Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 27-Jul-2009 01:18 Email | Share | Bookmark
Kenduri Arwah @ Rumah MIL, Raub, Pahang

 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum..

Tarikh : 18hb Julai 2009 (malam)
Lokasi: Kampong Ulu Sungai, Raub, Pahang

Hari ni nak update pasal kenduri arwah yang diadakan kat rumah mertuaku minggu lepas. Lepas xtvt minum petang kat rumah jiran aku dlm entry yang lepas.. kami pun terus berangkat pulang ke Raub pula.. Memang dah rancang nak balik awal sikit sebab jalan yang bakal kami lalui tu agak sunyi.. tak banyak kenderaan sangat. Dari Keratong.. masuk ikut simpang ke Bera... tak banyak sangat rumah orang jalan kat situ melainkan kebun sawit & hutan.. kalau gelap2 sangat seram ler jugak kann.. dah tu kereta kami pun bukannya elok sangat.. bimbang juga kalau2 kereta rosak ke apa..

Gambar Alin yang diambil masa dlm kereta..

Balik kali ni Abg Haziq mabuk2 pulak.. tak tahan agaknya sebab jalan pusing2 sikit.. lagipun baru lepas makan2 sebelum bertolak tu.... hmmm.. apa lagi.. beberapa kali gak kena berenti kereta.. sib baik ada bekal air utk basuh apa2.. (biasalah ada anak kecik mmg selalu kena bekal air lebih dlm kereta). Berenti kat Felda Sebertak isi minyak kereta, beli air minum & jajan & tambah lagi air basuhan dalam gelen tu..manalah tau kot Haziq muntah2 lagi lepas tu..

Ok ni pulak buah kundang yang sempat dipetik oleh adik ipar & hubby ku (panjat & petik) dari rumah mak sedara hubby kat Batu Talam. Kejap aje selamat dah ramai2 masa kenduri tu.. dpt wat blk sikit aje.. Buah yang masak ni tak tahan lama sangat.. cepat busuk..kalau dapat yang muda sedap gak.. leh wat jeruk


Hari Jumaat masing2 dah sibuk dengan tugasan masing2. Biasalah nak kenduri.. mcm nak raya jugalah.. operasi membersih & mcm2 lagilah.. hehehe.. maklumlah.. kat rumah tu mak duduk ngan anak2 lelaki aje.. faham2 ajelahh.. orang tua kan.. Bila anak2 perempuan balik.. masa tu dapatlah operasi membersih dijalankan.. nak harap anak2 lelaki ni payah sikit.. mengecah pandai ler..

Pagi Sabtu pulak.. Long awal2 dah masak sarapan.. (nak harap aku ni payah sikit.. maklumlah kan.. ada anak kecik.. kekekeke) aku pulak dah ditugaskan menguli donut khas utk makan2 petang untuk orang yang datang menolong (orang rewang). Dalam 2 kg tepung juga tu menguli.. semuanya aku wat sorang2.. mujurlah dah expert Long pulak buat kaswi dpt 4 loyang. Ida goreng cempedak.. Menjelang tengahari masak2 ler pulak.. masak nasi 5 kg jugalah (untuk anak beranak & sedara mara yg dtg tolong awal2 tu..) Lauk utk rewang.. ayam masak asrong, ayam masak kicap, terung goreng berlada (terung org sedekah), pucuk paku goreng pedas, ikan masin, pucuk ubi rebus & budu. Minum petang.. (masa ni org2 kg dah ramai dtg tolong) donut, kaswi & cempedak goreng.. minum sirap, kopi & teh O


Layan ajelah gambar2 ni.. malas pulak nak bercerita.. aku tak byk sangat dpt menghulurkan bantuan.. almaklum ada anak kecik.. lagipun dah ramai anak beranak yang lain... masa Alin tidor.. bolehlah tolong sikit2.. itupun Alin takleh tidor lama.. faham2 ajelah dah ramai2 tu.. bising bingit dengan budak2nya.. kalau kat rumah Alin tak pernah tidor buai.. tp kat kg terpaksalah aku masukkan juga dlm buai.. bimbang pulak nak letak kat bawah mcm tu.. ada yg kena pijak ngan budak2..



Lauk utk kenduri pulak.. asam pedas cencaru, rebung lemak cili padi, daging kicap, timun taucu (timun org sedekah), ikan goreng, ikan masin, sambal tempoyak udang, pucuk ubi rebus, tembikai & teh O Untuk pengetahuan.. sayur2 utk rewang & kenduri tu semuanya tak berbeli.. ada yang orang bagi (sedekah) & selebihnya semua sayur yang dicari sendiri (sayur kampong) jimat kan


Itu saja kisah utk hari ni.. Terima kasih kerana sudi mengikuti FP MaDiHaA yer.. jumpa lagi dilain entry.. insyaAllah..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net