Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Aug-2009 00:57 Email | Share | Bookmark
Cekodok Udang & Lasagna Roti

 
 
 
Salam buat semua...

Ni cekodok udang sarapan pagi tadi.... Agak2nya.. ada orang tu dah langgar pantang ke haaaa??? Korang fikirlah sendiri...

Quote:
CEKODOK UDANG

Bahan2 (agak2 je ni.. tak sukat pon)
500 gm tepong gandum
15 ~ 20 ekor udang yg sedang / yg besar2 (kalau kecik2 boh la lebih sket.. lagi byk lg sedapp ) ~ dipotong kecik2
1 biji bawang besar ~ di potong dadu
sejuring kobis ~ potong halus
boleh tambah sikit taugeh jika suka
sedikit daun kuchai (tp aku takde... so tak boh)
sedikit serbuk kunyit
1 biji telur
garam secukupnya dibancuh dalam secawan air
tambah air secukupnya utk membancuh
minyak untuk menggoreng

Cara2nya
1. Bancuh kesemua bahan2 di atas hingga dpt bancuh cekodok.. biar agak cair sikit.
2. Panaskan minyak.. guna senduk kecik (kalau guna sudu dia meleleh sebab bancuhan agak cair), sendukkan ke dalam minyak panas dan biar jd nipis sikit. Goreng hingga garing. Angkat dan tos.
3. Potong cekodok kecik2 & hidang dengan cili sos atau kuah kacang..



Lasagna Roti ni pulak sarapan hari Ahad 2 minggu lepas kot.. 2hb aritu masa tu kitorang sibuk mengecat rumah.. dah lama dah ni.. tengok ajelah perbezaan alas meja tu.. hehehe.. (alas meja pink tu baru tukauuu.. dah rumah pun bercat baru.. alas meja pun kenalah tukauu.. hari tu dek sibuk mengecat.. lunch tak masak.. pagi & tengahari mkn lasagna roti tu jer.. pastu petang masing2 kebulur.. masak mee segera ajelah jawapnyerr

Alkisah resepinya ni aku kecek dari Fieza ibu Muiz tu... Fieza pun dapat dari internet juga.. dah lama dah dapat resepi ni.. dah lebih dari setahun.. kekeke.. baru ni jer nak buat.. korang taulah kan sebab apa.. sebabnya stok mozarella cheese memang takde kat rumah aku tu.. hehehe.. sejak ada baby ni dah jarang shopping groceries kat pasaraya2 besar yg jauh2 spt Giant, Tesco or K4 tu.. kitorang main beli sikit2 kat 99 Speedmart yg dekat ngan rumah jer.. harga barang pun ok... nak abis beli, nak abis beli.. selalunya pesan kat hubby jer.. bukan apa.. kalau bershopping kat pasaraya besar tu.. ngan baby tu malas la aku nak turut sama2 sibuk nak cari brg rumah.. tambah pulak musim virus berjangkit skrg ni kan.. lagipun kalau beli mcm tu.. time beli tu ok lagi.. time nak angkut naik rumah tu yg leceh... faham2 jelah rumah apartment ni.. parking jauh.. sekali angkat bukannya boleh habiss dlm bonet kereta tu.. kena ulang lagi sekali itupun abis kena kerah anak2 (Dini & Haziq) angkut sekali... tu yg buat malas tuu...(selalunya kitorang naik ke rumah ikut tangga jer sebab tingkat satu jer... cuma dari parking kereta nak naik ke rumah tu memang jauh laa..). Cerita pasal cheese tu pulak.. kan skrg Pasaraya Bintang besar dah bukak dekat ngan opis aku... jadi senanglah sikit kalau nak cari barang2 yg takde kat kedai2 kecik tu kan.. tu yg aku seronok sgt tu.... kekekeke.. Masa aku saja ronda2 Bintang aritu ternampakla mozarella cheese tu.. terus aku sambar seketul yg 500 gm tu... so bolehlah bereksperimen

Oklah.. berjela2 lak ngomel.. Thanks byk2 kepada Fieza & empunya asal resepi ini kerana sudi berkongsi resepi & idea ni.. Resepi ni namanya Lasagna Roti.. jadi aku ikut jelah nama dia bagi tu... Aku buat ni nampak nipis coz guna loyang besar.. rasanya kalau guna loyang 9 x 9 inci tu sedang elok la kot sure nampak tebal sikit..

Quote:
LASAGNA ROTI
Sumber : Internet & aku ambil dari Fieza
(loyang saiz 9 x 9 inci)

Bahan2 Inti
3 biji kentang di potong dadu - goreng 1/2 masak dulu..
500gm daging cincang (MaDiHaA ganti dengan ayam kisar ramlee)
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
½ sudu besar serbuk kari (MaDiHaA masukkan 1 s/b)
3 sudu makan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan Lapisan Roti
12 ~ 14 keping roti (MaDiHaA guna roti gardenia)
500 ml susu segar
3 biji telor (guna gred A)
garam secukup rasa
Parutan mozarella cheese (banyak ikut suka)
Sedikit margerin untuk melenser
1 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
Oregano secukupnya..
sosej secukupnya.. (tak letak takde stok)

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah + putih yg telah di potong dadu.. serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang, kentang, garam, sos tomato, sos cili & sikit oregano (aku tambah ni). Biar secukup rasa. Dah masak..ketepikan dulu..
2. Pukul telur perlahan2 & satukan bersama susu & garam secukupnya. Kacau sebati biar garam larut.
3. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi & ramas-ramaskan kesemua roti tadi. (pastikan tangan bersih yer ) Rehatkan roti sekejap biar kembang.
4. Sementara tu lenserkan bekas tahan panas atau loyang empat segi dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas.
5. Kemudian letakkan separuh daripada inti daging yang telah dimasak tadi atas lapisan roti.
6.Ulangi proses dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan lebihan inti dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti.
7. Akhir sekali taburkan parutan mozarella cheese, sosej, dan origano (banyak ikut suka)
8. Bakar dengan api sederhana selama 30 - 45mins atau sampai lidi tak lekat semasa menguji.
9. Lebih sedap dihidang ketika panas2.




Kalau rasa2 mcm terliur tu.. bolehlah cuba2 buat yer.. memang sedap pun.. memanglah.. kalau dah ada bahan2 menggemokkan tu sure sedap punya


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net