang putih ~ belah dua
3 ulas bawang merah ~ hiris nipis
6 biji cili padi ~ ketuk
1 batang serai ~ ketuk
2 hiris lengkuas
serbuk kunyit jika suka
1 keping asam gelugur
air secukupnya
garam & perasa

Cara2
1. Jerang air bersama dengan semua bahan2 di atas. Biar hingga mendidih. Perasakan secukup rasa. Siap dihidangkan.. Sonangkan


Resepi seterusnya.. pau yang ku buat dah berzaman dah nih.. hehe.. pau ni agak padat sikit yer.. tak gebus sangat.. tapi tetap lembut gitu.. maklumlah.. nama pun pau tradisional.. kalau yg lembut2 tu pau yang dah dimodenkan.. dah campur mcm2 bahan penaik dlmnyer

Quote:
PAU TRADISIONAL KACANG MERAH (MaDiHa dpt 18 biji)

Bahan2 Doh
400 gm tepung gandum / 3 ½ cawan
3 teaspoon mauripan
2 tablespoon gula kaster
1 cawan air suam
⅓ cawan minyak masak
2 - 3 sudu air sebagai tambahan (jika doh agak keras gitu)

Bahan2 lain
500 gm inti kacang merah (beli aje) ~ jadikan bebola kecil sebanyak 18 biji
18 helai keratan daun pisang/plastik/kertas minyak ~ dipotong 4 persegi (saiz agak2lah ye)

Cara Menyediakan

1. Bancuh air suam, gula kaster & mauripan hingga rata & biarkan hingga nampak berbuih.
2. Dalam besen yg sederhana besar masukkan tepong gandum lalu tuangkan bancuhan yis yang berbuih tadi. Uli hingga separa rata, tuangkan minyak masak & uli lagi hingga mendapat doh yang lembut. Jika agak keras tu.. boleh tambah lagi sedikit air. Uli lagi hingga doh licin.
3. Perap doh hingga naik sekali ganda.
4. Tumbuk2 doh dan bahagi2kan doh kepada beberapa bebola kecil (MaDiHa dapat 18 biji).
5. Inti kacang merah dibuat bebola kecil ikut kuantiti berapa banyak bebola dari doh tadi. Bebolanya mestilah kecil sedikit dari doh tadi ye.
6. Ambil 1 bebola tepong tadi lalu dileperkan dengan jari. Letak inti ditengah2 lalu tutup inti.
7. Bulat2kan & leperkan sedikit. Letak kuih atas kepingan daun pisang tadi. Habiskan semua adunan. Biarkan doh pau naik 2 kali ganda.
8. Panaskan periuk pengukus. Dengan api sederhana besar, kukus pau selama 10 ~ 12 minit. (jarak2kan pau masa menyusun dlm periuk kukus agar tak melekat antara satu sama lain)
9. Kukuslah hingga habis. Sedia dihidangkan.




Sapa nak pau.. mari2... 3 seringgit


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net