Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 17-Aug-2009 05:30 Email | Share | Bookmark
Balik Raub ; Hubby Masuk Hutan & Terjun Sungai.. hehe

 
 
 
 
 
 
Salam semua....

Alhamdulillah.. masih dipanjangkan umur & boleh bersiaran spt biasa...

Jumaat kelmarin sebelah malamnya kami sekeluarga pulang lagi ke kampong hubby ku di Raub, Pahang. Tiada sebarang perancangan pun nak balik kampong sebenarnya sebab kami baru aje balik bulan lepas masa buat kenduri tahlil.. Kalau ikutkan memanglah takde bajet nak kerap2 balik kg ni maklumlah.. dekat2 nak raya ni nak pakai duit lebih sikit . Nak ke Penang kenduri pakcik P.I pun tak dapat sebab kekurangan ongkos.. (maaf yer pakcik.. tp aku tau pakcik faham situasi kami... kami ni bukannya kategori org senang2... boleh jenjalan anytime.. huhu..)

Plan asal aku nak ajak hubby pegi shopping baju raya anak2 sementara belum masuk puasa ni. Kalau dah masuk bulan puasa ni rasa malas pulak nak berjalan.... Tak larat tu satu.. keduanya tak suka bersesak2 dengan orang ramai.. hingga nak pilih baju pun susah... Tapi tup2 kena balik kampong pulak.. Mujur kampong hubby tak jauh sangat.. lepas ler duit minyak & tol tu.. lagipun sebab dah berjanji dengan mertua.. terpaksalah balik juga. Alkisah hubby dah lama pesan dengan mak dia kalau musim buah perah gugur bagi tau sebab hubby nak tolong carikan juga.

Mungkin ada dikalangan kalian yang tak kenal apa itu buah perah.. so meh ler tengok gambar2 yang sempat aku rakamkan masa kat kampong tempohari



Buah perah ni sejenis buah hutan yang pokoknya jenis pokok saka. Batangnya tu kalau dah cukup besar boleh ditebang dan dibuat balak. Buahnya tu.. bila dah tua akan meletup saling tak tumpah macam buah getah tu... biji2nya tu boleh dimakan. Di negeri Kelantan, Pahang & Trengganu memang biasa aku jumpa orang jual buah perah yang direbus ataupun di jeruk. Cuma kebelakangan ni aje agak sukar nak jumpa sebab byk hutan2 dah ditebang & didirikan kawasan perumahan. Aku tak pasti kalau2 dinegeri2 lain pun ada juga buah ni.. sebab aku bukan selalu berjalan sangat pon.. Tapi menurut akak ipar aku.. kat Perak kadang ada gak orang jual buah perah ni.. Alhamdulillah di kampong hubby kat Raub tu.. pokok perah masih banyak. Kalau musim perah gugur & kalau rajin mencari memang boleh dapat banyak buahnya. Tapi kena hati2 sebab buah perah ni tak boleh dimakan mentah atau dimasak sebarangan. Silap2 hari bulan boleh mabuk kadang2 boleh membawa maut!! Hanya orang2 tertentu aje yang pandai merebus & menjeruk buah perah ni.. menurut mertua aku.. kalau nak dimakan rebus buah perah kena rebus hingga 3 kali air rebusannya kering.. tunggu sejuk baru boleh makan. Kalau nak dijeruk pula memadai airnya kering sekali aje. Lepas jeruk beberapa lama barulah boleh dimakan.. jika belum sampai masa/tempohnya tak boleh berani2 nak makan.. Kang tak pasal2 masuk wad pulak.. hehehe.. Untuk yang nak tau macamana rasa buah perah rebus ni... rasanya lebih kurang macam buah berangan yang biasa terjual tu.... kdg rasa mcm biji nangka rebus pun ada gak kiranya rasa dia gabungan dari dua tu laa.. Hmmm.. aku memang suka sebab sedap banget!! Seingat2 aku kali terakhir aku makan buah perah rebus ni masa aku belum bersekolah lagi... masa tu arwah tok yang bagi (tak sure ler dia yg rebus atau dia beli sebab masa tu aku kecik lagi..)

Ok sambung cerita buah perah ni.. selain buahnya boleh direbus & dijeruk.. tujuan asal kami cari buah perah ni banyak2 tu sebab nak buat stok asrong. Hmm.. mungkin lagi ramai yang tak tahu apa itu asrong.. hehehe.. asrong tu sejenis bahan masakan yg dibuat dari buah perah tu lar.. bila dah cukup waktu.. asrong tu dicampur dengan ramuan2 lain dan dijadikan gulai asrong. Mungkin ada yang pernah menonton rancangan Majalah 3 tak lama dulu.. Tak silap aku di Jerantut (kalau silap tolong betulkan) ada juga orang buat asrong (kat sana panggil asamrom). Cuma bezanya kat Jerantut diaorang buat asrong tu daripada biji buah getah. Memang popular gulai asrong kat Jerantut tu... Bezanya dengan gulai asrong kat Raub ni.. diaorang gunakan buah perah sebagai bahan asasnya.. Dari segi rasa mungkin ada perbezaan.. tp yang pasti... gulai asrong dari buah perah ni dah menjadi kesukaan aku, kakak Dini, ma & juga adikku Dee.... memang sedap banget!!! Hanya mereka yang pernah merasa saja tau macamana sedapnya.. tapi kalau mula2 rasa tu memang tak dpt nak rasa lagi sedapnya.. masuk kali ke 2 dan ke 3 makan.. mau makan nasi bertambah2 Boleh ketagih jadinya.. kalau balik Raub tak dapat mkn gulai asrong macam tak lengkap jer rasa.. hehe..

Ni gambar masa hubby & adik2 nak masuk hutan mencari buah perah. Hasilnya memang lumayan..

Kalau teringin nak buat jeruk atau rebus kenalah pilih yang mampat2 saja. Yang kurang mampat tu diproses jadikan asrong. Proses nak membuat asrong tu bukannya mudah. Kena jemur dengan kulit beberapa hari kemudian diketuk2 untuk proses membuang kulit. Dah buang kulit tu kena jemur lagi beberapa hari hingga isinya jadi rangup (boleh dipatahkan). Isinya tu kemudian ditumbuk2 separa lumat. Akhir sekali digaul dengan air (dengan sukatan tertentu) kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam balang & biarkan beberapa bulan sebelum boleh digunakan. Sebab itu kalau ada asrong yg dijual dipasar2 daerah Raub & persekitaran.. agak mahal harganya. Bukan saja proses nak membuatnya yang agak cerewet.. tapi proses nak mencari buah perah itu sendiri kat hutan belantara tu bukannya kerja yang mudah.. Tapi masa hubby pegi cari dengan adik2nya tu.. ramai juga ler orang kampong lain yg ikut serta... jadi takdelah takut sangat dalam hutan tu

Yang ini saja2 hubby kutip buah2 hutan nak bagi kitorang kenal.. antaranya ialah buah kedondong hutan & buah berangan babi... Petai tu bukan yer.. hehehehe.. petai tu dari pokok kat rumah mak yang nak dibuat jeruk campur dengan buah perah tu.. Buah kendondong tu boleh dimakan.. tp rasanya masam yarabbi.. buah berangan babi tu takleh makan.. takde isi kot.. tapi buahnya cantik.. macam gasing!!


Ini lak wajah2 anakku yang dah lama tak enterprem dlm FP ibu dia ni.. yelah dah asyik enterprem gambar lauk pauk & kuih muih jer... takperlah kali ni ibu enterprem ler gambar2 anak2 kesayangan ibu ni yer Untuk pengetahuan.. adik Alin dah boleh meniarap dah.. tapi disebabkan ibu sibuk kat dapur.. masa adik Alin meniarap ibu tak sempat nak amik gambor.. takperlah lain kali lah ibu snap..



Hari Sabtu masa hubby & adik2nya masuk hutan mencari buah perah.. ibu jadi tukang masak... lepas masak2 lauk sempat gak buat kuih serimuka. Tp gambor tak clear lak.. wangi serimuka ni sebab guna daun pandan sebenar Ibu masak sorang2 sebab opah masa tu tengah merebus buah perah kat tanah guna dapur kayu (masak tempat memasak masa kenduri dulu tu.. tp ibu tak sempat amik gambor.. bz kat dapur & melayan Alin). MIL rebus perah tu pun permintaan aku gak... sebab dah lama sangat rasanya aku tak makan buah perah rebus... kali ni dpt makan sepuas2nya... Rebus buah perah ni api sentiasa nak kena besar.. sebab tu opah takleh nak tinggal... nak kena sentiasa jaga api dapur kayu tu.. sian opah..

Serimuka belum sempat sejuk dah dipotong.. tu yg tak cantik sangat tu...

Selepas masuk hutan.. keesokkan harinya (Ahad) hubby sibuk nak ikut adik2 & sepupunya yang nak pegi menyelam sungai menembak ikan. Sekarang hubby pun dah terer gak menyelam & tembak ikan.. tapi takleh ler nak challenge adik2 dia sebab dorang memang dah selalu main sungai... hubby ni sekali sekala jer.. Lumayan juga hasil tangkapan diaorang bertiga tu... dapat ikan lebih kurang 8kg lebih... sebenarnya ikan2 sungai tu bukannya diaorang nak makan sangat.. tapi dioarang saja suka & dah jadi hobi lak pegi menyelam cari ikan.. Ikan2 tu.. kitorang masak sikit jer untuk sekali makan.. selebihnya adik hubby jual jer kat org kampong.. dapat juga dekat RM70.00 plus plus... harga 1kg=RM10.00... berbaloi ler kan... bolehlah beli ikan kat pasar pulak..


Oklah.. itu ajelah cerita untuk hari ni.. Hari ni takde resepi la yer.. dah panjang bebenor dah ni berceloteh.. tunggu next episod pulak laa.. Sebelum tu.. aku tepek gak gambar gulai asrong dari file lama aku ni.. mana tau ada yg belum tengok lagi... Kalau nak tengok resepi boleh klik kat sini tapi maaf byk2 sebab asrong tu memang takde terjual di Lembah Klang ni.. kalau ada pun kat daerah Raub & sekitar ajer.. itupun payah gak nak cari.. Stok asrong kat rumah MIL pun dah abis last digunakan utk masak masa buat kenduri tahlil aritu... asrong yg dlm proses ni rasanya paling cepat pun 2 bulan baru boleh guna kot..


Ok..jumpa lagi dilain siaran..

Quote:
REPLY TO MRS. ONGKOI : kalau nak contact akak boleh email ke ratna@zagro.com nak mintak tunjuk ajar apa tu agaknya yer?? alahaiii.. akak ni bukannya pandai sangat.... apa2pun.. akak cubalah tolong apa2 yg akak tau... don't hesitate to contact me okay... TQ


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net