Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 4-Sep-2009 06:01 Email | Share | Bookmark
Menu Buka Puasa 11 Ramadhan 1430 ~ dah start ngelat... hehehe..

 
 
 
 
Assalamualaikum...

Arini nak tayang menu buka puasa 11 Ramadhan.. ada hari2 yg tertinggal tak amik gambar tu sebab sibuk shopping.. blk umah org dah azan.. hidang pun kelam kabut.. itupun makanan beli jer.. hehehe.. tapi lauk masak tauuu.. lom pernah beli lagi.. biasalah kitorang ni mmg dari dulu mcm tu.. berbuka mkn kuih muih dulu.. nnt lepas2 terawih (hubby jer gi... itupun time dia keja siang..) barulah mkn nasi pulakk.. tu yg tak kisah masak lauk lewat pun.. Ari selasa tu kakak Dini dah start sekolah semula.. jadi aku sampai rumah agak lewat la juga... sebab nak kena jemput dia dulu pastu kena lalu ikut Federal Highway yg ari2 jem giler tu... masa dia cuti sekolah minggu pertama puasa aritu aku balik lalu Jln Klang Lama jer... jln smooth jer dari opis aku ni.. tu yg sempat masak lauk sebelum org azan.. lagipun dak Alin ada org layan.. ayah dia keja mlm.. aku masak ayah dia boleh layan Alin... skrg ni ayah dia dah start keje siang.. kdg dok dapur kejap Alin dah panggil abisss camnooo...


Oklahh.. ni lah dia menu 11 Ramadhan aritu... lepas sahur tu sempat godek bingka pisang.. dah lama terliur tgk dalam blog kak Zai.. sedappppp.. dah memang aku ni hantu kuih2 pisang ni.. anak2 tak puas mkn kuih manis.. kenalah aku beli juga juadah yg pedas2 utk derang.. kalau dah melilau ke PaRam tu... tau2 jelahh.. ada ajelah yg nak dibeli.. untuk aku.. nampak laksam.. beli gaklah sebungkuss.. sib baik sedap.. yg lain2 tu.. beli murtabak jala utk Haziq & roti john utk kakak.. lepas berbuka barulah sempat masak lauk.. masak daging hitam manis ngan goreng terung aje pun... kami memang sempoii.. lauk kering2 pun tak kisah.. hehe..

Meh la nak kongsi resepi sempoi...

Terung ni hubby beli dah lama.. tak tau nak masak apa.. bantai jelah goreng kering2 cenggini... sedap gak rupanya.. tp mcm oily sket..

Quote:
TERUNG GORENG BILIS

Bahan2
4 biji terung saiz sedang ~ belah dua 2 potong serong cuci & tos
1 ~ 2 sudu besar cili kisar (ikut suka nak pedas boh lebih.. kita boh 1 sudu je sbb nak kering2 je)
1 biji bawang besar ~ mayang
2 ulas bawang putih ~ mayang
segengam ikan bilis
sikit kunyit serbuk
garam, perasa & sikit gula
minyak

Cara2
1. Terung digaul ngan garam & kunyit. Panaskan minyak agak byk sket nk goreng terung. Goreng terung hingga nampak lembut. Angkat & ketepikan dulu. Goreng pulak ikan bilis hingga garing, angkat & ketepikan.
2. Kurangkan minyak dlm kuali tadi utk menumis.. tumis bahan2 mayang hingga bawang layu. Masukkan cili kisar & tumis hingga wangi.
3. Masukkan garam, perasa & sikit gula. Kacau2.
4. Last sekali masukkan terung & ikan bilis tadi & gaul sebati. Siap utk dihidangkan.


Resepi seterusnya.. sempoi juga.. tapi sedapppp Tak tau kenapa kamera ku ini.. kalau ambil gambar lauk yg warna hitam mesti dia jd blurrrrrrr....

Quote:
DAGING HITAM MANIS

Bahan2
750 gm daging ~ dipotong sederhana nipis
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
½ sudu kecil serbuk jintan putih
5 ~ 6 sudu besar cili kisar
2 sendok sedang kicap manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum cengkih
3 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga

Bahan2 Kisar (kisar campur sekali ngan cili kisar tu sebab takut tak lumat kalau kisar kuantiti sikit)
7 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
2 cm halia

Cara Menyediakan
1. Bersihkan daging & tos. Rebus daging bersama kicap (tak perlu tambah air) biar sampai nampak agak kering airnya. Tutup api & ketepikan.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan hingga naik bau.. masukkan bahan2 blender tadi serta serbuk ketumbar, jintan manis & jintan putih. Biar hingga garing.
3. Masukkan daging rebus tadi dan kacau rata. Jika daging masih belum empuk boleh tambah sikit air dan masak hingga daging lembut. Lauk ni agak kering2 gitu.. tambah bahan perasa jika suka.. garam & gula tak perlu tambah memadai dgn kicap tadi.. tp kalau kuat masin boleh tambah sikit garam.. dah siap pun boleh hidang.. hehe..


Ok.. last pemanis mulut... memang sedap wa cakap lu... hehee (fanatik kuih pisang mmg akan puji habis2an kuih kegemaran dia.. ) Pesan lama dah kat cik abang suruh beli pisang nipah sbb nak buat bingka pisang ni.. guna pisang lain tak berapa nak sedap kot.. hehe.. lepas hubby beli tu sengaja tak buat lagi sebab nak bagi pisang masak ranum sikit.. hubby dah komplen bila nak goreng pisang tuuuuu Dia tak tau wife dia ni ada projek lain... kekekekee... oklah meh tengok resepi.. T.kasih kak Zai & juga empunya asal resepi ni yer.. sy kopipes jer ni.. (sebenarnya pisang tu ada 9 biji jer.. so ku pun ejas2 bahan2 lain sebab pisang ku sikit.. tp kat sini ku masukkan kuantiti resepi yg asal )

Quote:
BINGKA PISANG

SUMBER : dzanariah
C&P dari blog Kak Zai

Bahan2
1 sisir pisang kapas ( 10 - 13 biji).. di lenyek.. mmg byk tau (lenyek kasar2 jer )
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan* (MaDiHaA guna susu cair sepenuhnya)
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara2
1. Blender semua bahan* (MaDiHaA kacau je guna whisker)
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt..


Quote:
p/s: minta maaf pada kawan2 yg ku tak sempat nak membuat kunjungan balas. sibuk sikit... tak dpt nak melawat fp/blog kawan2 buat masa ni.. & rasanya lepas ni.. dah semakin kuranglah kot nak tayang juadah berbuka.. sebab faktor masa & lagipun.. skrg ni dok beli makanan kat PaRam je.. sesekali je boleh buat eksperimen resepi2 baru.. kalau ada resepi baru nnt aku kongsikan.. tapi kalau hari cuti tu bolehlah nak layan ambik gambar.. sbb ada byk masa.. ok.. babaiii..


Ok itu saja... selamat bercuti panjang pd mereka yg bercuti Isnin depan sempena Nuzul Quran...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net