Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 9-Nov-2009 02:31 Email | Share | Bookmark
Daging Masak Merah; Labu Siam Goreng Pedas; Bingka Ubi Kayu

 
 
dpt 1 loyang ni
& 1 masuk loyang bunga ni..
 
 
 
 
Salam pagi Isnin...

Ada lagi resepi sempoi buat tatapan kalian... malas nak cerita byk.. jomlah tengok kot2 ada yg berkenan..

Quote:
DAGING MASAK MERAH

Bahan-bahan
600 gm daging ~ potong saiz kesukaan (boleh direbus or digoreng dlm minyak yg byk hingga empuk ~ ketepikan)
1 batang serai diketuk
1 labu bawang besar - dimayang
3 sb sos cili
2 sb sos tomato
1 biji tomato ~ belah 2 or 4
jus asam jawa
garam
gula
perasa
minyak

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering (tambah/kurangkan ikut suka)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 btg serai

Cara2
1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar dan serai hingga wangi & nampak garing.
2. Masukkan sos cili dan sos tomato, diikuti jus asam jawa. Bila dah pekat, masukkan daging berserta air rebusan (jika direbus) ataupun tambah sikit air (jika daging digoreng).
3. Biarkan kuah agak pekat masukkan hirisan bawang, tomato, garam, gula & perasa.
4. Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat.


Sayur sempoi.. tp sedapp

Quote:
LABU SIAM GORENG PEDAS

Bahan2
1 biji labu siam (labu jipang kata org Indonesia) (rupanya seperti buah jambu batu or mcm boxing tuu )
Minyak utk menumis
garam & perasa (jika suka)
air secukupnya utk melembutkan labu

Bahan2 Tumbuk
1 sudu besar udang kering
1 biji cili merah
5 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara2 Menyediakan
1. Kupas kulit labu siam, cuci getahnya & belah dua. Buangkan bijinya & potong saiz kesukaan anda.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 tumbuk hingga wangi & agak garing.
3. Masukkan labu & juga air biarkan hingga labu lembut sambil sesekali dibalik2kan. Elok ditutupkan kuali dengan penutup periuk agar labu cepat lembut.
4. Perasakan dgn garam & penambah perisa. Sedia dihidangkan.


Resepi bingka ubi kayu ni aku ambil dari FP Kak Rusnah ... dah lama dah nak cuba buat.. tapi dok tertangguh2 sebab kes malas nak parut ubi kayu walaupun kdg tu stok ubi ada hubby beli.. main rebus jekk mkn dgn sambal tumis.. hehee.. baru ni barulah dtg angin rajin sket memarut bila ada stok ubi kayu kat rumah... terus aku usahakan buat bingka ubi kayu ni.. Sebenarnya resepi asal Kak Rusnah panggil Kek Ubi Kayu... tp aku memandai tukar ke Bingka Ubi Kayu sebabnya pd aku teksturnya lebih kepada bingka Minta maaf ye kak Rus memandai sy tukar... bukan apa.. senang sy nak susun bersama2 deretan koleksi resepi2 bingka sy tu... Terimakasih Kak Rus.. memang sedap!!

Quote:
KEK UBI KAYU / BINGKA UBI KAYU
Sumber : Kak Rusnah

Bahan2
4 cawan parutan ubi kayu yg siap diperah
1 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
4 biji telur
sedikit garam
3 sudu makan butter lembut suhu bilik
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla
sedikit pewarna kuning

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan ketuhar dan lengserkan acuan 8x8 dgn butter cair/minyak masak. (MaDiHaA guna 2 acuan saiz lain... sila lihat gambar..)
2. Pukul gula, butter dan telur sekadar sebati semuanya.
3. Masukkan parutan ubi, baking powder (ditapis), vanilla, santan, susu cair, pewarna kuning dan garam...sebatikan.
4. Tuangkan ke dalam acuan dan ratakan minyak yang timbul di permukaan dan bakar selama 1 jam dgn api atas bawah. (MaDiHaA guna suhu 180C)
5. Biar sejuk sebenar-benar sejuk baru elok bila dipotong.
6. Siap dihidangkan utk minum petang atau sarapan pagi.





Selamat mencuba


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net