Want your
own Fotopage?






















































 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 1-Sep-2009 00:54 Email | Share | Bookmark
Menu Berbuka Kami 5, 6 & 7 Ramadhan 1430

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam...

Rasa macam dah lama benor tak update.. apa taknya.. minggu lepas cuti panjang.. hehe.. apa2pun.. gambar2 yg diambil wajib kena tepek gak kat sini walaupun dah basi..

Ni karipap frozen yang tauke kedai tu order.. terkial2 bawak pagi tadi dengan sebelah tangan dukung dak Alin.. hanya sempat buat 10 peket jer.. kalau ikutkan dia mintak lebih.. Sujah pun tak berapa sempat nak buat sebab sibuk buat bubur lambuk.. Sujah suruh aku wat sikit.. dia wat sikit.. tapi aku pun tak sempat buat banyak coz banyak sangat acara minggu lepas..


Hari Rabu minggu lepas tok sedara aku ada datang KL sebab dia nak buat follow up check up kat IJN. Dah lepas settle semua.. petang tu dia cadang nak dtg umah aku.. selalunya dia tidor umah Sujah.. tapi kebetulan Sujah takde coz balik Muar.. so aku ler yg amik alih layan tok.. tok datang ngan anak lelaki dia Arifin (takde dlm gambar coz dia malu taknak bergambar) Siap aku amik half day aritu sebab takut tak sempat masak2 utk berbuka.. takat famili kami jer tak kisah nak masak apa pun.. ni ada tamu kenalah special sikit.. ahakkss.. takdelah special sgt pun.. cuma kenalah masak lebih sikit kan..

Bergambar kenangan dengan tok sedara belah arwah ayah (Tok Fatimah). Inilah satu2nya tok aku yang tinggal.. tok betul dah lama meninggal dunia.. Tok Fatimah ni adik dia.. muka dia memang saling tak tumpah macam tok aku tu.. walaupun tok sedara tapi aku ngan dia memang rapat jugalah.. cuma jarang2 jumpa jer.. kalau dah jumpa memang tak berenti bersembang..


Ni menu berbuka 5 Ramadhan menjamu tetamu yang datang...

Yang sempat aku masakkan untuk tok & pak sedara sepupu aku tu... ayam percik, kacang panjang goreng + hati, udang goreng kunyit, ikan masin, koleh kacang & puding tembikai. Badak berendam tu.. jiran sebelah rumah pengasuh yang bagi... kuih dia berniaga.. dia cakap coz aku selalu gak bagi kuih2 kat dia.. so dia bagi free kat aku masa aku gi jemput Haziq ngan Alin masa aku half day aritu... masa tu dia tengah siapkan kuih kat rumah dia...

Closed up sikit..

Koleh kacang tu memang aku punya feberet.. kalau nampak kat PaRam sure aku beli.. tapi kadang tak puas hati sebab tak sedap.. dah tu mahal lak tu.. buat seloyang aritu.. puas mkn berhari2 dpt makan coz org lain tak suka sangat kuih tuu... tapi aku tak kisah coz mmg tu kuih kegemaran aku.. dpt gak bg kat Laily sikit kuih koleh ngan puding tembikai tu.. puding tembikai tu saja nak cuba2 buat.. tak berapa jadi sangat..

Ni pulak menu berbuka 6 Ramadhan.. Hari tu aku pun amik cuti gak sebab gi shopping baju raya anak2 kat Klang.. ajak sekali tok ngan pakcik aku tu sebelum gi anto diaorang kat rumah sujah (Sujah sampai rumah dari Muar dekat kul 3 pagi tu kot).. mula2 kesian gak kat tok sebab takut dia penat nunggu kitorang shopping.. tp dah tok nak ikut kami bawa jelah... tp mmg kesian gaklaa sebab berjalan takleh makan2.. bulan puasa le katakan.. So balik dari Klang terus gi anto tok.. balik tu singgah beli air kelapa, air cendol dgn roti john.. sampai rumah masak le sempoi2 je sebab ada lagi lauk yg tak abis.. ayam percik semalam tu buat sekor luak setengah jer.. dah wat sahur pun ada belen lagi.. so panaskan lagi utk berbuka petang tu..

Rezeki kami 6 Ramadhan.. bubur lambuk yg amik rumah sujah, sup sawi + telur, ikan goreng, ayam percik (lebih semalam), ikan masin, kurma, roti john (beli) & koleh kacang (lebih semalam). Air kelapa, cendol & teh 'O' wajib utk mr. hubby..

7 Ramadhan ni (Jumaat) aku cuti gak lagi.. tapi cuti sebab aku terkurung takleh nak buka grill rumah.. alkisah.. masa balik dari shopping kat Klang tu hubby nak balik rumah dulu sebab dia nak tidor coz dia kan baru balik dari kerja malam pagi tu.. so dah petang pun.. tak tidor kang macamana nak kerja mlm tu.. so dia pun berenti ler kat ujung Jln Klang Lama opposite bangunan Bali tu.. dia dah keluarkan kunci2 rumah pd kunci kereta tu.. so dia just melintas jelah bwh jambatan (LDP) tu nak blik rumah.. yang aku kenalah take over drive utk anto tok ke rumah Sujah.. sebelum tu gi amik budak2 dulu coz aku tak bawak Haziq ngan Alin gi shopping.. tu yg keesokkannya tu aku takleh nak keluar rumah sebab hubby lupa nak letak balik kunci rumah kat kunci kereta tu... dah la handphone dia pun tertinggal mlm tu.. aku call kawan dia pagi tu.. kawan dia ckp dia dah pegi airport hantar staff Myanmar tu nak blik Myanmar.. so memang takleh nak contact ler hubby kat mana dia letak kunci rumah.. makanya aku pun call ler boss ambil emergency leave... tukar semula baju pakai baju biasa.. hehe.. tu yg sempat masak sup ekor tu... bukan main lama merebusnya tuu.. jom tengok apa rezeki hari tu...

Walaupun cuti.. tp masak takdelah byk pon.. sebab aku sibuk wat karipap frozen.. ni jer yg aku sempat masak.. sup ekor, telur dadar, bubur lambuk (ambik lebih semalam simpan peti ais.. just panaskan je), ikan masin, koleh kacang (belen terakhir ) & cucur badak (goreng yg frozen), yogurt & minum pulak air mangga & teh 'O'.

Aduuu.. letih gak buat laporan ni yekk.. mujur ada gambar so takdelah yg tertinggal..
Jom tengok resepi lak yer.. sorry sebab masukkan sekali gus coz kalau simpan2 kang mcm tak fresh lak nak masukkan dlm FP... sebab edisi bulan puasa ni kena habiskan terus.. takleh simpan2 gambarnya..

Quote:
KOLEH KACANG
Sumber : Lynn Sham copy dari FP Zira (TQ Lynn... sedap sangat! Tapi maaf ye coz akak dah edit sikit cara2 dia tu.. Zira lak.. kemanalah peginya adik kita ni yer.. dah lama sepi dari dunia FP )

Bahan A
3 cawan pati santan
1 helai daun pandan (tak letak pun)
sedikit garam

Bahan B
300 gm tepung kacang hijau
4 cawan air (letak 3 ½ cwn je.. coz ½ cwn lagi dah tambah dlm air gula)

Bahan C
450 gm gula merah (letak 400 gm je.. just nice kat tekakku.. tp hubby ckp maniss!!)
½ cawan air (ku guna 1 cawan)

Bahan D
1 ½ cawan pati santan
Garam

Cara menyediakannya
1. Gaul bahan B dan biarkan sekurang-kurangnya 2 jam. Seelok-eloknya semalaman. (MaDiHaA tak perap pun.. masak terus lepas bancuh)
2. Masak bahan C hingga gula larut, tapis dan biarkan sejuk. (tak tunggu sejuk.. terus bancuh)
3. Masak bahan D hingga menjadi tahi (ada perkataan yang lebih sopan tak?) minyak. Ketepikan. (boleh masak tahi minyak sambil2 bancuh adunan.. coz tak perlu kacau sgt pun santannya)
4. Campurkan bahan A, B dan C. Gaul rata.
5. Masak atas api sederhana sambil sentiasa dikacau selama 15 - 20 minit atau hingga nampak agak berminyak.
6. Setelah masak, tuang ke dalam loyang.
7. Taburkan tahi minyak di atas kuih dan biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.




Quote:
PUDING TEMBIKAI/ SEMANGKA
Sumber : My Resepi (maaf dah lama simpan lupa siapa empunya resepi.. apa2pun t.kasih byk2 utk resepi ni yer..)

Bahan2
1 bungkus agar2 strip (25 gm/ 30 gm)
2.5 cawan gula pasir/ ikut manis (MaDiHaA guna 1 ½ cwn jer.. pun dah manis bebenor dah)
6 cawan air
4 biji putih telur
pewarna hijau - utk kulit
pewarna merah/kuning - utk isi
sedikit kismis hitam - utk biji
sedikit esen rose (optional) (MaDiHaA masukkan esen vanilla)

Cara Menyediakan
1. Pukul putih telur hingga kembang/meringue (diterbalikkan tak tumpah)
2. Sementara itu, masak agar2 bersama gula dan air sehingga agar2 larut.Masuk esen rose jika suka. (MaDiHaA masak agar2 hingga larut semua baru masukkan gula & esen.
3. Tapis agar2 ke dlm putih telur dan pukul lagi hingga hampir2 sejuk. (kena pukul agak lama gak ni..)
4. Tuangkan ke dlm bekas bulat. Taruhkan sedikit pewarna merah/kuning ditengah agar2. (dapat 2 mangkuk sedang.. so boleh buat dua warna)
5. Kacau dgn chopstick/lidi sate sehingga warna serata TAPI jangan kacau sehingga terkena dasar bekas.
6. Letakkan kismis di permukaan agar2 tadi dan masukkan dlm fridge. (boleh tolak sikit kismis2 kat permukaan tu biar termasuk sikit dlm agar2 td.. pastu tabur lagi kismis di permukaannya.)
7. Bila agar2 dah sejuk, keluarkan dr bekas dan terbalikkan lalu disapu pewarna hijau sbg kulit.
8. Potong dan hidangkan.


Alhamdulillah.. tok suka puding tembikai ni.. dia ckp kat Trengganu ada gak jual.. sepotong seringgit uu......


Dan ini resepi last untuk hari ni yg dibuat Jumaat lepas.. Resepi dari Chef Wan.. rupanya Meen pun dah buat gak sup ni.. memang betul ler kata Meen.. patut ler Chef Wan boleh kaya raya sebab dia memang pandai mencipta resepi2 sedap.. sup merah ni memang sesuai juga buat cicah ngan roti.. tapi aku sama gak ler mcm Meen.. wt makan ngan nasi jer.. TQ Chef Wan (kena gak ucap TQ walaupun Chef Wan tak masuk FP aku ni )

Resepi ni ditaip semula oleh Zaiy.. TQ Zaiy kerana rajin taip & kongsikan resepi yg sedap ni yer.. Tapi aku copy dari FP Mamasya.. TQ Mamasya.. Dah lama simpan.. dok cari2 ekor payah benor nak jumpa.. aritu hubby nampak kat pasar PJ terus dia beli sebab aku dah lama pesan..

Quote:
SUP (MERAH) EKOR LEMBU
Sumber : Chef Wan (copy dari Zaiy & Mamasya)

Bahan-bahan:
125 ml / 1/2 cwn minyak
500g ekor lembu, dibersihkan & dipotong2
1 1/2 sb puri tomato - letak lebih sket
1.5 liter / 6 cwn air - air ditambah sbb ekor lambat empuk
1 btg karot - didadu kasar
2 btg saderi - didadu (tak letak)
1 biji kentang - didadu kasar
garam secukup rasa
lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar - dihiris2- ganti ngan daun sup & daun bawang
bawang goreng

Rempah Tumis
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2
1 cm halia
2 sb ketumbar*
1 sb jintan putih*
1 sb jintan manis*
(resepi asal suruh tumbuk bahan2 bertanda * tu.. tapi MaDiHaA nak cepat.. masuk blender terus sekali ngan bawang2 tu)

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan. (tak tumis pun ekor.. tapi direbus berasingan terlebih dulu hingga empuk... hampir 2 jam lebih gak rebus sebab ekor lambat nak empuk)
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam. (kalau ekor belum empuk jangan masukkan kentang & karot dulu.. takut hancur pulak nak tunggu ekor empuk... letak bila ekor dah hampir2 lembut)
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.


Sekian saja untuk kali ni.. selamat menjamu mata & selamat berpuasa...

Ermmmmm....Cedapnyerrr!!!! Tue 1-Sep-2009 01:36
Posted by:Ummi Raudhah  - [Link]
memang sedap ni Ma, kalau ade
jual beli saje- nak buat huuuuuuh
malaaaaaaaaaaaaaaaaaaasnya-
sabojelah..................
Tue 1-Sep-2009 02:03
Posted by:sitihawa sitihawamohamad@yahoo.com  - [Link]
Akak...Tyha dah 3 kali try buat menda ni x menjadi...tension betul.Mesti kelaur dua lapis bila keras. Tue 1-Sep-2009 02:14
Posted by:Tyha  - [Link]
mak aiii...pya la rajin wat agar2 nih....fuhhh.....aku penah tgk kwn aku buat....lecehnyerrr...bagai2 kaler nak kene buat aku mmg x rajin Tue 1-Sep-2009 02:17
Posted by:jasmeen armadean@gmail.com  - [Link]
Selamat menyambut ulang tahun hari kemerdekaan. Tue 1-Sep-2009 02:43
Posted by:nadira  - [Link]
kak, cerita la skit macam mana buatnya ni... Tue 1-Sep-2009 02:48
Posted by:lee lin  - [Link]
nih tembikai merah ker pink..
aku taknak belilah tembikai cam nih rugi ooo kulit dia tebal isi skit...
jgn marah2 gurau di pagi ini...
apa2 pon tabik spring la..boleh buat benda nih..aku jgn harap la..mls hgahahah...
Tue 1-Sep-2009 03:05
Posted by:anir  - [Link]
terliur plak tgk puding tembikai ni
payah ke nak buat
madiha bagi la resepi
rasanya mcm nak buat utk raya nanti
bagi email@ym nak cntac
Tue 1-Sep-2009 03:25
Posted by:weeputri
rajin kmadiha ni.... Tue 1-Sep-2009 04:15
Posted by:bungamekar  - [Link]
Banyaknya juadah utk berbuka ......rajin tul k.madiha ni... Tue 1-Sep-2009 04:44
Posted by:suhaila zakaria ell_2401@yahoo.com  - [Link]
bila nak siap update ni dah 2 kali masuk ni Tue 1-Sep-2009 04:59
Posted by:ida  - [Link]
tengok puding tu nak buat mcm leceh je lagipun bukan suka sangat puding yg bueh2 ni.so layan gambor ajelah.sup...sup ..teringat sup yg kita wat....tp ikut versi kak meen dah tu ibu tak mkn pun abah yg byk mknnya
koleh kacang tu sedapnya tp nape lain mcm aje resepi dia tak sama mcm mama kita wat agaknya lagi sedap kot nanti klu dah dtg angin rajin nak mengacau kita wat lah.

>>>biskut tu saje gatal nak cuba mcm2 jenis tapi rasanya satu hari raya dah abis sebab sikit sangat satu adunan mana nak wat balik Dungun lagi mana nak tinggal kat umah lagi(mcm kat umah ni mkn sangat)

n3 buka posa umah sujah update esok ke
Tue 1-Sep-2009 06:05
Posted by:ida  - [Link]
Banyaknye juadah..dah tak tahu nak comm kat mana dulu ni..semua best2 tgk..tabik la kat madiha..sebab proses nak buat puding, koleh, sup tu bukannye simple...dgn anak baby Alin lagi...hai..memang rajin dan cekap le. Tue 1-Sep-2009 06:21
Posted by:amal5041 amalhayati68@gmail.com  - [Link]
akak,kemain lg ha menu2 akak
hari2 akak masak sesedap yer..bestnye!!
sronok tol masuk sini..mesti hidangan tak mengecewakan
untuk pemeli akak..heheheee

re:
haa tu la dio kak namo beluluk dan kabung
sama2 spesis cume ejaan berlainan
wakakaaa orang negori pggl beluluk
Tue 1-Sep-2009 07:13
Posted by:KELOPAKBELULUK rinnafazza@yahoo.com  - [Link]
cantik puding tembikai tu...lebihan putih telur wat biskut boleh le maklang wat puding ni lak... Tue 1-Sep-2009 07:38
Posted by:mklang
Fuhyo! Banyaknye lauk pauk!!! Kecur liur tgk skrg... Tue 1-Sep-2009 08:15
Posted by:Yusuf Arifianshah  - [Link]
takjubnya tgk puding tumikai tu...cam susah je...
anyway..sumer menu kak madiha mmg best..walaupon akak kata sempoi..
Tue 1-Sep-2009 09:19
Posted by:umieaisyah  - [Link]
Kena kunci punya fasal boleh makan sup ekor. Blessing in disguise
Lain kali nak makan sup ekor lagi kasi kunci lagi
Tue 1-Sep-2009 10:11
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
byknye menu kak
sedap2 je lauk hari2
tp yg best sup ekor tu ....
lama x mkn...
Tue 1-Sep-2009 10:46
Posted by:nuanza  - [Link]
rajinnya kak Ma masak bermcm2 menu ni.....
siap ada puding tembikai ngan koleh kacang lg........
sup ekor chef wan pn ada........
seronoknya kalo dpt berbuka kt umah kak Ma ni.......
Tue 1-Sep-2009 15:37
Posted by:baayah  - [Link]
arghhhhhhh sok nk g cari ekor lembu lah msk sup cam akk ni...nmpk sedap niii Tue 1-Sep-2009 16:36
Posted by:madamct@sitione  - [Link]
kalau gini punya menu buka posa
berbagai warna
pelbagai rasa
memacam rupa

mesti aku selalu mai sini.....telan air liur jer laaa...

(note : aku plak nak ucap BRAVO dan TAHNIAh pada pencipta puding tembikai tu....sungguh kreatif dan otak geliga.....tabik SPRINGGGGGG )
Tue 1-Sep-2009 19:42
Posted by:salleharon@starbucks salleh@starbucks.com.my  - [Link]
baru nak mintak suruh buatkan puding tembikai tu... last ada resepi laks... nampak gaya cam suruh buat sendiri je nie.. Wed 2-Sep-2009 00:14
Posted by:watie  - [Link]
Wah memang lama sungguh lah along cuti kirenye... Sambung lak cuti merdeka... Ada gak hikmah tak leh kuar umah tu.. ape lagi dapat cuti panjanglah... Dh lame tak makan puding buih.. Wed 2-Sep-2009 00:14
Posted by:bie
Koleh kacang dan puding tembikai..tu mengacamlah.....
Lauk pauk pun macam2..seronoknya makan bila berbuka
Shopping kat Klang ya....dah ada baju rayalah nie...mesti budak2 tu happy....
Wed 2-Sep-2009 00:47
Posted by:yatie yatizol@yahoo.com  - [Link]
yaaa....lapuran terperinci dah kuar...sebijik majalah 3 tau... kelezzzz kau ...
>>sori ler...aku kalo kt kg, hp mmg x pandang....so kalo ada msg masuk tu, mmg berejam ler org tggu akunyer reply...
Wed 2-Sep-2009 01:38
Posted by:jasmeen armadean@gmail.com  - [Link]
ayam percik juadah rasmi bulan posa....menyelirakan.... suka kuih kole tu....mkn dgn taik minyak tu yg buat sedap
cantik puding tembikai MaDiha.....dah buat sebelum..entah bila nak rajin buat lagi....
sup ekor hari tupun punyalah lama rebus.....tp bila dah mkn berbaloi gak lama2 rebus sbb sedap.....
Wed 2-Sep-2009 01:52
Posted by:Mamasya  - [Link]
kak oiii brkeriuk perut sy mnjamu mata dgn menu2 brbuka akak nie....sdap2 belaka.....

syoknya, siap apply cuti pi sopink....
tkdela bersesak2 sgt kn kak...smua dh siap beli lah nie ye....
Wed 2-Sep-2009 02:43
Posted by:nurul  - [Link]
sedapnya lauk2 n masakan madiha yg lain. rajin sgt la u ni.
i suka mkn sup ekor tp x kesampaian nak masak.lama sgt masak tu yg malas.
tiap kali mkn kt kedai sup ekor pasti tak tertinggal.
boleh x nak order karipap n donat. anak i suka sgt.
Wed 2-Sep-2009 03:14
Posted by:weeputri weejeezee@gmail.com
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...tangkap leleh tgk
menu2 akak nie.....keriak keriuk perut lieya dibuatnye
keh keh keh ...

kak, tgk kole kacang tu tingat mak lieya...mmg peberet
die tu...tiap2 hari sure beli singgit...hihihi

cantik la kak tembikai akak tu....mesti lembut jek
tu kan...nak sepiring kak....he he hehe
Wed 2-Sep-2009 03:32
Posted by:lieya *mama damia & mirza* lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
salam kak..nak tanya..berapa harga sepeket food frozen yg akk jual tu? kalau dh oder nk pi ambik kt mana? saya keje area bandar sunway kat sunway prymid ni.. nnti akk bg no hp akk ..apa2 akk hantar kt email saya.. fp saya dh lama x update Wed 2-Sep-2009 04:01
Posted by:shariza mamanurin2002@yahoo.com  - [Link]
salam madiha, wah menu simple simple pun mengacam betul, nie masak semua yer...rajin betul dan sempat plak tuh...koleh kacang tu fav kiter jugak tapi tak pernah try buat lagi. Beli sure tak sedap kan, buat sakit hati ajer.... Wed 2-Sep-2009 05:23
Posted by:aima rizaima@yahoo.com  - [Link]
banyak dan nampak menyelerakan sekali menu madiha..walaupun kekalutan dengan alin masih sempat lagi dengan hidangan2 yang marbeles....psttttt agar2 tembikai tu yang paling tak tahan tengok.......teringat masa dulu2 mak selalu buat agar ni taim bulan puasa, selang 2-3 hari mesti buat sebab kami adik berdik cukup suka dengan pencuci mulut yang stu ni.....macam2 warna tembikai yang keluar masa tu......pun permintaan dari anak2 dia yang nak kaler tembikai lain dari yang lain Wed 2-Sep-2009 05:40
Posted by:Haniss  - [Link]
mlm tu nak abik tapau nanti ada lak yg kempunan tu pasal bila sujah suruh bungkus saya ckp byk2 sape nak mkn.lagipun memang byk nasi yg sujah bagi tu.dah siap edit ke lum tak sabor nak tengok n3 tu Wed 2-Sep-2009 06:47
Posted by:ida  - [Link]
AMBOIIIII SEDAPNYER NAMPAK SUP EKOR TU..... ISH ISH ISH.... NAFSU MAKAN KU YANG MEMBUAK2 NI... WAKAKAKAKAKA..... TAPI APE PUN... SUP EKOR TU NAMPAK BEST SANGAT.... SODAP NYER....... ISH ISH ISH....... (naik tanduk dah ni) Wed 2-Sep-2009 07:10
Posted by:jassnani jassnani@yahoo.com.my  - [Link]
makk aii yg simple nih laa mikin ati tak tahan kak oiii...haduuu banyak jam lagi nak buka nih uuuhuhuhuh Wed 2-Sep-2009 07:26
Posted by:unnamed
kecur liur tgk koleh kacang tu Wed 2-Sep-2009 07:33
Posted by:FarEast  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.