Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Nov-2009 02:43 Email | Share | Bookmark
Gulai Berempah Kerang & Sengkuang; Pop Corn Karamel

 
 
 
 
 
 
Salam buat semua...

Menu sempoi kami Ahad lepas...


Meh nak kongsi resepi gulai berempah kerang & sengkuang Jangan ditanya mengapa sengkuang... hehehe.. idea ni semua adalah edisi nak menghabiskan stok lebihan buat rojak buah baru2 ni.. (gambor rojak takde.. ) iaitu sengkuang, timun & nenas. Makanya.. jadilah gulai kerang bercampur sengkuang & acar nenas campur timun

Actually pernah tengok dalam FP Zira dulu (dah lama Zira menyepikan diri sejak2 dpt kerja di tempat baru.. rindu ngan Zira... yg sedihnya tak sempat copy resepi.. FP Zira pun dah dikunci ) tapi resepi Zira mengunakan ayam & sengkuang yang di masak kari.. Gulai yg ku masak ni agak berlainan sikit kot.. sebab gunakan rempah yg berbeza... yg penting.. hubby cakap sedapp

Quote:
GULAI BEREMPAH KERANG & SENGKUANG

Bahan2
2 kg kerang ~ cuci bersih & rebus lalu dikopek isinya
1 biji sengkuang saiz sederhana ~ dikopek & dipotong ikut saiz sendiri (tak suka boleh ganti ngan kentang)
1 biji kelapa ~ ambil santan secukupnya (ku guna santan kotak jek.. tu pasal kurang naik minyak)
garam & perasa secukupnya
1 s/k gula
1 s/b asam jawa ~ campur air ambil jusnya
Minyak utk menumis

Bahan Kisar
10 - 12 biji cili kering ~ potong2 buang biji & rebus
5 biji cili padi
1 biji bawang besar ~ belah2 kecik
3 ulas bawang merah ~ belah 4
2 ulas bawang putih
1 cm halia ~ hiris
1 cm lengkuas ~ hiris halus

Bahan Rempah ~ Jadikan pes
2 sudu besar rempah kari ikan/daging (campur pun boleh)
2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose
1 sudu besar rempah masak cap bunga rose

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan pes rempah dan kacau sebati.
2. Masukkan air asam jawa, santan, kerang & sengkuang.
3. Masukkan garam, perasa & gula secukupnya. Biar kuah agak pekat & pecah minyak.
4. Rasakan apa yg kurang.. dah secukup rasa & kuah agak pekat tutupkan api & sedia dihidangkan.




Petang2 masa rileks2 tu... mencuba pulak buat pop corn. Dah lama beli jagong pop corn tu... tp dok terperap aje dlm peti azimat tu.. hehehe.. bila tengok Ida buat baru2 ni baru teringat balik kat jagung tu... (mujur biji jagung tu tak bercambah lagi ) aku pun cubalah bereksperimen..


Rupa bijian jagung sebelum di masak.


Inilah rupa jagung setelah 'meletopkan diri'


Dah bersalut karamel... yummy... kakak Dini surprise sgt ibu pandai wat pop corn.. kekekeeee... berkali2 soh wat lagi.. huhu.. oklah tu.. 250gm dpt buat 3 kali uuuu Jom tengok resepi Thanks pada Kak Maz & juga Ijan utk resepinya

Quote:
POP CORN KARAMEL- mekacih Kak Maz
Copy dari blog resepi Ijan.. thanks
Bahan2
½ cwn jagung kering (pop corn)
2 sudu besar magerin
2 sudu makan gula

Cara2 Menyediakan
1. Masak jagung kering dlm periuk (yg agak besar sikit) dengan api kecil, tutup periuk, dalam masa tak sampai 5 minit anda akan dengar bunyi pop pop pop pop pop……., tunggu hingga pop corn semua pecah, ada la sikit2 yang tak pecah. Tutupkan api.
2. Masak gula dalam periuk lain (guna api kecik), (MaDiHaA guna kuali.. senang nak kacau) bila gula cair masukkan pula mentega, bila mentega cair masukkan popcorn dan gaul rata



Selamat mencuba


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net