Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 9-Jul-2009 05:05 Email | Share | Bookmark
Cameron Highlands ~ Part I

breakfast yg Long sediakan pagi tu... TQ Long!
berenti isi petrol di Ringlet
check in
posing2 dlm hotel
posing2 lagik..
star regency hotel, cameron highlands
Salam buat semua...

Tarikh : 4hb Julai 2009
Lokasi: Cameron Highlands, Pahang

Nampaknya kena stop dulu entry masak2 buat sementara waktu.. sebabnya aku nak masukkan entry percutian kami sekeluarga di Cameron Highlands baru2 ni untuk dijadikan kenang2an

Sebenarnya percutian ni.. sikit pun aku tak rancang. Adik2 aku (terutamanya Dee) yg datang mengejut aritu tiba2 jer ajak pegi CH. Tak sangka lak dpt persetujuan dari hubby . Selalunya kalau rancang2 ada juga yang tak jadi.. tp bila tak plan mcm ni.. elok ler pulak menjadi..

Kalau ikutkan.. kami baru je tahun lepas pegi CH (boleh klik sini, sini & sini) Nampaknya tahun ni panjat CH lagi.. hehehe.. Layan ajelahh.. lagipun bukan senang nak bercuti, berkumpul & berseronok dengan semua adik beradik ni..(adik beradik side aku ler..) pasal tu ler aku gagahkan juga ikut diaorang walaupun poket kami tak berapa gagah

Kami bertolak asing2. Ma & adik2 masa tu tidor rumah angah kat Klang. Haziq pun ikut tokma sekali (mlm tu siap pegi funfair lagikk dorang). So aku bertolak 4 beranak ajelah. Kami bertolak kul 2.30 pagi (hubby blk kerja mlm sampai rumah kul 12.30 a.m.. siap2 ting tong ting tong kul 2.30 a.m gak). Kami singgah rumah akak ipar aku kat Tapah. Dah call siap2 kat long ckp nak singgah tp jangan susah2 masak2 sbb nak tumpang tidor beberapa jam aje.. hehe.. (siap ckp tu sbb tau SIL aku tu rajin orgnya) so sampai umah Long kul 4.30 am.. tidor beberapa jam aje terus bangun bersiap2 nak naik CH lak. Ma & adik2 yg lain lak bertolak dari Klang kul 6.30 pagi.. (asalnya janji nak bertolak sama2 awal pagi tu.. disebabkan diaorang semua ngantuk & letih pegi main kat funfair so.. diaorang bertolak keesokkan paginya) Tapi yg bestnyer.. diaorang dah sampai dulu kat Tanah Rata tu.. kami baru terkial2 nak panjat CH.. tulaahh.. sapa suruh tak call awal2 masa nak bertolak tu... (kami dah pesan bila dah bertolak call dulu) boleh ler kami bajet masa & bersiap2.. so sedap la kami tidor sbb tidor pun dah masuk subuh

Haziq takde ngan kami masa ni sbb dia naik kereta dgn tokma dia..
p/s: kakak pakai baju sama yg pegi makan mlm tu.. sebabnya tokma ckp pakai baju tema hijau.. pastu siap pesan suruh bwk baju belang2 Haziq yg tokma belikan sbb tokma nak pakaikan sama utk cucu2 dia yg kecik2 tu (Haziq, Adam & Betty) sib baik sempat basuh baju kakak tu.. hehehe.. tapi bila tiba CH tengok2.. 2, 3 orang jer yg pakai baju hijau.. keluarga aku aje yg serba hijau (kecuali Alin) apalaaa...


On the way naik CH.. aku dah mula masuk angin.. asyik sendawa jer.. ish ish ishhh.. dulu pegi takde mcm ni.. cuma masa turun CH jer aku kantoi (vomit). Ni kalau dah sendawa2 ni mmg tanda2 nak vomit ler.. so hubby suruh aku yg drive.. so kami pun tukarlah kedudukan.. hubby pegang Alin.. aku lak jd driver Alhamdulillah.. takdelah aku mabuk kalau aku yg bawak kereta..

Masa ni berenti isi minyak kat Ringlet..


Sampai Tanah Rata nampaklah kelibat kereta2 adik2ku yang menunggu kat satu kedai tu... so stop ler situ jap & kami pun meneruskan perjalanan sama2. Aku yang booking hotel maka aku ler yang kena jd kepala sebab diaorang tak tau mana letak hotel yang aku booking tu.. Aku lak memang sengaja book hotel yang dekat dengan Pasar Malam Brinchang (P.M.B) tu (sebab tahun lepas pegi pasar mlm punyalah susah nak dpt parking ) so kali ni senanglah sikit dpt hotel dekat2 ngan P.M.B tu.. nak pegi leh jln kaki jer.. Itupun aku ingat2 lupa nama hotel tu.. tp bila cari kat tenet barulah ingat balik.. haa.. mmg betul pun hotel tu ler yg kami tengok dulu tu.. tp nak sewa masa tu semua dah full house . Sib baiklah kali ni masih ada kosong walaupun aku booking last minute (ari Jumaat baru book untuk hari Sabtu ) itupun tinggal satu je apartment 3 bilik yg kosong. Yg 4 bilik ada laa.. wat per sewa yg mahal2 sgt kann.. cukuplah tu yg 3 bilik utk kami sekeluarga

Apa2hal.. check in dulu.. diaorang nak berehat dulu.. kalau ikutkan aku nak teruskan aje melawat kawasan Aku memang excited kalau dtg Cameron ni.. sebab aku memang suka dengan bunga2an & pokok2.. rasa mcm rugi jer rehat2 kat hotel tu.. baik ler jenjalan.. hehehe.. tp dah pegi ramai2 tu.. kenalah ikut juga rentak org ramai.. tak kisahlah tu.. yg penting happy




Star Regency Hotel, apartment penginapan kami (ambil gambar dari jalan kat P.M.B), pemandangan dari tingkat 6 apartment & juga pemandangan waktu malamnya..


~ bersambung ~


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net