Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 14-Aug-2009 05:23 Email | Share | Bookmark
Kaswi

 
 
Salam...

Jangan bosan yer coz daku agak rajin minggu ni mengambil gambar & mengupdate... entah dtg angin apalah agaknya yer.. hehehee...

Malas nak ckp byk.... takut org boringggg Ini update terakhir utk minggu ni...... tunggu update seterusnya minggu depan kalau panjang umur lerrrr Sebelum tu.. ini nak tunjuk gak sarapan sempoi kami pagi tadi..... lama tak mkn kaswi.. (cehhh.. baru je mkn masa kenduri arwah kat kg aritu ) mlm td godek ler kejap.. paginya tinggal potong2 jer

Asyik dok mkn yg berkeju jekk... sesekali kita mknlah kuih tradisional pulakk barulah balance


Dah selalu sangat aku wat kuih ni... sebab senang banget... semua org pun dah pandai buat kuih ni kan.. takperlah aku masukkan juga resepi utk rujukan anak2 & siapa2 yg nak mencuba.. selalunya aku buat tak pernah sukat pun.. main hentam jer.. tengok pekat cairnya.. tp disebabkan nak share resepi semalam aku sukat jugaklaaa... Takut gak main agak2 nak bg sukatan.. karang ada yg tercair atau terkeras....

Quote:
KASWI
Sumber : sendiri

Bahan2
1 ½ cawan gula merah
5 cawan air
2 sudu besar gula pasir (jika perlu... kalau tak suka manis2 sgt tak perlu tambah)
3 cawan tepong gandum
2 sudu besar tepong ubi
½ sudu kecil kapur sirih/kapur makan (bancuh dengan suku cawan air & tapis semasa nk masukkan dlm bancuhan)
3 sudu besar kicap manis (utk menaikkan rasa lemak & memberikan warna yg lebih gelap)

Bahan2 Lain
Kelapa parut putih secukupnya
Garam halus secukupnya.. ~ digaul bersama kelapa diatas kemudian dikukus sebentar

Cara2 Menyediakan
1. Ambil 2 cawan air (dari 5 cwn air tadi) & campurkan dengan gula merah lalu dimasak sehingga gula merah hancur. Padamkan api & masukkan baki air yg 3 cawan tadi (supaya air gula menjadi suam). Sementara tu panaskan periuk pengukus dengan air secukupnya.
2. Masukkan tepong gandum & tepong ubi ke dalam bekas membancuh. Tapiskan air gula merah ke dalam tepong tadi. Kacau perlahan2 hingga sebati menggunakan whisker. Tambahkan air kapur (tapis juga), kicap manis dan kacau sebati. Jika perlu boleh tambah gula pasir dan kacau lagi hingga gula larut.
3. Tapiskan bancuhan kaswi ke dalam loyang yg sesuai dan kukuslah selama kira2 30 minit atau sehingga masak.
4. Sejukkan sebentar kuih sebelum dipotong. Golek2kan kuih dalam kelapa yang digaul dengan sedikit garam kemudian bolehlah dihidang.



Kuih kaswi ni feberet kakak Dini.. malam tadi kuih masih suam2 dah minta dipotong... pagi ni pun mkn byk juga siap bwk bekal juga (kalau sarapan yg dia berkenan memang hari2 bwk bekal). Hubby pun suka lebih2 lagi bila letak kelapa lebih.. Sesuai juga dihidang masa buka puasa.. kalau rasa byk sgt boleh buat setengah adunan.. maklumlah bulan puasa sure byk hidangan lain lagi kan

Quote:
REPLY TO INA : TQ kerana sukakan pages akak ni yer.. terharu rasanya.. kalau nak email address akak boleh guna email add ni.. ratna@zagro.com

Ehh.. rupanya Ina pun customer kedai makcik akak ehh?? (Akak pun rindu gak ngan lauk2 kedai makcik akak tu... huhuhu..) Yang mana satulah agaknya Ina ni yer.. dok kat2 situ juga ker? hehe.. Untuk pengetahuan Ina.. Sujah akak dah hampir setahun tak berniaga kat kedai makan dia tu (sejak sebelum puasa tahun lepas)... Sejak2 masjid baru siap dibina & digunakan . Tak taulah dik.. ada org komplen mencacatkan pemandangan sekitar situ.... dengar2 org yg komplen tu kata... dari jauh nampak bumbung kedai tu dulu dari masjid... hehehee.. (logik ker? sedangkan masjid tu lagi besar & tersergam indah... kedai tu takdelah besar mana ) Makanya.. pihak berwajib telah merobohkan kedainya tu dengan erti kata lain.. menutup periuk nasi/rezeki makcik akak juga.. hehehe.. takperlah Ina.. rezeki ada dimana2.. alhamdulillah walaupun Sujah akak dah tak meniaga.. dia masih dpt menanggung kos perbelanjaan 2 orang anak2nya yang sedang belajar di UiTM & seorang lagi yg masih sekolah menengah dengan mengambil tempahan/catering dari pelanggan2 setianya. Selain tu makcik akak ada buat karipap frozen juga Alhamdulillah.. Allah sentiasa membantu insan2 yg sentiasa berusaha


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net