Want your
own Fotopage?








 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 16-Sep-2009 08:24 Email | Share | Bookmark
Ramadhan hampir meninggalkan kita...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam semua...

Apa khabar semua? Harap2 semuanya sihat2 belaka yer.. kami semua pun sihat2 juga.. alhamdulillah.. Ni sajalah nak cerita sikit kisah pagi tadi pasal sifat manusia ni ha.. kalau tak cerita karang terpendam lak dlm hati jadi penyakit lakk Pagi tadi masa nak hantar Dini sekolah (coz hubby keje shift mlm)... macam biasalah.. keluar aje dari gate Mentari Court tu memang tiap hari kerja pun kereta dah banyak.. tapi hari ni mcm ok sikit sebab jem nya hanya bermula kat depan Bali tuu.. sapa2 yg selalu lalu situ mesti tau sekarang ni kat hujung jalan nak keluar simpang tu dah di pasang/ pancang pagar2 menjadi satu laluan daripada asalnya 2 laluan.. so... pada pemandu2 semua sedia maklum ler nak keluar simpang tu.. pandai2lah bergilir2 ambik turn yekk Tapi manusia ni rambut sama hitam.. tapi tak semua yg bersifat penyabar & bertolak ansur... adalah tuan punya Avanza warna hitam plat keretanya WRH 1595 ni.. tanpa rasa bersalah.. mengekor rapat buntu* kereta depan dengan erti kata lain.. tak bagi change kat aku yang sepatutnya giliran aku lepas tu... yelahh.. lepas kereta belah kiri keluar.. kereta belah kanan pulak (akulah tu..).. lepas tu baru turn kereta kiri lak (dialah tu).. lepas tu turn orang belakang aku pulakk.. ini tidakkk... lepas kereta depan lepas.. dia laju jer ngekor kereta depan.. aku ingat aku nak terus jerrrr.. kalau terhimpit kereta dia lantaklah.. kereta aku dah buruk.. kereta ko berkilat lagi.. sapa suruh tak reti keluar bergilir2 (masa ambik lesen masih ingat cikgu sekolah memandu pesan.. memandu kenalah berhemahh ) tapi bila aku paling pandang ke sebelah.. aku tengok memang rapat betul kereta kami.. memang nampak dia taknak beralah.. cermin sisi kiri kereta aku rasa2nya hanya tinggal 1 inci jer dari badan kereta dia.. hmmm.. takperlahh.. aku puasa niiiii.. aku beralah ler kali nii.. sempat ler tengok muka si pemandu yang tak berhemah tu dengan berlagaknya tersenyum puas sebab menang hari tu... takperrrrr takperrrr.. kali ni hari kauuu... walaupun aku nak cepat sebab dah agak lewat nak hantar anak sekolah.. aku beralah ler.. so.. bagilah peluang dia jalan dulu... lepas dia keluar.. baru turn aku pulakk.. itupun nak keluar dari simpang tu kena tunggu org dari kanan bagi laluan juga.... kiranya kereta dia dengan kereta aku adalah selang beberapa buah kereta.. then sampai depan lepas traffic light nak belok kanan ke Federal Highway.. stuck situ kejap sebab kereta dari Federal Highway pun penuh.. aku tengok laluan sebelah kiri yg dtg dari Kelana Jaya tu kosong jer.. terus aku tukar lane kiri.. (kadang2 kalau ada polis traffic pun dorang suruh pemandu masuk jln situ kalau jalan situ kosong) makanya... terkonyong2lah tuan punya kereta Avanza yang bongkak tadi kena tinggal ke belakang sebab aku dah potong kereta dia... puas hati aku dpt potong dia.. berlagak nak cepat sangat... kau tak tau lagiiii.. ini F1 racer tauuu..!! jem macamana pun.. cilok tetap cilok Fuhhh.. puas hati dpt luahkan dlm FP nii.. kekekekekeee... so kepada tuan kereta Avanza tadi.. lain kali belajarlah memandu dengan berhemah yekkk.. saya tak hairan kalau tuan nak potong kereta saya masa saya memandu.. tapi cara tuan tak reti bergilir2 ikut giliran nak keluar simpang tu memang tak patut diamalkann.. tambah2 bulan puasa nii... janganlah bagi org menyumpah2 anda...nanti kurang pulak markah puasa org lain & hidup anda pun tak senang sebab kena sumpah seranah dek orang..

Oklah.. tutup ler kisah orang penting diri selfish dan seangkatan dgnnya tuu.. ni nak cerita pulak pasal Alin.. Hari ni temujanji imunisasi Alin utk 5 bulan.. tapi nurse bagi tarikh agak lewat.. Alin sekarang ni pun dah masuk 6 bulan setengah baru nak cucuk yg 5 bln tu.. Risau juga nak bawak baby pegi hospital dengan musim H1N1 ni... nak tak nak.. terpaksalah pakaikan Alin topeng hidung & mulut tuu.. mujur dia tak tarik buang.. hehehe.. ada juga cubaan nak tarik tuu.. tp ayah dia ada tukang monitor dari belakang..

Cian anak ibu.. kecik2 dah kena paksa pakai mask
Masa cucuk yg pertama tu Alin sikit pun tak nangiss.. banyak isi kat peha dia tu tak terasa jarum agaknya.. hehee.. cucuk kali ke dua barulah bunyi suara dia sikit.. tapi sikit & kejap jer dlm 5 saat jer.. pastu senyap balikkk... Bagusnyer anak ibu niii... teringat masa kakak Dini dulu pun gitu.. masa cucuk 5 bulan tu pun selamba jer tak nangis langsung...

Perkembangan Alin 6 bulan setengah
Berat 8.4 kg
Gigi dah tumbuh sebatang belah bawah.
Dah terer meniarap sejak 5 bulan setengah.
Sekarang dah pandai melonjak2 ke depan.
Baru pandai menjerit keluarkan suaranya yg kuat sebelum ni pandai senyum jerr...
Kalau tengok orang makan atau minum.. dah pandai mengecekk nak mintakkk... so kami suap jer sikit2 benda2 yg lembut2 & tak pedas tu bagi dia rasa..
Kulit Alin agak sensitif.. kalau kena gigit nyamuk lepas beberapa hari mesti bengkak tempat kena gigit tuu... cian dia..

Ini lak gambar Alin yang baru bangun tidor... masa ni bengkak bawah bibirnya yg digigit nyamuk baru surut.. lama tak amik gambar Alin.. cian anak ibu..


Oklah.. sambung cerita lain lak.. sorrylah kalau kali ni celoteh agak berjela2.. kemungkinan ni entry terakhir sebelum cuti raya.. Rasa mcm dah tak sabar nak balik kampong ni.. walaupun tahun ni giliran raya di rumah mertua.. tp mcm berkobar2 je nak raya..

Ni gambar anak2 main bunga api kat koridor rumah.. Sian anak2.. takde laman nak main bunga api.. main jelah kat koridor rumah tu haa.. main ngan anak2 jiran... Tahun lepas main ngan Zetty anak Laily jiran depan rumah.. tahun ni Zetty kena kurung sebab nak ambik UPSR... semoga sukses yer Zetty.. so anak2 main ler ngan anak jiran selang sebuah rumah.. jiran2 yg lain takde anak sebaya ngan anak2 aku.. yg ada yg dah besor2 dah sekolah menengah & dah kerja pun ada....

Main elok2.. karang terbakar baju2 cik Ina tuuu.. sapa nak gantiii

Ok meh tengok kuih2 raya yang sempat aku godekk Ida dah tak sabar nak tengok kuih raya aku.. keh keh kehhh.. saja jer malas nak masukkan awal2 sebab kuih2 raya aku bukannya yg canggih2 pun... buat yg feberet2 jer tahun ni.. Tak sempat nak bereksperimen.. ini pun alhamdulillah sempat juga siapkan utk mertua, mak kat kg, utk baby sitter sikit & untuk kat rumah sendiri juga...


Biskut feberet.. dulu tiap2 tahun beli dengan Cosway.. skarang dah jumpa resepi yg rasanya sebiji mcm biskut suji Cosway tuu.. so aku buat sendiri jelahh.. takyah nak beli2 lagi.. jimat uuuuu... Resepi asal namanya Snow Heart Cookies.. tapi aku dah pandai2 tukar nama jd biskut suji (walaupun takde suji) sebab rasa biskut ni serupa biskut suji Cosway Kalau nak resepi boleh klik sini..

Ini pulak biskut feberet kakak Dini.. ibu buat jugalah tahun ni.. sampai 4 adunan tuuu.. (tp bukan buat serentak.. buat sikit2) jenuh juga nak menggentel tuu.. sorang2 jerrr sebab kalau Dini tolong takut saiz biskutnya tak sama pulakk.. Kakak Dini cuma tolong taburkan almond nib jer.. itupun sekejap jer tolong.. lepas tu dah buat keje sendiri.. ibu jugalah terbongkok2 siapkan biskut ni sensorang.. hehe.. Terima kasih Cik Mat Gebu resepi biskut ni sangat sedapp.. saya kopipes resepinya kat sini utk koleksi saya pula yer..

Quote:
ALMOND LONDON
Sumber : Mat Gebu

Bahan Utama:-
125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel (MaDiHaA bakar jer dlm oven lebih kurang 13 minit suhu 175C) (Badam tersebut agak byk & berlebih utk satu adunan..)

Bahan Lain:-
300 g coklat masakkan
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan (bakar gak kejap)
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara membuatnya:-
1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap.
3. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis. Susun dlm loyang.
4. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit (MaDiHaA bakar dlm 15 minit gitu.. bergantung pd oven & jumlah biskut yg dibakar dlm loyang). Sejukkan atas jaringan.
5. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
6. Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam paper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas.
7. Buat seterusnya dan susun rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....selamat mencuba!!!!

Nota dari MaDiHaA: Kalau nak seluruh biskut disaluti coklat.. masukkan sedikit coklat cair dlm paper cup, kemudian baru masukkan biskut then barulah sudukan coklat cair ke atas biskut tadi.




Ini pulak.. kes nak perabis kelapa kering yg ada dlm stok. Dapatlah buat 3 adunan.. adunan pertama guna pencetak mcm buah mangga tu.. adunan ke2 & ke 3 kakak Dini request guna pencetak rama2.. ikut jelahh.. Resepi ambil dari Haniss.. resepi asal dari resepi.net.. Terima kasih pada empunya resepi & Hanis.. sedap biskutnya rapuh & lemak2 gitu..

Quote:
BISKUT KELAPA WORLD
SUMBER : RESEPI.NET copy dari Haniss FP

Bahan-bahan
6 oz mentega
5 oz gula halus
1 biji telur
½ cawan tepung gandum
3 cawan tepung ubi kayu
½ camca kecil baking powder
½ camca kecil esen vanila
1 cawan kelapa kering

Cara
1. Pukul mentega & gula hingga sebati
2. Masukkan telur & esen vanila
3. Masukkan tepung gandum, tepung ubi dan baking powder
4. Masukkan kelapa kering
5. Terap menggunakan acuan bunga
6. Bakar pada suhu 150’C selama lebih kurang 20 minit.




Inilah dia deretan kuih raya yang sempat aku siapkan.. untuk Cik Ani pengasuh Haziq & Alin dah bagi dah 2 balang.. biskut suji tak bagi sebab dia tak suka minyak sapi.. yang selebihnya tu.. utk MIL, Ma & aku Kerepek2, kacang & muruku pun dah siap beli sikit2.. (tp tak ambil gambar).. jadilah serba sikit.. raya ala kadar jer..


Sebelum terlupa.. ni aku nak masukkan Kad Raikan Chenta yang Salleh bagi kat akuu... terima kasih byk2 Salleh.. sebab sudi buat kad cantik2 mcm ni untuk akak... Salleh kata.. jenuh dia mengedit gambar aku & hubby nak bagi nampak romantikkk.. aku tengok pun nak tergelakk Apa2 pun.. akak hargai pemberian mu ni dikk.. Mekasih byk2 tauuu..


Oklah kepada semua.. di kesempatan ini aku mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap dimana2.. Selamat Hari Raya buat semua.. Kalau balik ke kampung tu.. berhati2 di jalan raya.. memandu dengan cermat & berhemahh ingat tuuuu.. berhemahh!!! Jangan jadi macam orang yang aku cerita kat atas tuu.. Semoga sampai ke destinasi masing2 dengan selamat.. Moga jumpa lagii.. Kalau tiada cerita terkini.. rasanya ini entry terakhir aku.. so tunggu kan entry terbaru aku selepas raya jika dipanjangkan usia.. kalau ada cerita bagusss sebelum cuti ni.. adalah aku update nanti.. ok semua.. Jumpa lagi..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net