Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 30-Jul-2009 08:49 Email | Share | Bookmark
Ayam Sos Sardin, Daging Kuzi & Makaroni Bakar

 
 
 
 
Salam buat semua.......

Hari ni dah takde cerita2 & gambar2 xtvt kami & keluarga... semua dah kasi settle.. hehe.. Maaflah sebab lately ni byk pulak masukkan entry pasal keluarga... nk wt camnerkan.. kalau tak masukkan ke FP ni nanti takdelah kenangan.. at least.. dengan terpahat gambar2 dlm FP ni.. bolehlah anak cucu hingga ke cicit (selagi FP ni kekal wujud ler.. arini jer fp wat hal lagi ) aku nanti tengok semula.. kalau harapkan tengok gambar2 dlm album.. takde disertakan ceritanya sekali.. mana best kan Mana tau kalau ibu dia ni (tukang cerita) dah takde nanti.. so.. tak perlu nak tanya sapa2.. tengok & baca ajelah catatan memori dlm FP ibu mereka.. semua tertulis detail.. apa tak detailnyer.. ibunya kalau dah mula menaip & bercerita mcm bertih jagung.. meletup2 tak renti2..

Hari ni bolehlah masukkan gambar masakan & resepi lebih sikit.. masakan ni semua yg dah lama masak.. tinggal menunggu masa aje masuk FP.. hehe..

Resepi pertama ni resepi sempoi ajer.. hehe.. resepi sendiri Kan aritu aku ada masak roti sardin goreng tu.. so.. sos sardin tu aku hanya guna sikit jer untuk inti.. sama gak kalau buat inti sandwich.. sos sardin tu tak guna semua kan Aku ni macam biasalah.. memang bab2 pembaziran tu kalau boleh sering nak dielakkan... memang dah diasuh sejak kecik.. tak elok buang makanan yg masih elok mcm tu jer.. amalan syaitan.. seboleh2nya.. kena fikir kalau2 masih boleh digunakan.. hehe.. so biasanya kalau aku buat sandwich sardin ataupun roti sardin goreng tu.. sos sardin (dari tin besar) tu mesti aku simpan dlm peti ais dulu.. Nanti boleh guna untuk masak benda lain.. meh tengok apa yg aku buat ngan sos sardin tu

Inilah dia hasilnyer... Anak2 & hubby tak byk komplen.. laju aje mkn.. sedap agaknya ditekak dorang.. kekeke.. tapi tak jamin ler kot selera orang lain tak boleh terima lak masakan ni..

Quote:
AYAM SOS SARDIN
Sumber : Sendiri

Bahan2
½ ekor ayam saiz sedang ~ dipotong kecik2, cuci bersih & tos
garam & kunyit serbuk secukupnya
1 biji bawang besar ~ mayang bulat kasar2
5 biji cili padi ~ tumbuk halus (aku boh sebiji2 sebab takut Haziq pedas~nnt leh gigit masa mkn nk bagi rasa pedas )
2 ulas bawang putih ~ hiris
5 ~ 6 urat kacang panjang ~ potong 2 inci (aku letak lebih dgn erti kata lain.. takde lauk sayur pun takpe dah.. )
Sos sardin (dari 1 tin sardin saiz besar)
Minyak utk menggoreng
garam secukup rasa (rasa dulu sebelum tambah garam sebab ayam dah diperap garam)
perasa & sikit gula
sedikit air asam jawa

Cara2
1. Gaulkan ayam yg dipotong kecik2 tadi dengan garam & kunyit serbuk.
2. Panaskan minyak dlm kuali dlm 2 senduk. Goreng ayam hingga separuh masak atau nampak garing sikit2 gitu. Ayam kena selalu dibalik2kan sebab kita goreng bukan goreng terendam yer.. so kena rajin balik2kan ayam masa menggoreng.
3. Bila nampak ayam dah bertukar warna sikit.. terus jer masukkan cili tumbuk & juga bawang2 hiris tadi. Gaulkan sekali (tak perlu keluarkan ayam).
4. Biarkan bawang layu sikit.. masukkan pula sos sardin, bahan perasa, gula & air asam jawa (sikit je sebab sos sardin dah masam). Gaul rata. Sebelum tambahkan garam rasa dulu yer sebab dlm ayam tadi dah ada garam
5. Kalau nampak kering.. boleh tambah sikit air lagi.. then last sekali masukkan kacang panjang dan masak ler sampai kacang layu. Tutup api dah boleh hidang..


Resepi seterusnya.. ambil dari Majalah Rasa

Quote:
DAGING KUZI (resepi asal Kambing Kuzi)
Sumber : Majalah Rasa Jun 2009

Bahan2
750 gm daging ~ dihiris nipis
100 gm rempah beriyani (aku kurangkan 3 sudu besar ~ nanti akan menyusul resepi lain )
2 biji tomato ~ dibelah 4
1 tangkai daun ketumbar ~ potong kasar
1 biji bawang besar ~ hiris nipis
½ tin susu cair
air secukupnya (ni aku tambah.. kalau guna daging lembut guna air tak byk.. kalau daging payah lembut.. air kena lebih sket utk lembutkan daging tu)
60 ml tomato puri
60 ml minyak sapi
1 senduk besar minyak masak (aku tambah.. dlm bahan2 tak mention minyak.. tp time nak masak ada lak minyak )
1 sudu teh garam / secukup rasa
3 sudu makan gula (aku kurangkan ke 1 s/b je )
Kismis & gajus secukupnya ~ digoreng sebentar, angkat & tos

Bahan2 yg perlu dikisar
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
2 biji cili hijau

Bahan2 yg perlu digiling ~ aku tumbuk guna lesung batu pastu masuk blender sekali ngan bwg2 tu
1 sudu teh lada hitam
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis

Bahan2 rempah tumis 4 sekawan
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga (ku bubuh 2 biji aje sbb tak suka sgt bau buah pelaga )
4 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang

Cara2 Memasak
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk (aku guna kuali )
2. Tumis bawang besar mayang, bahan2 rempah tumis (4 sekawan) & biar sekejap. Masukkan bahan2 kisar & tumis hingga wangi (kena kacau2).
3. Masukkan bahan2 giling (yg ni aku dh campur sekali dlm bahan2 kisar tadi), rempah beriyani & tumis hingga kering & berminyak. (kalau nampak kering sgt & tak kuor minyak.. tambah ler sikit minyak )
4. Seterusnya masukkan daging, susu cair, tomato, tomato puri, daun ketumbar & air secukupnya untuk melembutkan daging. Tambah bahan2 perasa secukupnya.
5. Bila daging dah empuk dan lauk nampak agak kering.. bolehlah masukkan sebahagian kismis & gajus goreng. Kacau rata.
6. Semasa menghidang.. taburkan sebahagian dari kismis & gajus goreng tadi.. siap!!


Ini pula makaroni bakar sarapan kami yang entah bila.. dah berzaman2 rasanya.. (tengok kat tag kat atas pun dah ada gambornya.. tp lom buat entry lagi.. kekeke.. Resepi dari Chef Norzailina Nordin.. memang kena ngan selera anak2 ku... Dialong biasa dari kakak Dini kalau aku masak sarapan savoury mcm ni.. "Ibu sedaplahh.. nanti ibu wat lagi yekk"

Quote:
MAKARONI BAKAR
Sumber : Chef Norzailina Nordin (Alaf21)

100 g makaroni
1 camb mentega/marjerin
1 camb minyak
60 g daging/ayam, dicincang halus (MaDiHaA guna isi ayam)
1 cm halia, dicincang halus
4 ulas bawang merah
1 camb serbuk rempah kari + air (jadi pes)
1 tangkai daun sup, dicincang halus
100 g sayuran campur (dlm paket : frozen mixed vegetables)
4 biji telur Gred A
150 ml susu segar/UHT
50 g keju Cheddar, diparut (tak letak.. non stock)
Garam
Serbuk lada hitam secukupnya

Cara2 Membuatnya

1. Rebus makaroni hingga masak, tus dan gaul dengan mentega.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, halia dan pes rempah. Bila wangi masukkan daging/ayam dan kacau hingga masak (tambah sedikit air).
3. Bubuh sayuran campur kemudian tambah garam secukupnya. Masukkan daun sup kacau dan angkat.
4. Dalam bekas lain, satukan telur, susu, garam dan serbuk lada hitam. Gaulkan dengan makaroni dan daging.
5. Lengser mentega pada mangkuk tahan panas atau caseroll. Tuangkan makaroni yg siap digaul tadi. Taburkan keju di atasnya.
6. Bakar pada 180 C selama 40 minit atau hingga masak.

Nota: Jika bahagian atasnya kelihatan agak perang, tutup dengan kertas timah/aluminium foil dan teruskan membakar. Jika tidak suka keju, tidak perlu gunakan.




Cukup setakat ni dulu resepi untuk kali ni... selamat memasak


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net