Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Aug-2009 01:29 Email | Share | Bookmark
Teresek & Apple Cheese Muffin

 
 
Salam...

Seperti yg diwar2kan dlm entry yg lepas.. akhirnya dapat juga aku buat teresek ni... Dah lama sebenarnya nak membuatnya.. tapi asyik tak jumpa cari jantung pisang.. al maklum.. aku jarang2 sangat pegi pasar atau pasar malam.. Hanya mr. hubby yg selalu beli lauk2 ni semer.. aku ni cuma tukang masak ajer.. jadi hari tu bila hubby bwk balik 2 biji jantung pisang.. terus ler teringatkan teresek resepi Kak Jie ni.. Terima kasih banyak2 ye kak sebab sudi berkongsi resepi negeri Kelantan yang sedap nih.. paling best sebab nak memasaknya pun tak susah.. Masa hubby balik kerja dan lauk ni masih atas dapur mr. hubby tanya.. masak gulai kawah ker..? kekekekee... hidung dia tu..pantang terbau rempah2 sikit.. asyik teringatkan gulai kawah aje.. Apa2pun.. mintak izin C&P resepi akak ni kat FP Na pulak ye

Quote:
TERESEK
Sumber : Kak Jie Jie

Bahan-bahannya

1 mangkuk sedang ayam ~ dipotong kecil2 (ambil yang bertulang, mempedal, boleh juga masukkan hati ayam)
1 biji jantung pisang – dihiris-hiris. (atau kacang panjang- dipotong serung memanjang) (MaDiHa guna jantung pisang jer.. rebus dulu pastu baru hiris2)
1 biji kelapa- ambil 4 cawan santan pekat
½ biji kelapa dibuat keresek (guna keresek segera.. dlm 4 sudu besar)
4 biji cili merah~dihiris memanjang (tak bubuh)
garam secukupnya
sedikit gula
1 keping asam keping
½ paket rempah kari

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas (besar ibu jari kaki )
1 1/2 inci kunyit
sejemput ketumbar biji
10 biji cili kering
7 biji cili api (kalau tak kuat pedas.. boleh kurangkan.. sbb agak pedas juga tauu )

Cara Membuatnya
1. Masukkan ayam dan santan ke dalam periuk dan renehkan sebentar.
2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar, rempah kari,asam keping dan kacau rata sehingga mendidih
3. Bila kuah sudah pekat dan ayam dah masak, masukkan jantung pisang (boleh yang mentah atau yang direbus ~ MaDiHa rebus dulu)
4. Bila jantung pisang sudah masak, masukkan kerisek, garam dan sedikit gula.
5. Kacau sehingga kuah agak pekat gitu. Masukkan cili merah yang dipotong memanjang. Gaul dan angkat. Enak dimakan dengan nasi panas-panas


Resepi kedua ni pulak.. juga ambil dari FP Kak Jie Jie.... Terliur dah lama.. tinggal lagi nak membuatnya aje macam malas2 gitu.. Kebetulan stok cream cheese pun ada (mentang2 ler Pasaraya Bintang dah dekat ngan opis ), Epal granny smith pun dah lama bertapa dalam petiais tuu.. terus ler merajinkan diri mengodek muffin ni.. Nak tau.. kita godek muffin ni kul 11.00 mlm tau..(ni kes rajin2 malas ler nih.. tp cheese awal2 dah kuor kan..) esok nak kije.. tapi buat jugalah sbb muffin ni kejap jer dah siap.. hehehe.. resepi ni olahan Kak Jie sendiri ni setelah menonton rancangan 'Sugar' di chanel AFC oleh Anna Alson.. memang sedap.. terasa lemak2 cheese & masam2 epal tu.. Kakak Dini siap mintak bekalkan untuk sekolah kebangsaan dan untuk sekolah agama juga.. Dapat banyak juga (aku buat 2 adunan dari resepi asal), kalau guna paper liner yg kecik2 lagi ler byk dpt.. aku punya paper liner tu size 11 dapatlah sedekah2 kat baby sitter, jiran2 baby sitter (yg rajin gak melayan anak2 aku time petang2 tuu..) Terima kasih banyak2 Kak Jie yer.. tapi minta maaf yer sebab Na dah pandai2 tokok tambah sikit bahan2nyer sebab kat rumah Na takde tepong naik sendiri...

Quote:
APPLE CHEESE MUFFIN
(resepi ni yg aku dah ubah suai ikut apa yg ada kat rumah yer.. kalau nak tengok resepi asal boleh klik kat link Kak Jie Jie kat bawah tu )
Sumber : Kak Jie Jie

Bahan A
3 cawan tepung gandum
½ tablespoon baking powder
¼ teaspoon soda bikarbonat
secubit garam
(ayak semua bahan2 diatas & ketepikan)

1 biji apple hijau ~ dikupas kulit dan didadu kecil-kecil

Bahan B
2 biji telur
½ cawan air
½ cawan cheese ~ dilembutkan dulu ke suhu biasa
½ cawan minyak masak
(sukat cheese ½ cawan dan masukkan minyak ke dalamnya cukupkan 1 cawan)
1 sudu besar esen vanila.
2 cawan gula perang

Cara:
1. Adun semua bahan B sehingga sebati. (guna whisker memadai... jika cheese nampak berketul2 sikit pun takper.. belasah jer )
2. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit dan diadun sebati
3. Masukkan apple & gaul rata.
4. Aturkan paper liner atau muffin case. Tuangkan adunan muffin hingga hampir penuh.
5. Bakar hingga masak suhu 175C (masa membakar bergantung size muffin & oven masing2.. sila gunakan penguji kek utk memastikan muffin masak)


Ok itu sajalah resepi & eksperimen aku utk kali ni... sekadar berkongsi mana tau dapat memberi idea pada pengunjung di luar sana.. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE FP KU YG TAK SEBERAPA NI YER.. & SELAMAT MENCUBA


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net