Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 14-Jul-2009 07:05 Email | Share | Bookmark
Cameron Highlands ~ Part III

 
 
 
 
Sambungan lagi..

Quote:
Macam takde mood pulak nak upload gambar2 & bercerita hari ni.. baru dapat berita dari adik2 kat kampong yang ma tersayang kat kampong dimasukkan ke wad di Hospital Muadzam Shah. Sebelumnya dimasukkan ke ICU kerana ma pusing2 & muntah2 tiap kali cuba berdiri. Doktor tambah air (tak tau air apa sebenarnya) kat ICU pagi tadi. Mujurlah ada Dee kat kg yg boleh diharap.. Hati memang rasa nak balik sangat2 tengok ma tersayang. Tapi adik2 bagitau semuanya ok.. Nak balik tapi kak Dini sekolah.. takkan nak ponteng terlalu lama. Sebab hari Jumaat nanti memang dah apply cuti sebab kena balik kg hubby kerana mak mertua nak adakan kenduri tahlil. Hubbylah satu2nya orang harapan mak mertua ku kerana hubby anak lelaki yg paling tua dlm keluarga.. nak berbincang itu ini perihal kenduri, nak kena beli barang kering, barang basah semuanya atas bahu hubby ku.. huhu.. Pasal kenduri tu memang dah plan dah lama dah.. takkan nak kensel pulak sebab mak dah jemput semua sedara mara. Tiba2 pula dpt berita sedih ni.. hati dah belah bahagi samada nak balik atau tak.. (sebenarnya kalau boleh kami nak ajak ma sekali ke Raub utk datang masa kenduri kat sana...) kalau balik petang ni.. bermakna kakak Dini terpaksalah ponteng 3 hari.. bila dah bincang2 dengan suami kami ambil keputusan utk balik kg petang esok selepas kerja. Maknanya kakak Dini hanya ponteng 2 hari sajalah sekolah iaitu Khamis & Jumaat. Kami yang kerja ni tak kisah sangat boleh apply cuti.. Tapi takperlaa sebab adik2 cakap takde apa2.. ma pun cakap dah ok.. senang sikit hati ni.. Tapi kami tetap akan balik juga menjenguk ma.. kesian ma.. harapan dari ku semoga teman2 semua dapat mendoakan ibu ku kembali sihat seperti sedia kala yer... "Ya Allah Ya Tuhan ku... Kau berikanlah kesihatan yang baik2 pada ma ku yang tersayang.. semoga ma sentiasa dilindungi & kembali sihat & cergas seperti sedia kala.. aminn aminnn ya rabbal alamin.."



Berat hati nak bercerita tentang keseronokan sedangkan hati dilanda kerisauan.. Tapi ku gagahkan juga update entry hari ni demi memberi perkhabaran buat teman2 & pengunjung FP ku ini..

Tarikh : 5hb Julai 2009
Hari : Ahad

Keesokkan paginya.. masing2 bangun awal & bersiap2 pula utk pegi breakfast kat cafe hotel penginapan kami. Kami pegi breakfast ni 2 group. Mula2 kitorang yg dlm gambar ni pegi.. voucher breakfast tu hanya untuk 6 orang. Kalau lebih dari 6 orang kena tambah RM10 seorang.. so layan ajelahh.. group yg kedua pegi takdelah dlm gambar sebab aku termasuk dlm group yg pertama... pegi berasingan tu sebab ada yg malas2 nak bangun pagi.. so kami yg siap dulu tu pegilah dulu.. dorang yg lambat tu pegilah kemudian...



Lepas semua dah siap bersarapan.. terus berkemas2 barang apa yg patut & terus check out. Dalam fikiran masing2 hanya nak meneruskan lawatan & jalan2.. Dahlah hari pertama tu dah rugi sebab lepak kat hotel lama sangat.. so hari kedua tu terus bersiap2 awal.. Keluar awal pun jalan dah mula sesak rupanya.. terutama kat pasar sayur atau kat Kea Farm kalau tak silaplah. Destinasi pertama kami hari tu semestinya Taman Rama-Rama.. (balas dendam hari sebelumnya tak sempat masuk )

Layankan gambar2 kami yang tak seberapa ni yer... Oh ya.. tak semua masuk kat Taman Rama-Rama ni sebab ada yang dah pernah masuk so dorang malas ler nak masuk. So dorang tunggu kat luar. Masa ni Haziq lak tidor.. kejut2 taknak bangun.. jadi aku tinggalkanlah kat dlm kereta. Ma & adik2 yg tak masuk tu tolong tengok2kan sebab dekat aje dari kedai cenderamata (tempat dorang lepak) dari tempat kami parking kereta tu.. Alin pulak ma tolong pegangkan.. (sihat2 aje ma masa ni... ) pasal tu Alin takde dalam gambar.. ibu ngan ayah dia bolehlah bergambar sakan.. hehe..




Itu sajalah untuk kali ni... masih ada sambungannya nanti.. insyaAllah.. terima kasih kerana sudi berkunjung ke FP ku ini yer..

Jumpa Lagi...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net