Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 27-Oct-2009 07:22 Email | Share | Bookmark
Mee Kolok

 
 
Salam..

Nampaknya.. photobucket dah mula buat perangai balik.. hehehe.. so kita stop dulu entry xtvt semasa sebab kebanyakan gambar aku dah upload kat photobucket...

Oleh sebab takleh nak tayang gambar2 dari PB buat sementara waktu.. so aku masukkanlah gambar masak2 aku baru2 ni... Ada tak agaknya yg rindu gambar masak2 aku?? hehehe.. maaflah yer.. sebab lately ni aku tak berkesempatan nak mencuba resepi2 baru.. tambah pulak resepi yg susah2 tu.. hati ni meronta2 nak bereksperimen.. tp apakan daya ku... kena tunggu anak dara ku itu besar sikit.. or kena tunggu time ayahnya ada kat rumah le kot baru leh bereksperimen..

Ok.. meh la tengok resepi mudah yg ku masak baru2 ni.. dah lama nak cuba sebenarnya.. ingatkan susah sgt.. rupanya senang banget.. TQ Mamasya sebab sudi kongsi resepi Mee Kolok yg dicuba tu yer.. dah lama simpan resepi.. tak buat2 juga... baru ni Mamasya tunjuk lagi mee kolok yg dibeli dari Miri.. terus aku rajinkan diri buat juga... tak sangka pulak anak2 aku suka... siap soh buat lagi.. hehee.. yelah.. rasa mee kolok ni macam nak sama spt mee goreng segera.. mungkin sebab ada minyak bijan tu.. wangi & rasanya lain dari mee yg lain.. jom tengok resepinya

Quote:
MEE KOLOK
Sumber : Alaf 21.. copy dari FP Mamasya

Bahan2
300 g mee telur (ku guna yee mee)
8 ulas bawang merah, dicincang halus (aku hiris2 nipis)
2 keping tauhu (ku guna 3 keping)
100 ml minyak
sedikit garam
5-6 tangkai daun bawang, dihiris

Bahan Perasa
400 gm hirisan daging ayam
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu kicap soya cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil serbuk lada putih (ku ganti dengan serbuk lada hitam)
200 ml air

Cara membuatnya:
1. Campurkan kesemua bahan perasa dan dimasak di atas api sederhana besar sehingga ayam empuk. Ketepikan ayamnya & simpan kuahnya untuk digaul bersama mee.
2. Masak yee mee dalam air panas hingga lembut, sejatkan.
3. Lumur tauhu dengan garam. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga keemasan kemudian angkat, belah 2 dan hiris nipis.
4. Goreng pula bawang merah hingga kekuningan dan tapiskan minyaknya. (ku angkat & tos bwg goreng & ketepikan)
5. Gaulkan mee dengan kuah rebusan ayam dan minyak gorengan bawang merah (jangan habiskan).
6. Letak di dalam mangkuk. Aturkan ayam, tauhu, bawang goreng dan daun bawang di atasnya. Sedia dinikmati




Jemput makann...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net