Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 3-Sep-2009 08:26 Email | Share | Bookmark
Buka Puasa kat rumah Sujah & Besday Kakak Dini ke 9 tahun

 
 
 
 
 
 
 
Salam semua...

Ahad lepas bersamaan 9 Ramadhan.. Sujah ku buat majlis buka puasa.. bukanlah majlis besar2an sangat pun.. just meraikan kawan2 anaknya Syikin yg belajar kat UiTM Shah Alam tu.. Kawan2 Ikin yg rata2 dtg dari jauh ada yg tak dapat balik kampong berbuka bersama keluarga.. Jadi.. Ikin pun jemputlah kawan2 rapatnya dtg berbuka kat rumahnya malam tu... at least dpt gak kawan2nya merasa berbuka bersama keluarga walaupun bukan keluarga sendiri.. selain tu.. Sujah jemputlah sekali anak2 sedara dia yg dok dekat2 dengan dia spt Bie, Ida & termasuk la aku...

Sebenarnya.. 23hb Ogos lepas adalah besday kakak Dini yg ke 9 tahun.. oleh kerana bulan puasa.. takdelah buat apa2 sambutan pun.. nak ajak tamu datang berbuka kat rumah sekali wt besday kakak Dini pun.. ibu dia tak sanggup sebab ada si kecik tu.. memang aku tak boleh nak concentrate nanti kat dapur.. kejap2 nak kena jenguk Alin.. tu yang aku tumpang aje sambut besday kakak Dini kat rumah tokcu dia mlm tu... sempatlah buat kek besday kakak Dini.. Kakak Dini mintak kek strawberry... aku ikut jelah permintaan dia...

Jomlah layan gambar yer.. majlis ni buat ala buffet jer kat luar depan rumah tokcu/sujah.. yg nampak mcm2 barang tu sebab tokcu skrg dah tak niaga.. so kdg2 dok buat katering masak2.. bulan puasa ni tokcu buat bubur lambuk permintaan orang ramai mintak buatkan guna duit org ramai gak la... coz masjid berdekatan takde wat bubur lambuk tahun ni.. so tokcu dengan sukarela yg buat.. tu yg nampak mcm2 barang2 kat luar rumah tokcu tu.. coz dia masak2 pun kat depan tulaah... K lahh.. layanlah gambar2 yg ada ni.. tak byk sgt gambar pun...

Antara tetamu2 yang hadir...
(maaf yer sebab photobucket wat perangai balik... so tengok jelah dulu gambar2 yg kecik ni yer nanti photobucket elok ler balik tu... tunggu jelaahh.. )



Menu malam tu.. tuan rumah masak nasi ayam.. kami anak2 sedaranya bwklah sikit2 apa2 yg patut.. Ida bawak dadih, keria & popia (permintaan aku nih.. nk buat sendiri tak sempat sibuk deko kek.. TQ da..), Bie bawak tembikai.. aku pulak.. just sempat buat bingka suji jer pastu masak gulai asrong sikit coz asrongnya mmg dah tinggal sikit jer stoknyer.. permintaan ida.. mcm org peknen lak tingin nak mkn gulai asrong.. mmg kalau dah rasa sekali sure teringin nak lagi dan lagi dan lagi.. (xde dlm gambar coz sorok kat dapur.. ).. kuih2 lain xdan dah nak godek sebab sibuk buat kek.. takperlah.. kek tu pun boleh jdkan dessert juga kann..



Lepas berbuka.. raikanlah besday kakak Dini.. nyanyi2 sikit bagi meriah.. kakak Dini dah komplen sebab asal besday dia jer ibu sambut family2 sendiri jer takde org lain.. kalau adik Haziq ibu jemput org dtg rumah.. yelah kakak Dini kan dah besar.... adik kecik lagi.. hehehee.. oklah kali ni bukan kata ada tokcu, cekde ngan cekngah.. siap ada kawan2 autie Ikin, tokma, poksu & cik abby sekali...



Adik Haziq yg excited meniup lilin tu.. tak sempat ibu nak amik gambor lilin dah padam semua.. terpaksa buat siaran ulangan



Ini kek dlm proses mendeko.. bersememeh.. almaklum.. deko kek setahun sekali



Resepi ni aku ambil dari blog kak Ummi Zaihadi... Kak Ummi pula ambil dari blog Cik Mat Gebu.. so ucapan terima kasih buat ke dua2nya yer...

Quote:
KEK STRAWBERRY
Sumber : Mat Gebu Blog copy dari Ummi Zaihadi (TQ kedua2nya!!)


Bahan:- (loyang bulat 8 inci ~ MaDiHaA buat 1 ½ adunan untuk loyang bulat 9 inci)
5 biji telor gred A
135 gm tepung gandum ) diayak bersama
1 camt. baking powder ) sebanyak 3x
75 ml minyak jagung/sayur
160 gm gula halus
15 gm ovalette
2 camb. susu segar
1 camt. strawberry emulco/paste

Bahan Lain:-
Krim putar (whipping cream) secukupnya.
Strawberry Filling
Chocolate Curls
Strawberry segar secukupnya
Chocolate rice secukupnya

Cara Membuat:-
1. Panaskan oven 175C dan lenser loyang dengan butter dan alas dengan baking sheet (Guna kertas minyak je). (MaDiHaA panaskan oven setelah adunan dimasukkan tepong)
2. Tuang gula halus dan ovalette dalam mixing bowl, putar biar sekata dan mesra. (MaDiHaA masukkan telur terus baru putar sekali)
3. Masukkan kesemua 5 biji telor dan putar pada kelajuan tinggi hingga benar2 kembang dan kental seperti adunan bauhulu.
4. Masukkan strawberry emulco dan putar sebati.
5. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit-sedikit.
6. Tuang susu segar dan putar rata.
7. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata.
8. Tuang dalam tin dan bakar selama 25 - 30 minit. Keluarkan serta-merta dari oven dan terbalikkan atas jaringan. Biar sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik.
9. Bila kek telah sejuk, keluarkan tin. Potong kek kepada 3 bahagian.
10. Letak 1 keping (bahagian bawah kek) atas papan kek dan sapu dengan krim putar dan letak strawberry filling. Tindihkan pula dengan satu keping lagi (bahagian tengah) dan ulangi proses sama. 11. Akhir sekali letak bahagian atas ke atas kek tadi. Hias keseluruhan dengan whipping cream, chocolate curls, buah strawberi dan chocolate rice mengikut kreativiti masing-masing.


Tayang sket yg dah siap potong..



Terima kasih & jumpa lagi di lain entry..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net