Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 22-Jul-2009 04:21 Email | Share | Bookmark
Ratatouille & Homemade Garlic Bread

 
 
 
 
Salam semua..

Kita berenti dulu update gambar2 kenangan ye.. hari ni aku nak update resepi dulu walaupun takde yang rindukan entry resepi dari ku tak kisahlah tuu.. aku masukkan juga resepi... Lagipun gambar2 masa kat kg tu lom siap edit lagi... tunggu ler sampai mood meng'edit' dtg yekk barulah ku masukkan gambar2 kt kg pulak.. saja2 utk kenang2an kami sekeluarga

Ini antara hasil masakan yang tercipta selepas pulang dari Cameron Highlands.. Geram tengok sayur fresh2 kat sana.. maka beli ler serba sikit sayur2 yg berkenan dihati.. pastu ternampak pula zucchini terus teringat kat Ratatouille Tapi rasanya ada antara kawan2 yang bilamana baca tajuk kat atas tu terus teringat kat tikus dlm filem Ratatouille tak lama dulu... betul tak?

Inilah sayur zucchini tu.. jarang nampak kat pasar2... ternampak kat CH terus rembat 2 biji


Apa2pun.. kita lihat resepinya yer.. Ini sebenarnya dinner kami malam bila dah tak ingat.. hehe.. simple & takde pun guna ayam bagai (cuma ada kiub ayam jek) pastu mkn pun ngan roti aje.. itupun dah cukup kenyang.. Dini & Haziq pun makan byk.. tak sangka pulak budak2 tu suka sebab hidangan tu boleh dikatakan guna sayur semata2... hubby pun tak byk komplen.. berselera jer makan.. selalunya nak cari nasi ajer.. sebenarnya aku dah tanya dia awal2 lagi.. mlm ni kita mkn western ok tak? Bila dia ckp ok.. barulah aku on

Quote:
RATATOUILLE
Sumber : Cooking For Engineers
Diterjemah ala kadar /diedit resepi oleh MaDiHaA


Bahan2
6 ulas bwg putih
5 biji cendawan butang segar (saiz medium) (MaDiHaA guna ½ tin cendawan butang saiz kecik.. so belah 2 aje) ~ dibelah 4
1 biji zucchini (saiz medium) ~ dibelah 4 dan hiris nipis ½ ~ 1 cm tebal
5 tangkai daun parsley (bukan 5 pokok ye!) ~ ambil bahagian daun sahaja & cincang halus
5 helai daun selasih/basil ~ cincang halus
1 biji bawang besar ~ didadu
2 biji tomato masak ~ dikupas, buang biji & potong dadu
¾ ~ 1 cawan air
1 kiub ayam (resepi asal guna stok ayam/sayur ~ jika guna stok.. abaikan air)
1 sudu besar tomato puri
1 biji bell pepper hijau/capsicum hijau ~ didadu
1 biji terung saiz besar ~ potong dadu
Garam secukup rasa
Lada sulah secukupnya
Minyak zaitun utk menumis (guna minyak biasa pun boleh)

Cara menyediakannya
1. Panaskan minyak zaitun dengan api sederhana, tumis bwg putih hingga wangi. Masukkan bawang besar dadu dan kacau hingga bawang layu.
2. Bila bawang nampak sedikit jernih, tambahkan tomato puri. Kacau biar rata agar tak berkerak. Tumisan akan bertukar warna agak gelap (mcm sikit hangus gitu) jadi bolehlah tambahkan air & kiub ayam. Kacau2 lagi & jika terdapat kerak yg melekat pada kuali/periuk.. gunakan sudip & keruk2 dasar kuali/periuk supaya kerak2 (bukan kerak hangit sangat ye..) tu sebati then biarkan mendidih.
3. Masukkan pula sayuran yang siap dibersihkan & dipotong2 tadi seperti terung, zucchini, cili capsicum & cendawan butang. Masak hingga sayuran masak & nampak kering sikit. Akhir sekali masukkan tomato dadu dan kacau2 lagi.
4. Kecilkan api taburkan daun parsley & selasih yang dicincang tadi. Masukkan garam & lada sulah secukup rasa. Kacau sebati kemudian bolehlah matikan api.
5. Sedia dihidangkan dengan garlic bread, toasted baguette atau pasta kegemaran.


Quote:
GARLIC BREAD

Bahan2
Roti perancis/baguette/roti sandwich pun buleh...
Garlic spread secukupnya (seperti resepi dibawah) ~ kalau takde bahan2.. beli aje kat supermarket.. tp mahal lerrr

Cara2
1. Sapukan garlic spread pada kepingan roti yg telah dipotong kemudian dibakar dlm oven hingga nampak garing dengan suhu 180C.
2. Angkat & sedia dihidangkan dengan Ratatouille atau apa2 sup kegemaran.

GARLIC SPREAD (lupa ambil gambar)
Sumber : Naknie (my cousin)
Bahan2 Untuk Garlic Spread
150 gm mentega/marjerin
7~8 ulas bawang putih (saiz besar)
1 sudu besar cincangan daun parsley (tangkai/btgnya dibuang)

Cara2 Menyediakan
1. Buang kulit bawang putih kemudian bawang putih direbus sebentar. Angkat & tos. (kalau suka bau bwg putih yg kuat tak perlu rebus.
2. Bawang putih dicincang halus2. (kalau malas macam MaDiHa boleh tumbuk ajer guna lesung batu malas woo nak cincang halus2 tuu... kira nak cepat aje.. hehe)
3. Gaulkan mentega, bawang putih cincang & daun parsley cincang sehingga rata.
4. Siap untuk digunakan.



Jemput makan semua... amboii.. makan western kita yer...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net