Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 26-Aug-2009 01:46 Email | Share | Bookmark
Menu Berbuka Kami Yang Simple ~ 3 & 4 Ramadhan 1430

 
 
 
 
 
 
Salam Ramadhan buat semua...

Arini takleh celoteh lebih2.. bz.... (bz bz pun sibuk gak nak update FP )

Menu berbuka 3 Ramadhan yg agak kelam kabut menyediakan.. amik gambar pun org dah berbuka.. mujur hubby tak bising sebab dia dah faham sangat dah ngan hobi tegar wife dia ni..

Rezeki kami hari tu.. bubur lambuk, kari ayam + kentang, kobis + brokoli goreng, red rubbies & panaskan cucur badak yg tak abis semalam.. selain tu kurma, air sirap bandung & teh 'O' utk hubby

Menu berbuka 4 Ramadahan.. lepas sahur sempat godek krim puff.. balik kije tinggal wat kastardnya ajer..

Rezeki kami semalam... hanya ini yg sempat masak.. ikan goreng kunyit berlada (tu yg itam jer warnanya), tofu + cendawan sos tiram, nasi goreng, krim puff, kurma, milo ais & teh 'O' Sate pulak dibeli ajer permintaan abang Haziq... beli pun 30 cucuk ajer.. itupun tak abis pun..

Resepi yg disertakan hari ni..

Quote:
TOFU & CENDAWAN SOS TIRAM

Bahan2
3 ketul tofu telur
1 cawan isi ayam ~ didadu
1 paket cendawan
1 biji cili capsicum hijau yg kecik
4 ulas bawang putih ~ tumbuk
1 biji bawang besar ~ mayang
3 sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos ikan
½ sudu besar serbuk tumix
sedikittttttt saja garam
1 sudu kecil tepong jagung ~ dibancuh dalam 1 ½ cawan air
sikit minyak

Cara2
1. Panaskan minyak & goreng tofu yg dipotong (tebalnya ikut suka). Bila nampak perang2 sikit angkat & toskan.
2. Kurangkan sedikit minyak yg ada tadi. Tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan ayam & bawang besar & biar hingga ayam masak & bertukar warna.
3. Masukkan air bancuhan tepong jagung, cendawan, sos tiram, sos ikan, serbuk tumix & sedikitttttt saja garam. Kacau2 bila pekat dan mesra.
4. Bila agak pekat masukkan cili capsicum & tofu tadi.. balik2kan & boleh dah angkat & hidang.


Quote:
CREAM PUFF / KRIM PAF
Sumber : Chef Alex Goh copy dari Mat Gebu (TQ Mat!)

Bahan Cream Puff / Pastri Choux
100 g mentega
250 ml air
½ camca teh garam
150 g tepung gandum, diayak
3 biji telur gred A

Cara membuatnya
1. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.
2. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.
3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.
4. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentuk siput/spiral atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.
5. Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit puff (jangan sampai putus) dan bolehlah paipkan kastad di tengah2nya. Sedia dihidangkan.

Bahan-bahan Kastard:
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung castard
4 sudu makan gula
1 cwn (250ml) susu segar
1 biji telur
1 sudu makan mentega

Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan2 di atas kecuali mentega. Kacau rata menggunakan whisker.
2. Jerang atas dapur dengan api yg perlahan dan masak sambil dikacau2 sentiasa sehingga kastad nampak pekat.
3. Tutup api & masukkan mentega dan kacau2 lagi.
4. Biar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.


Seterusnya.. resepi yang telah lama teringin nak cuba.. baru kali ni kesampaian.. resepi di ambil dari FP Aliza... TQ Aliza.. sorry sebab tak sempat nak translate ke bahasa...

Quote:
RED RUBIES
Sumber : Aliza Mansur

you need:
1 cup diced water chestnuts (sengkuang cina) (MaDiHaA used 2 cups)
Red colouring
½ cup tapioca starch (or corn flour)
¾ cup all-purpose flour
5 cups water
Crushed ice


Sweet coconut milk:
½ cup sugar
¾ cup water
¾ cup thick coconut milk
A tiny pinch of salt

how to:
Sprinkle water chestnut with a few drops of red colouring and toss until equally coated a bright red (hence the name “red” rubies). Combine the two types of flour and toss in the chestnuts to ensure all are thoroughly, and evenly coated. Shake off the excess flour.

Bring water to the boil and boil the chestnuts for about 3 mins, then immediately scoop out and plunge into ICE COLD water (MAKE SURE A LARGE BOWL OF ICED WATER IS NEAR YOU). Drain and set aside.

To make the sweet coconut milk, boil the sugar and water until sugar is totally dissolved. Slowly add in the coconut milk and salt and heat, not boiling, for a few minutes. Set aside to cool.

To serve, put some rubies in a bowl and add the sweet coconut milk over with some crushed ice. Popular additional garnishes include thin slices of jackfruit or pieces of young coconut.


Itu saja untuk hari ini... selamat berpuasa


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net