Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 20-Aug-2009 03:54 Email | Share | Bookmark
Lunch With Fiza Nordin & Resepi Tau Sar Piah

 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum..

Pertama sekali aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak & selamat berpuasa buat semua saudara Islam, teman2 FP & blog, pengunjung setia FP ku & juga kepada semua pembaca senyap (silent reader) serta tak lupa buat semua kaum keluargaku dimana juga anda berada. Semoga Ramadan tahun ini kita dpt menggandakan lagi amal ibadah kita sempena bulan yg penuh berkat ini. Cakap pasal puasa.. alhamdulillah tahun ni aku tak perlu ganti puasa.. hehehe.. masa puasa tahun lepas aku sedang peknenkan Alin... syukur alhamdulillah sebab dapat berpuasa penuh . Tahun ini nampaknya... tak dptlah lagi...... kecuali Alin bakal dpt adik lagi..... ohhhh tak mungkinn

Ok hari ni nak cerita peristiwa yang berlaku Selasa baru2 ni . Tanpa ku duga teman blog si Fiza Nordin telah ajak aku untuk berjumpa. Sebelum ni aku tak berapa kenal sangat dengan Fiza ni.. hanya sesekali aje masuk blog dia... tertarik nak masuk tu sebab kebetulan dapat tau yg Fiza ni dok kat Taman Medan... tak jauh ler tu dari tempat kerja aku... Bila Fiza pelawa ajak jumpa.. terus aku setuju tanpa banyak bicara.. Tak sangka juga yer.. walaupun jarang2 bersembang (aku jarang ke blog dia & dia pun jarang2 dtg ke fp ku) tapi akhirnya dpt juga jumpa...

Kami berjanji bertemu di Old Town White Coffee berhampiran ofis ku.... tak sampai 5 minit drive dah sampai..

18 Ogos 2009 (Tuesday)
Lunch dengan Fiza & anak pompuannya kat Old Town White Coffee, Sri Manja PJ..

Gambar tak banyak sangat sebab seronok bersembang... gambar makanan pun tak ambik...(segan kat Fiza sebenarnya ) 1 jam bertemu & bersembang.. dapat juga saling kenal mengenali.. Terima kasih Fiza kerana sudi jumpa dengan akak yer.. ada rezeki kita jumpa lagi..

Ok.. Tau Sar Piah ini pula projek yang dah agak lama juga buat ni... Tapi alhamdulillah.. sempat juga bagi Fiza merasa sikit.. selain tu dpt gak bagi jiranku & juga Sujah sorang sikit.. Teringin nak buat dah lama sangat2.. cuma kerajinan & masa aje yg tak mengizinkan.. akhirnya dpt gak buat walaupun tak secantik yg kawan2 lain buat Terima kasih kepada aunty Yochana kerana sudi berkongsi resepinya. Hasil & rasanya memang sebiji macam yang terjual dikedai2 runcit tu.. Aku memang sejak dulu suka sangat2 dengan kuih kacang atau tau sar piah ni.. Tak sangka dpt buat sendiri.. Sebenarnya kerajinan nak membuat tu sebab opis mate kat sini selalu sgt bwk kuih tu ke opis.. rasanya yg dibeli kat penang ke mana tahhh.. tp gerrrraammmmm coz aku takleh mkn sama sebab takut tak halal.. heheheeh...

Jom tengok resepinya Aku buat setengah adunan ajer.... sungguhlah leceh nak buat kuih ni... ambil masa & perlu kesabaran yg tinggi... hehehe.. tapi berbaloi sebab sedappp Thanks Aunty Yochana for the great recipes.. let me share this recipe with others Pada kawan2... minta maaf sebab resepinya dlm english... agak malas pulak nak translate

Quote:
TAU SAR PIAH
Sumber : Aunty Yochana

Ingredients:

Oily Dough
250 g Flour (ku tambah lagi tepong sebab doh agak lembik)
70 gm. shortening
70 gm. cooking oil (any brand of your choice)

Water dough:
500 g Flour (ini pun tambah gak lagi tepong sbb doh lembik tp tak sukat)
130 gm. Oil
130 gm. shortening
1 tsp. sugar
200 g water
1 tsp lemon juice (optional) (tak bubuh)


Filling :
200 gm. oil (utk goreng bawang)
18 shallots - thinly sliced , fried and crushed
330 g sugar
3 1/2 tsp salt
3 tsp white pepper (ku kurangkan ke 2 s/k je)
600 g mung beans (kacang hijau tanpa kulit)

Garnishing
3 Tbsp. Roasted white sesame seeds - slightly pounded (ku tak tumbuk pon)
1 egg yolk (tambah dengan 2 sudu kecil air & kacau2 sikit)

Step by step


Method
1. Soak the beans overnight, steamed until soft and mashed. (ku tambah 2 cawan air masa mengukus dah lembut aku kisar je guna blender)
2. Add sugar, salt & white pepper to the mashed beans.
3. Heat oil, fry the shallots till brown and crispy. Crush into pieces.
4. Pour in the bean mixture. Fry till mixture is dry. Leave it to cool completley and then roll into a 16 gm. ball. Divide filling into 100 pieces.
5. Mix Oily dough ingredients together. Rest for 20 mins. Divide into 100 pieces.
6. Mix Water Dough ingredients together. Rest for 20 mins. Divide into 100 pieces.
7. Wrap B around A. (sila rujuk gambar step by step) Flatten it and roll it like rolling a swiss roll. Flatten again and repeat rolling into a swiss roll or do a 3-fold.
8. Roll it flat and wrap with the filling .
9. Brush with egg glaze, sprinkle with sesame seeds.
10. Bake - 180C for 20 mins. or until golden.





Sebelum terlupa.. nak tepek gak gambar kuih tepong pelita yang jiran ku bagi mlm semalam sebab nak pulangkan piring kuihku ittew... kuih tepong pelita ni memang feberet aku.. kalau rajin bulan puasa ni bolehlah aku cuba buat pulakk.. Terima kasih Laily sebab bagi kuih tu kat kita yer...


SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net