Want your
own Fotopage?






 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 8-Sep-2009 03:16 Email | Share | Bookmark
Jumpa Tie Big Mamma Bukhari & Kuih Sagupal

 
 
 
 
Salam buat semua...

Lama cuti.. rasa mcm malas jer nak gi kerja.. hehehe.. cadang2 esok lusa nak amik cutilahh.. lagipun kakak Dini pun cuti sebab peperiksaan UPSR.. ingat nak ajak dia buat kuih raya.. cuti baru ni dah buat sikit.. tp asyik ler terhenti2 sebab kena juga bagi perhatian kat Alin... memang takleh nak concentrate betul2 buat kuih raya tahun ni sebab ada budak kecik tu... biasalaa kann.. nama pun baby.. mestilah nakkan perhatian lagi.. tu yg ingat nak amik cuti.. antar Alin ngan Haziq umah Cik Ani.. bolehla aku ngan Dini wt kuih raya dengan aman & tenteram pastu kalau sempat nak gi cari kasut aku ngan Dini sekali.. lom beli lagi baru ni... tak sempat.. Tudung pun tak sempat beli lagi.. huhuu.. tp baju anak2 & kelengkapan anak2 yg lain semua dah settle.. ala kadar jer..

Ok.. ni cerita hari Ahad baru ni.. Masa aku tengah dok mengandam biskut almond london dengan Dini.. Tie Big Mamma Bukhari ada mms aku gambar dia & anak2 di Mid Valley.. aku pun apa lagi.. terus aku kecek2 dia ajak jumpa.. Lepas dia abis shopping kat MV on the way nak ke Shah Alam.. kami pun bertemu ler seketika di tepi Federal Highway.. Mmg tak patutt aku ajak Tie jumpa kat tepi jalan jer.. hehehehee.. Bukan apa.. segan nak jemput ke rumah.. lagipun taknak ler nyusahkan dia sebab dia tengah sibuk nak shopping sibuk pulak aku nak ajak ke rumah.. dah la bulan puasa.. kalau bulan tak puasa boleh juga jamu2 minum petang.. so itulah yg jumpa kat tepi jalan tu.. just jumpa kejap jer kat situ.. nasib baiklah ada gak rezeki juga jumpa ngan dia walaupun sekejap. Terima kasih Tie sebab sudi gak luangkan masa shopping T untuk jumpa ngan akak... Sempat gak bagi T merasa biskut almond london ngan donut frozen.. mlm tu dengarnya Tie check in kat Concorde Hotel lak kat Shah Alam tu.. mlm sebelumnya check in kat hotel dekat2 ngan M.Valley tu.. Terima kasih Tie buah tangan dari Tie.. bolehlah akak melaram raya nanti.. (itupun kalau ada kuih2 yg sesuai ler.. hehehe..)

Ni gambar kami.. dating @ Federal Highway..


Ni buah tangan dari Tie.. cantik kan Sesuai utk bubuh kerepek2 dlm tu.. selain tu.. Tie siap bagi duit raya lagi kat anak2 aku.. ishhh.. awal2 dah dpt duit raya.. terima kasih yer Tie.. semoga lebih murah lagi rezeki Tie anak beranak..


Ok abis dah kisah aku & Tie.. kali ni aku nak masukkan resepi kuih tradisi pantai timur Kelantan & Trengganu.. kuih ni kalau org Kel & T'ganu tengok mesti dah tau.. tapi kalau org luar tengok mesti hairan.. hehehe.. Dah lama teringin nak buat kuih sagupal (sebutan sagupa = sagu gumpal) ni sejak sebelum puasa lagi.. nampaknya bulan puasa ni byk kuih2 yg aku teringin dulu2 tu dpt di realisasikan.. terakhir makan kuih sagupa ni rasanya dah hampir 10 tahun lalu kot.. hehehehee.. punyalah lama.. itupun pemberian jiran masa kat kampong dulu.. baru ni.. antara percaya dgn tak aku buat sendiri kuih ni.. sebenarnya aku sendiri tak pernah tengok secara live lagi samada ma atau sapa2 pun buat kuih ni.. cara aku buat ni.. main cuba2 jer.. alhamdulillah. jadi juga.. adalah juga buat rujukan dari FP kak Liza.. cuma ada sikit kelainan cara aku menyediakan sebab aku masak kejap sagu tu.. Kak Liza bancuh ngan air panas.... Bahan2 dlm kuah pun lain.. sebab ada tambah gula & sikit garam.. (mintak bantuan talian hayat dari Kak Jie & juga sepupu ku Mariah.. sms kat Abby suruh tanya ma.. lambat pulak dpt balasan.. hehehe.. apa2pun TQ Kak Jie & Mariah sebab tolong aritu yer..) oh ya sebelum tu.. untuk pengetahuan semua.. kak Liza guna nama asam gumpal dlm resepinya. setahu aku org pantai timur panggil sagupa... kalau asam gumpal tu.. dari mana pulak datang asamnya.. Maaf ye kak Liza.. mungkin ada kesilapan slang.... slang org Trengganu & Kelantan ni lain sikit.. agaknya org luar dengar asam gumpal.. sebenarnya sagupa.. apa2pun.. kuihnya sama ajer..

Quote:
SAGUPAL (singkatan perkataan sagu gumpal)
(sebutan SAGUPA)

Bahan Sagu
300 gm sagu mata halus
1 cawan air panas

Bahan Kuah
3 cawan santan
1 sudu kecil halba
1 cm halia ~ dihiris memanjang
1 ulas bawang merah ~ dihiris
4 sudu besar gula
½ sudu kecil garam

Bahan Inti
½ cawan kacang hijau ~ direndam semalaman
½ cawan gula

Cara menyediakan
1. Sediakan Inti : Kacang hijau direbus sehingga empok dan nampak pecah. Biarkan sehingga agak kering.
2. Masukkan gula dan kacau sehingga betul2 kering. Sejukkan sebelum dibulat2 & dileperkan.
3. Sagu dibersihkan dan toskan. Masukkan ke dalam kuali. Buka api perlahan. Siramkan dengan air panas dan kacau rata sehingga nampak kental. Tutup api & biarkan sejuk atau suam. Sementara tu.. panaskan periuk pengukus.
4. Gunakan bekas plastik kecil (utk isi dadih) spt dlm gambar. Sediakan sebesen air yg bersih. Basahkan tangan serta bekas plastik kecil tadi. Ambil sesudu besar sagu masukkan ke dalam bekas plastik tadi. Tekan2 dengan jari biar rata.
5. Ambil seketul inti dan letakkan di atas sagu tadi. (rujuk gambar). Ambil sesudu besar lagi sagu dan tutup atas inti tadi. Dengan jari yg basah tekan2 & mampatkan sagu biar inti tertutup.
6. Telangkupkan kuih tadi atas tapak tangan dan susun dalam loyang. (kuih akan mudah keluar dari bekas plastik tadi kerana bekas tersebut telah dibasahkan terlebih dulu..) Habiskan semua bahan.
7. Letakkan loyang tadi dalam periuk kukusan. Kukus sagu sehingga masak lebih kurang 20 minit.
8. Sementara itu sediakan kuahnya pula.. Masakkan santan bersama halia, halba, bawang merah, gula & garam dengan api perlahan sehingga mendidih.
9. Masukkan sagu yang telah masak (nampak jernih) ke dalam kuah & masak seketika.
10. Boleh hidang suam2 atau sejuk terpulang selera anda.


Inilah rupa kuih sagupal tu... hubby yg ada baka Kelantan (ayahnya Kelantan) katanya takleh masuk kuih ni sebab ada halba.. apa daaaa... ni Kelantan celup nih.. hehehehe.. Nampaknya aku sorang jelah yg balun kuih ni.. Dini pun tak makan sebab dia tak suka kacang hijau... sama gak ngan Haziq..


Ok.. itu saja utk kali ni.. jumpa lagi....

p/s: kuih raya malas nak tayang lagi sebab baru siap 2 jenis jer.. nantilah kalau rajin bolehlah tayang.. lagipun tak cadang buat byk jenis pun.. takut tak sempat sebab satu2 jenis tu aku kena wat lebih coz nak bagi MIL & mak kat kg juga.. Aku wat kuih biasa2 jer.. takde resepi2 canggih pon..

KEPADA SEMUA YANG MEMBERI KOMEN: Pasal nama kuih sagupal tu.. rupanya ada jugok orang panggil asam gumpal deh.. mitok maaflah yer sebak kita dari kecek dok dengor arwoh tok, mok kite dok panggil sagupa sagupa... jirang kite orang kelatang pong panggil sagupa jugokk.. dok rajing lagi dengor orang dok sebuk asam gumpal (mcm slang org KL ajer ) gamoknya sebak kita pong dok teranung dok lama... pahtu dok pahang pulok.. lepas kawing dok KL pulokk... sabak tu gamoknya kita dok berapa tahu sangak.. tu yang sapa le ni kita dok panggil sagupa... nok wak guaneeeeeee... doh memang lidoh orang teranungg.. berasa dok sedak nok panggil asam gumpal (slang orang KL ) sedak panggil sagupa jugok...

SILA BACA NOTA DI ATAS MENGGUNAKAN SLANG TRENGGANU
(rindunyerrrrrr nok cakak Teranunggg... dumoh takdok geng retekk nok cakak Teranungg )


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net