Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-Aug-2009 00:54 Email | Share | Bookmark
H1N1 semakin menular ; Gulai Kawah Daging & Red Bean Stollen

 
 
 
 
Salam pagi Isnin..

Hari ni boss ku MC.. pagi2 dah dpt sms dari dia ckp MC pulak.. ish ish ishhh.. sakit apalah agaknyer yekk.. musim H1N1 sekarang ni kalau dengar sakit terus aje teringatkan selsema bab* tuu... masa mula2 Malaysia dilanda wabak tu.. sekolah kakak Dini (S.K. Assunta 2, P.J) antara sekolah yang terawal ditutup selain Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson kerana terdapatnya kes H1N1 kat sekolah tersebut.. Kecoh bila sekolah kena tutup seminggu. Tapi hari ni.. bukan saja sekolah.. tapi dah banyak universiti2, kem PLKN dan sebagainya pun dah banyak yg kena tutup.. kita dah semacam lali dengar berita penutupan sekolah ataupun U tu.. padahal boleh dikatakan sekarang wabak tersebut semakin membimbangkan kerana dah membabitkan kematian.. malah angka kematian dah meningkat ke angka 6 (setakat hari ni laa... ) untuk itu.. apa kata kita luangkan masa sikit baca artikel ni sebagai langkah berjaga2 & juga sebagai peringatan buat semua

Artikel ni dipetik dari Sinar Online minggu lepas.. masa tu hanya ada 4 kes kematian dinegara kita.. minggu ni dah meningkat ke 6 kes kematian.. sekejap ajekan dah tambah lagi 2.. jom baca!

Quote:
Seorang wanita berusia 20 tahun meninggal dunia di Hospital Melaka semalam, disahkan akibat Influenza A (H1N1). Dengan kematian terbaru itu, bilangan yang maut di seluruh negara akibat wabak babi setakat petang semalam ialah empat.

Marilah kita sama-sama berdoa bilangan kematian akibat virus berbahaya itu tidak meningkat lagi. Tetapi, kemungkinan untuk bilangan itu terus meningkat memang ada. Hakikatnya ialah setakat pagi semalam mereka yang disahkan positif H1N1 di seluruh negara ialah 1,219 orang.

Ternyata wabak ini semakin serius. Tidak sahaja di negara kita, di seluruh dunia pun virus ini sudah semacam tidak dapat dikawal, sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak berupaya mengesan bilangan sebenar yang telah dijangkiti. Sehingga pagi semalam 163,715 kes dengan 1,025 dilaporkan di 159 negara.

Di negara kita wabak ini sudah semakin menjadi-jadi. Kemungkinan jiran, rakan sekerja, sanak saudara, atau kita sendiri untuk tidak bernasib baik dan terkena kuman maut itu, memang ada. Malah, kemungkinan untuk kita mati kerana si kuman babi itu pun ada juga. H1N1 bila-bila masa boleh hinggap dan masuk ke tubuh kita.

Pendek kata udara yang kita sedut sudah tidak selamat. Sama ada di dalam rumah, apa lagi di tempat-tempat awam seperti pasar raya, taman awam, stesen LRT, pawagam, kantin pejabat, disko, kawasan jual durian, pasar lambak, hatta tandas awam mungkin ada virus itu di udara.

Tetapi, kita masih seperti tidak berbuat apa-apa. Kita melihat satu demi satu sekolah, kolej dan universiti ditutup di seluruh negara. Kita membaca angka-angka pesakit baru yang terus naik. Dan, setakat semalam sudah empat nyawa melayang kerana penyakit ini. Kita terus lega berjalan ke sana-sini.

Tentu kita masih ingat jerebu teruk yang memalapkan udara kita awal satu ketika dahulu. Semua orang memakai topeng muka sebab kualiti udara yang rendah. Topeng penutup hidung dan mulut naik mendadak. Orang rela tidak makan roti canai sebab duit makanan kegemaran ramai itu digunakan untuk membeli topeng.

Walaupun tidak ada yang mati akibat jerebu, orang ramai, terutama di KL, menutup muka dengan topeng tanpa sebarang arahan dari mana-mana pihak. Mereka takut mati akibat menyedut udara berjerebu. Demikian prihatinnya kita ketika itu.

Sekarang lebih seribu telah disahkan terhidu atau tersentuh virus Influenza A, empat telah maut kerananya, tetapi orang tidak membeli topeng seperti serangan jerebu dulu. Apakah kita beranggapan virus baru lebih seribu nyawa di seluruh dunia itu tidak berbahaya? Atau, apakah kita hendak menunggu lebih ramai lagi maut, baru kita hendak membeli topeng?

Kerajaan tidak mahu menimbulkan suasana panik dalam kalangan orang ramai. Dari semasa ke semasa rakyat diberitahu bahawa keadaan di bawah kawalan. Dalam keadaan bawah kawalan itulah bilangan meningkat setiap hari. Jangan tunggu sehingga keadaan sudah tidak terkawal baru kita hendak dikejutkan.

Pada hemat saya keselamatan diri adalah hal kita sendiri. Walaupun keadaan dijamin di bawah kawalan, tidak ada jaminan bahawa kita akan terhindar dari wabak maut itu. Sebab itu kita kena menjaga diri kita dan keluarga kita, juga orang-orang di sekeliling kita dari jangkitan H1N1.

Langkah-langkah ini perlu ditimbangkan:

Pertama, pakai topeng ketika berada di tempat-tempat awam. Beli topeng sekarang sebab harganya belum naik. Apabila ada arahan semua orang kena bertopeng nanti, pasti harga penutup hidung dan mulut ini akan naik berkali-kali ganda. Biasalah peniaga selalu mengaut untung dalam keadaan begini.

Kedua, mereka yang dikenakan perintah ‘berkurung’ mesti mematuhi perintah tersebut. Kalau dikenakan kuarantin seminggu, ertinya seminggu tidak boleh keluar. Ada orang degil, sudah disenaraikan berkurung masih juga mahu ke disko atau mencari durian di luar rumah. Orang seperti ini tidak bertanggungjawab, dan perlu dikenakan hukuman.

Ketiga, mereka yang baru pulang dari luar hendaklah membuat pemeriksaan rapi mengenai kesihatan. Walaupun saringan di lapangan terbang mengesahkan mereka bebas virus maut itu, ada baiknya mereka sekali lagi mendapatkan pengesahan di klinik dan hospital.

Keempat, peraturan kebersihan diri perlu dipatuhi setiap masa, di mana sahaja. Pastikan kita mencuci tangan sebelum dan selepas makan. Sekiranya ada batuk atau selesema, segerakan mendapat rawatan doktor. Tidak perlu jumpa bomoh, sebab H1N1 bukan perbuatan makhluk halus, tidak juga angkara jin tanah atau penunggu pohon beringin.

Kelima, sentiasa ada perasaan takut pada H1N1. Sekiranya kita takut pada wabak ini kita akan menjaga diri setiap masa. Malangnya sekarang tidak ramai yang takut wabak baru H1N1, tetapi lebih ramai yang takut wabak lama B1N1.


Ini pula berita terbaru perihal mangsa ke 6 H1N1 di negara kita. Simptomnya.. demam sehari ajer..
Quote:
Kanak-kanak 11 tahun mangsa keenam H1N1

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan kematian keenam akibat jangkitan Influenza A (H1N1) apabila seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang dimasukkan ke hospital akibat komplikasi jangkitan disahkan meninggal dunia pagi ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, kanak-kanak itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu pada Rabu lalu dengan simptom demam selama sehari.

“Tiada simptom batuk dan tanda-tanda gangguan pernafasan lain. Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi pada 30 Julai (Khamis),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Ismail berkata, hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan menghidap jangkitan virus H1N1 pada pukul 11 pagi semalam.

“Akibat komplikasi jangkitan, pesakit disahkan meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi, 2 Ogos 2009 semasa dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.


Oklah.. tutup kisah H1N1 ni.. harap2 ramai yg semakin peka akan wabak yg meragut nyawa ni yekk.. marilah kita bersama2 mengambil inisiatif & alternatif agar tidak menjangkiti kita & anak2 kita..

Bercerita pasal gulai kawah ni.. kebelakangan ni.. agak kerap pulak makan gulai kawah.. Kalau nak tau.. inilah gulai daging feberet hubby ku Gulai ni juga.. dia yang masak tauu.. bulan lepas jer.. dah dua kali dia masak.. (time dia keje shift malam) kekeke.. khamis lepas aku balik kerja jer tengok2.. gulai dah siap masak dalam periuk.. sukanya hatiku.. hehehe.. balik tu aku tinggal goreng sayur ajelah.. ada taugeh kasar tu.. gorengkan aje dengan tauhu & fishball... siap sudah dinner kami malam tu.. sekarang ni kalau hubby kerja malam dia biasanya bawak bekal aje. Sebab tak sempat nak makan kat rumah coz kalau aku masak biasanya dekat-dekat2 7.30 pm baru siap.. itupun mcm lipas kudung wat kerja.. ye ler.. kdg tu sambil2 melayan kerenah si kecik tu lagi.. dah hubby pun nak gi keje pun dlm 7.30 tulah jugakk... bila masa nak mknnyer.. so dia kata bwk bekal ajelah..


Gulai kawah yg kat bwh ni pulak.. yang hubby masak sebelum kami balik kampong haritu.. dia saja nak test konon2 nak masak utk kenduri kat kg dia tu.. tp last2 tak jadi sebab kena guna rempah gulai cap rose tu... mana nak cari banyak2.. so test utk tekak ajelaa...

Quote:
GULAI KAWAH DAGING
Sumber : Kak Hanieliza (TQ kak!)

Bahan
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
3 biji ubi kentang (kami tambah)
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.


Minggu lepas Sujah cakap dia tak sempat siapkan karipap frozen untuk hantar kat tempat kami biasa hantar tu.. sebab ada orang order karipap frozen 500 biji. Makanya aku pun slowdown jugalah buat donut frozen sebab takde nak hantar minggu lepas.. Tapi tup2 Sujah call cakap biras dia nak donut 5 peket.. Alhamdulillah.. mujur ler ada stok sebab baru buat 2 hari sebelumnya...


Bila projek donut slow down minggu lepas.. byk ler eksperimen yang boleh aku jalan kan.. antaranya ialah menguli roti ni.. hehehe.. jom tengok

Red Bean Stollen ni aku buat menggunakan resepi roti basic Roshayati.. Memang sedap.. lembut & gebus sesangat.. (berkenan benor ngan roti basic kak Roshayati ni.. Terima kasih byk2 ye kak!!) Terima kasih juga pada MamaFaMi kerana resepi ni ku ambil dari FP beliau sejak dari mula2 belajar buat roti dulu..

Quote:
RED BEAN STOLLEN (dpt dlm 18 biji)
(From Basic Bread Recipe Roshayati Johari)

Ingredients :

(A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional)
4 teaspoons instant dry yeast

(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)

(C)
40g butter
40g shortening

(D) Filling
Red bean filling (beli yg readymade ajer)

Method :
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly. (REFER TO THE PICTURE)
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Bake till golden brown.





Jom uli roti pulak


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net