Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 25-Aug-2009 06:59 Email | Share | Bookmark
Menu Berbuka Kami Yg Simple ~ 1 & 2 Ramadhan 1430

 
 
 
 
 
 
 
Salam buat semua..

Haru biru semalam tak dpt nak update n3 & tak dapat nak lawat kawan2..

Alhamdulillah.. hari ni dah masuk 4 hari kita berpuasa.. moga2... kita semua diberikan kesihatan yang baik agar dpt menghabiskan kewajiban kita yg satu ini..

Beberapa hari sebelum pulang ke Raub tempohari cik abang pegi ke pasaraya kurma kat Shah Alam kalau tak silap...katanya macam2 jenis kurma ada kat sana.. tapi dia beli 4 kotak jer utk stok bulan puasa.. 2 kotak nak bawak balik kampong.. Kalau abis nanti boleh pegi beli lagi..


Quote:
Ini pulak kuih2 frozen yang diorder oleh Amy hari Sabtu baru ni... Amy order 2 paket karipap, 1 paket donut & 1 paket cucur badak. Terima kasih Amy sebab sudi order kuih2 ni dari akak.. Minta maaf yer Amy kalau ada kekurangan dari segi rasa & kualiti kuih... al-maklum... buat kuih bulan puasa... harap2 lepas ni boleh diimprove kan lagi kuih2 akak tu terutama cucur badak & karipap tu...

Sebenarnya tak puas hati dengan kuih cucur badak tu.. sebabnya keledek yang dibeli agak lembik. Mulanya nak cari keledek kulit merah tu.. tp takde pulak kat kedai2 sekitar opis ni.. ada satu kedai tu.. ada tapi keledeknya dah kecut2 sangat.. memang dah tak cantik.. nak beli pun tak selera.. Sebenarnya aku dah cakap batalkan aje order cucur badak tu sebab takut tak sedap coz terlebih tepong.. Tapi Amy tanya nak juga.. Actually aku dah tambah tepong pulut dlm dohnya tu sebab taknak bagi keras.. so kuihnya tu takdelah keras.. cumanya.. kurang terasa keledek ajelahh.. Harap Amy tak serik yer berurusan ngan akak.. kalau ada apa2 nak komplen nanti sms akak InsyaAllah akak cuba buat yg lebih baik lagi.. hehehe..


Ok.. untuk kenang2an kami.. nak gak masukkan menu2 simple berbuka puasa kami sekeluarga.. Setakat ni tengah rajin lagi nak amik gambar.. hehehehe.. tak tau ler kot tengah2 puasa nanti dah malas pulak.. ni kalau orang tengok ni agaknya ada yg tergelak sebab menu2 buka puasa kami memang sempoi habisss.. takde lauk pauk yg grand2 pun.. tapi alhamdulillah.. yang penting kenyang & dapat berbuka bersama keluarga.. Setakat hari ni lom pernah singgah pasar Ramadhan (PaRam ~ pinjam perkataan Bro Jeff!) lagi nii.. mungkin tiba masa malas atau tak sempat nak godek kuih2 tu kena gak laa beli kuih kat PaRam
Quote:

Menu berbuka 1 Ramadhan. Awal2 tu sibuk siapkan karipap yg Amy order.. pastu gi anto lak.. tu masak sempoi bebenor.. hehehe.. Bubur lambuk (yang Sujah buat utk disedekah2kan pd orang ~ guna duit yang disedekahkan oleh orang ramai), ikan rebus goreng, stir fried mix vege with leek, opor ayam merah (lebihan sahur ), kurma, karipap (goreng yg difrozenkan tu.. ), milo ais & teh 'O'


Hari ke dua puasa pun menu sempoi gakk.. terasa malas sangat nak masak..
Quote:

Menu berbuka 2 Ramadhan, Bubur lambuk... ni memang anak2 suka ni.. (yang diambil kat surau dekat rumah), ikan goreng, ikan tumis halba, kangkong goreng cilipadi, kentang kari (lebihan inti karipap.. cik abang nak jdkan lauk ), cucur badak, karipap (goreng yg reject.. yg tak lawo tu), beka/beko pulut, kek coklat (Yg jiranku Laily bagi), kurma, sirap bandong & teh 'O'

Ok.. resepi2 sempoi untuk kali ni...

Quote:
OPOR AYAM MERAH
Sumber : Kosmo!
(Chef Azahari Hamzah ~ Restoran The Spread, The Gardens Hotel & Residences, Kuala Lumpur)

Bahan2 (resepi yg diberi dlm gram yer.. tapi aku tak timbang pun.. main agak2 jer)
1 ekor ayam
1 biji kelapa (ambil santan)
250 gm kerisik
Garam secukup rasa

Bahan Giling (aku kisar jer)
150 gm serai
150 gm halia
120 gm lengkuas
200 gm bawang merah
120 gm bawang putih
200 gm buah keras
100 gm jintan manis
100 gm jintan putih
100 gm ketumbar
180 gm cili kering
250 gm air
150 gm minyak masak

Bahan2 hiasan (tak letak pon)
3 biji cili hijau ~ belah 2
3 biji cili merah ~ belah 2
1 biji tomato ~ belah 6
200 gm kacang pis
1 biji bawang bear ~ hiris bulat

Cara2 Menyediakan
1. Potong ayam & bersihkan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan kesemua bahan giling hingga naik bau.
3. Masukkan ayam, kerisik & santan.
4. Masukkan sedikit air dan gaul hingga sebati.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Pekatkan sedikit kuahnya dan bolehlah dihidangkan.
7. Taburkan bahan hiasan ke atas masakan tadi (tak tabur apa2 pun..)


Sayur sempoi kami..

Quote:
STIR FRIED MIX VEGE WITH LEEK

3 ulas bawang putih ~ di ketuk & cincang
½ tin cendawan butang ~ hiris2
½ biji cauliflower ~ potong kecik
1 biji carrot ~ potong ikut suka
3 batang leek ~ potong ikut suka
20 ekor udang kasar ~ buangkan kepala & bersihkan
Minyak utk menumis
Garam secukup rasa
3 ~ 4 renjisan minyak bijan

Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan minyak bijan.
3. masukkan udang, kacau2 masukkan semua sayur2.. Kacau hingga sayur layu.. Rasakan apa yg kurang boleh tambah. Dah siap!


Terasa pula nak makan beka pulut atau orang Kelantan panggil beko Lama sungguh tak jumpa.. tahun lepas ada gak nampak kat PaRam.. kalau luar bulan puasa jangan harap nak jumpa.. aku pun cubalah bereksperimen kejap aje dah siap.. mudah banget sehh..

Quote:
BEKA / BEKO PULUT
Sumber : Alaf21 ~ Chef Norz (TQ kak Lina )

150 g tepung pulut
80 g gula pasir
80 g kelapa parut putih
1 biji telur, dipukul sedikit
75-80 ml air
sed garam
minyak/marjerin untuk melengser

Gaul tepung, garam dengan kelapa parut. Masukkan air, telur dan gula. Kacau sebati. Panaskan acuan bahulu di atas api perlahan, (acuan bahulu takde.. MaDiha guna acuan kuih cara jer) lengserkan dengan minyak/marjerin. Sudukan adunan tadi hingga penuh dan tutup acuan dengan kemas. . Biar selama 3-4 min atau hingga masak. Bila bahagian bawahnya keperangan, bolehlah diangkat.

Nota: Pastikan acuan betul-betul panas baru dilengser. Jika tidak, kuih akan melekat.
Apa yang MaDiHa buat.. masa bakar tu tak tutup acuan dia (penutupnya mmg takde).. tapi angkat dari dapur & sambung bakar dalam oven..suhu 170C guna api atas bawah dlm 3 minit tukar ke api atas sahaja biar hingga masak & bolehlah diangkat.


Itu sajer untuk hari ni.. selamat berpuasa semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net