Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 8-Oct-2009 06:00 Email | Share | Bookmark
Stop dulu cerita raya.. meh tengok apa yg ku masak pulak..

 
 
 
Salam.....

Hari ni kita stop kejap cerita pasal raya... lagipun.. memang takde cerita raya yang terbaru.. kekeke.. Kena tunggu weekend nilah kita tengok rumah sapa yg nak diterjah.. hehe.. Kepada semua kawan2 & saudara mara.. untuk makluman tahun ni aku tak buat apa2 acara makan2 a.k.a open house (kecil2an) seperti tahun2 yg lepas. Sebab utama.. bajet memang takde sebab kedua.. takut tak berdaya nak memasak seorang diri sebab sekarang ni si kecik ku itu dah tak berapa nak bagi ibu dia dok kat dapur lama2 sangat... Kalau ada pembantu tu oklah jugak.. ni kalau semua sendirian berhad (maid pun takdo) & nak masak banyak2 pulak tu.. u all faham2 sendirilah yekk (sapa yg ada baby tu mesti faham). So tahun ni.. aku jadi tukang perabihh borehh orang jelahh.. (itupun kalau ada yg sudi jemput & kalau aku sempat pegilahh ) Opss.. sebelum tu.. kalau ada sapa2 nak datang beraya tu.. aku amat alu2kan.. idoklah sampai aku larang orang nak dtg beraya rumah aku mentang2 aku tak buat open house... tapikann... kita jamu kuih raya aja aci dak

Sebenornya hari ni aku takmo cerita pasal raya.. tp dah berjela2 pulak aku mengomel kat atas tuu... dah mmg pesen aku.. kalau dah start membebel.. gitulah jadinya..

Hari ni aku nak tepek gambor2 masakan aku masa bulan puasa yg lepas.. ada lagi yg tertinggal kapal..

Lauk biasa jer.. ni gara2 terliur tengok Kak Rusnah masak tauchu ni lahh.. aku pun masak jugalah.. memang feberet sejak dulu.. Tambah2 bila nampak ada banyak hirisan cili hijau & cili api.. lagi bertambah2 berselera sebab cili2 tu semua aku makan Masa Sujah niaga kedai makan dulu.. nampak ikan kembong masak tauhu mesti aku pilih lauk tu



Ini pulak kupang masak merah.. aku ni sebenarnya idoklah suka sangat dengan kupang ni.. Tapi tah macamana masa singgah kedai runcit belakang opis aku ni.. ternampak kupang tu rasa mcm teringin pulak nak masak.. Tapi itu ler.. kalau masak benda yg tak berapa suka tu.. makan pun sikit ajer.. sudahnya ke dalam cik tong peginya.. Selera bulan puasa ni kadang2 takleh nak kawal.. masa nak tu bukan main.. tp bila buat takdelah nak mkn sgt.. Kebetulan pulak hubby & anak2 pun tak suka.. hmmm.. membazir jerr



Hmm.. kat bawah ni pulak muffin yang aku buat dah berzaman.. sampai dah lupa bila aku membuatnyerrr Tengok sajalah perbezaan lapik meja tu.. Asalnya aku nak buat lemon yogurt muffin yang aku tengok dari blog kak UmmiZaihadi tu.. tapi malangnya lemon paste takde, lemon segar pun tak beli & tepong naik sendiri pun aku jarang stok kat rumah.. Jadi aku dah olah & tukar sana sini & akhirnya jadilah muffin perisa oren.. Yang ni aku kongsikanlah resepinya yer.. untuk rujukan aku sendiri yg sapa2 yg nak mencuba

Quote:
ORANGE YOGURT MUFFIN

Bahan2
100 gm tepong gandum
½ tspn baking powder
½ tspn soda bikarbonat
2 tbspn sunquick oren
100 gm yogurt natural
50 gm gula kastor
50 gm butter
1 biji telur (gred A)

Cara Menyediakan
1. Campurkan mentega dan gula dan panaskan secara "double boil" atas api perlahan. Kacau dengan whisk hingga adunan sebati. Biar sejuk sebentar.
2. Sementara itu, ayak tepung dengan baking powder & soda bikarbonat. Ketepikan.
3. Masukkan yogurt, sunquick dan telor ke dalam adunan mentega tadi dan kacau hingga adunan sebati, jangan terlalu lama.
4. Masukkan tepung dan kaup balik sebati.
5. Sudukan adunan ke dalam bekas muffin (lebih sikit dari separuh bekas) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 25 minit. (bergantung kepada oven & saiz muffin masing-masing).
6. Sejukkan atas wire rack.


Itu sajalah untuk hari ni..... jumpa lagi..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net