Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Nov-2009 06:28 Email | Share | Bookmark
Baked Sandwich

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Biarpun aku adalah antara orang yg terakhir bereksperimen dengan Baked Sandwich ni... (memang ketinggalan sungguh..!) tapi aku tetap nak puji juga keenakkan baked sandwich ni walaupun orang lain yg pernah merasanya dah tahu kesedapannya..

Resepi asalnya dicipta oleh Kak Mas.. namun.. ini adalah resepi cari makan.. tetapi.. atas dasar ingin berkongsi keenakannya.. Kak Rinnchan kita yang begitu berbakat dalam mengolah resepi akhirnya telah berjaya membuat eksperimennya sendiri berdasarkan dari hasil dengar2, tilikan & juga lidah yg merasainya... akhirnya terciptalah resepi baked sandwich versi Kak Rinn... Untuk membaca lebih detail lagi akan cerita mengenai Baked Sandwich ini.. silalah ke FP Kak Rinn yer..

Untuk elakkan pembaziran dengan membuang terlalu banyak tepi2 roti tu.. (a.k.a. aku malas nak buat puding roti ) aku telah potong roti kepada 4 bahagian utk sekeping roti tu...
Jom tengok macamana nak prepare baked sandwich ni...






Terima kasih Kak Rinn kerana berkongsi resepi ni dengan kami semua... MaDiHaA panjang2kan pula resepinya kat FP MaDiHaA yekk

Quote:
BAKED SANDWICH

Bahan Kulit/Casing
Roti gardenia secukupnya

Bahan-bahan Inti
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella cheese)

Ini dia inti versi Kak Rinnchan... memang sedap... tq Kak Rinn share resepi ni..

Kaedah penyediaan
1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit. (sila rujuk gambar.. )
2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak)
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
6. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya. Bakar sebentar sekadar mencairkan cheese.
7. Sedia dihidangkan.. lebih enak dimakan waktu panas2 kerana roti rangup.. jika dibiarkan lama roti sedikit lemau.. tetapi masih enak dimakan




Jemput semua.. tapi dah abis pun haa... nak try.. kenalah wat sendiri..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net