Want your
own Fotopage?







 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 5-Aug-2009 00:56 Email | Share | Bookmark
Fruit Tarts & Daging Malbi Kentang & Kacang Pis

 
 
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua.....

Alhamdulillah.. masih sihat & tak sibuk sangat lagi.. so dptla update lagi hari ni...

Buat fruit tarts ni sebab nak menghabiskan buah peach lebihan buat puding roti karamel tempohari. Pastu strawbery tu pulak pegi cari kat Pasaraya Bintang yg baru bukak kat Taman Sri Sentosa nih.. (uihhhh... seronoknya aku sebab ada pasaraya besar (yg ada segala) dah bukak dekat2 ngan opis aku nih.. tak payah dah nak kena pegi Giant, Tesco or K4 yg jauh2 tuu... hehehehe..) Nama jer balik dari Cameron Highlands.. tapi buah strawberi yang dibeli tak sempat buat apa2 pun.. hehehe.. memang ada niat nak buat something.. tapi masa tak mengizinkan sebab tau ajelah.. balik dari berjalan2... kain baju nak kasi settle.. badan pun letih.. memang tak sempat nak bereksperimen.. so buah strawberi tu buat makan gitu jer.. sampai ada yg busuk pun.. (yg ni kes simpan nk bagi kat Ida cousin ku yg dok jauh sgt dari umah aku ni.... huhu) buah strawberi tu anak2 bukannya suka sangat mkn.. aku ngan hubby jer yg makan.. Tapi alhamdulillah.. dpt juga agih2kan kat Sujah, Bie & juga jiran2 dekat umah sorang sikit.. beli pun tak banyak mana Resepi ni aku ikut yg Ida buat baru2 ni.. resepi dari Kak Rinnchan kita yg terer masak2 tu... TQ kak Rinn... (sori sebab ada tokok tambah & ubah sikit cara2... sebab takde microwave... huhu..) Bila dah jadi tart cenggini anak2 gemor pulak makan..

Quote:
FRUIT TART (ku buat setengah adunan ajer)
Sumber : Rinnchan

Bahan-bahan:
250gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
120gm icing sugar
2 biji kuning telur
440gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1.Adun semua bahan sehingga menjadi doh. (MaDiHaA pukul sebentar butter & gula aising (kejap jer) pastu masuk telur & vanila.. pukul kejap.. pastu baru masukkan tepung & uli hingga jadi doh.
2. Gelek di atas papan sehingga setebal 5mm. Susun acuan tart di atas dulang dan tebarkan doh yg digelek tadi ke atasnya. Tekan ke atas acuan utk mendapatkan bentuk dan memotongnya. (step yg ni tak ikut.. tp terus tepek2 dlm acuan tart satu persatu.. pastu potong/kemaskan tepinya dengan pisau.)
3. Cucuk-cucuk dgn garpu dan bakar selama 20min atau sehingga kulit tart agak brownish
pada suhu 175 drj cels.
4. Keluarkan dari oven dan tanggalkan pastri dari acuan dan biarkan sejuk.

CASTARD
Bahan-bahan:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung castard
8 sudu makan gula
2 cwn (500ml) susu segar
2 biji telur
2 sudu makan mentega

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard dan gula dlm satu mangkuk. Campurkan 2
sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan terus kacau lagi.
3. Masukkan selebih susu dan kacau sebati.
4. Masukkan dalam microwave dan masak dengan suhu tinggi sehingga pekat.
Sesekali buka microwave dan kacau bancuhan supaya tidak berketul.
5. Apabila sudah likat..keluarkan dan masukkan mentega. Terus kacau hingga sebati.
Tidak perlu masukkan semula ke dalam microwave

Step yg ni.. bila dah siap bancuh semua.. MaDiHaA masak jer atas dapur dengan api yg perlahan hingga likat.. then baru masukkan mentega. Sejukkan kemudian masukkan dalam piping bag. Bila nak guna potong sikit bucu plastik piping bag tadi

BAHAN2 TAMBAHAN & HIASAN
Coklat masakan secukupnya ~dicairkan cara double boiler (yg ni MaDihaA tambah fungsinya supaya pastri tart tak mudah lemau, pecah atau berkecai semasa kita memegang atau makan sebab coklat masakan tu berfungsi menahan lembapan dari menyerap pada pastri.)
Buah2an kegemaran masing2 (contoh: strawberi, peach dlm tin, kiwi, mangga, ceri, anggur dll)

Penyudahnya
1. Tuang sedikit coklat cair ke dalam kulit tart/pastri & sapu rata & biarkan sekejap hingga coklat mengeras.
2. Ambil kulit pastri/tart tadi & paipkan kastard hingga agak penuh. Susunkan buah2an kegemaran. Letakkan ke dalam mangkuk kertas. Sejukkan seketika dalam peti ais sebelum dihidangkan.


Resepi ni pulak yang ku ambil dari Majalah Rasa. Inilah resepi yg menggunakan rempah beriyani yg ku simpan 3 sudu besar tempohari (kalau ada yg perasan & baca resepi Daging Kuzi tu aku ada cakap akan menyusul resepi lain... inilah dia.. ) Komen pasal masakan ni.. boleh tahan sedap & tak muak sangat..

Quote:
DAGING MALBI KENTANG & KACANG PIS
Sumber : Majalah Rasa

Bahan2
1 tin kacang pis (ikut suka tin besar or kecil)
750 gm daging cincang (aku guna daging biasa je.. potong nipis2)
2 biji bawang besar ~ hiris nipis
2 biji kentang ~ kupas, potong wedges & digoreng
3 sudu besar minyak masak (maybe aku guna lebih sket kot.. hehe)
3 sudu besar rempah beriyani (yess.. inilah rempah yg ku simpan tu.. )
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk
1 sudu besar garam (or secukup rasa)
4 sudu besar gula (boleh kurangkan kalo tak suka manis)
4 sudu besar kicap manis
3 sudu besar bawang merah, bwh putih & halia kisar (agak2 ler.. dlm 5 ulas bwg merah, 2 ulas bwg putih & 2 cm halia )
2 sudu besar air asam jawa (dlm 1 sudu kecil asam jawa & bancuh dgn sikit air)
2 cawan air (MaDiHaA tambah.... untuk empukkan daging..)

Cara2 memasak
1. Daging dicuci bersih.
2. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang besar sehingga setengah garing.
3. Kemudian masukkan bawang2 kisar tadi & tumis sehingga agak garing.
4. Masukkan daging, lada hitam, rempah beriyani dan masak sehingga empuk. (tambah air dpt membantu empukkan daging) Biar hingga airnya kering.. (kalau daging tak empuk lagi.. tambah lagi air.. kalau guna daging batang pinang.. kejap jer dah empuk tak perlu tambah air)
5. Seterusnya masukkan garam, gula, air asam & kicap. Masak hingga daging lembut.
6. Akhir sekali masukkan separuh dari kentang goreng & kacang pis. Gaul rata.
7. Semasa menghidang.. taburkan kacang pis & kentang goreng di dalam pinggan & sedia dihidangkan.


Agaknya... ada yg cakap kitorang sejak akhir2 ni asyik makan daginggggggg manjangggg Sebenornya ada jugak masak lauk lain spt ayam, ikan atau sotong.. tp kalau ayam & ikan tu.. kdg nak cepat belasah goreng ajer.... so malas ler nak ambik gambor.. Bila masak daging ni pesen/resepi lain sikit.. kenalah amik gambor buat koleksi resepi.. kalau masak biasa2 tu tak ambik gambor gaklahh.. So bila asyik keluar resepi daging ni.. nampak spt aku asyik masak daging aje lately ni kan.. heheh.. takperlah.. kat bwh ni aku tayang ler sambal sotong yg ku masak utk suami & anak2... (aku pantang lagi mende2 nih...... )


Jumpa lagiii...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net